PM Najib sering bertindak pantas dan tidak mahu mengalah. Dalam peristiwa kebakaran Maahad Tahfiz di Selangor bulan lalu, sumbangan pertamanya sekitar RM30,000.
Selang dua tiga hari, Kerajaan Selangor bagi derma RM100,000. Kembali dari bercuti PMNajib sekonyong-konyong bagi RM200,000. Beberapa hari lalu, Kerajaan Pulau Pinang bagi bonus raya RM400 kepada stafnya. Ramai kakitangan Kerajaan Pusat berputus asa kerana tiada bonus raya.
Tiba-tiba bonus raya dari Kerajaan Pusat RM500. Lebih RM100 dari bonus Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng. PMNajib tetap tidak mahu mengalah.
Barangkali jika Kerajaan Kelantan umum bonus raya RM800, PM Najib akan naikkan semula menjadi RM1,000.
Kita menunggu reaksi Kerajaan Kelantan pula.
walau apa pun inilah yang dikatakan hikmah, bila ada kerajaan lain dari BN yang memerintah taklah mereka boleh buat sesuka hati. dan bila ada kebaikan yang dibuat maka akan ada perlumbaan yang sihat.....dan yang mendapat keuntungan adalah rakyat. ini baru memerintah negeri, cuba bayangkan kalau Pakatan Rakyat memerintah negara.???? apa kata kita cuba tukar pada PRU 13 nanti dan bagi peluangan pada Pakatan untuk sepenggal. tak rugi kan.......
No comments:
Post a Comment