Tuesday, July 20, 2010

Mahfuz: Jika ada RM10b, mengapa potong subsidi

Pentadbiran Najib tidak sewajarnya merampas subsidi rakyat, yang dikatakan hanya mampu menjimatkan RM750 juta tahun ini memandangkan Perbendaharaan mengaku mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa subsidi diselaras.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, mengikut Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sendiri, kewangan kerajaan masih kukuh dengan mempunyai RM10 bilion walaupun tanpa langkah mengurangkan subsidi tersebut.

Oleh itu kata beliau, apa tujuan kerajaan hendak mengurangkan subsidi barang-barang yang merupakan kegunaan utama rakyat.

“Kalau betul-betul kerajaan hendak mengurangkan dan menjimatkan RM750 juta, apa gunanya potong subsidi ini sedangkan kerajaan ada lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa diselaras subsidi... apa perlunya pelarasan subsidi ini,” kata beliau.

Selain itu soal beliau, jika benar kerajaan ada lebihan pendapatan RM10 bilion mengapa dikatakan belanjawan negara defisit selama ini.

“Saya tidak tahu mana yang betul... kenyataan yang mengelirukan,” kata beliau lagi.

Kelmarin, Husni menafikan dakwaan sesetengah pihak penyelarasan subsidi dilakukan bagi menampung pendapatan negara yang berkurangan akibat boros berbelanja.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan masih mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion pada tahun ini sekalipun tanpa penyelarasan subsidi itu.

“Hasil pungutan cukai terancang Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerajaan memperoleh pendapatan RM158 bilion tahun ini berbanding RM148 bilion ketika pembentangan belanjawan tahun lepas.

“Kerajaan mampu untuk berbelanja. Pelarasan subsidi merupakan satu inisiatif yang amat penting yang memerlukan belanjawan tambahan, jadi ia bukan isu boros,” katanya.

Husni berkata pengurangan subsidi bertujuan menjadikan ekonomi lebih efisien khususnya bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut mempertikai tindakan kerajaan membayar RM18.9 bilion setiap tahun kepada beberapa syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang nyata menguntungan beberapa individu tertentu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya tidak terus membodohkan rakyat kononnya langkah menaikan harga beberapa barangan tersebut demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Mahfuz berkata harga minyak dan barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi makmal rasionalisasi subsidi.

“Apakah ini satu permulaan yang mahu dilaksanakan oleh Najib (dan) makmal rasionalisasi subsidi ini.

“Sebab itu, saya tanya apakah motif kerajaan mahu menaikkan harga barang-barang ini,” kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak dan diesel sebanyak lima sen berkuat kuasa Jumaat lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.

Kata beliau, jika jadual pelarasan itu dilaksanakan, ia tidak akan membantu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, tetapi “rakyat berbelanja tinggi.

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang saya lihat,tindakan kerajaan memotong subsidi bagi bahan-bahan tertentu walaupun pada waktu yang sama kerajaan mendakwa ada kelabihan sebanyak RM 10billion dalam kutipan hasil kerajaan adalah sebagai persedian menghadapi pellbagai kemungkinan pada masa hadapan.Untuk membuang duit semua orang pandai,walaupun tidak ada sekolah.Untuk cari duit orang yang ada pelajaran dan berpengalaman pun mungkin boleh golong tikar.Dengan pemotongan subsidi kerajaan dapat selamatkan RM 750 juta + RM 10 billion.Tetapi jika pemotongan subsidi ini menyebabkan rakyat menderita dan sengsara duit yang diperolehi dari pemotongan subsidi boleh dikeluarkan dari simpanan kerajaan.
Dalam kepala kerajaan pada tahun 2019 negara ini akan menghadapi masalah kewangan seperti yang dihadapi oleh Greek.Maka kerajaan merancang untuk menyimpan wang melalui potongan subsidi sebagai persedian menghadapi kemungkinan itu.Keadaan dunia pada hari amat tidak menentu hujan lebat dan banjir besar melanda banyak negara
yang kita banyak bergantung bekalan makanan dan bagi negara-negara pembali barangan kita pula sudah pandai mengeluarkan bahan yang kita jual,negara pembali juga mungkin ditimpa bala seperti keruntuhan ekonomi,kenaikan bahan bakar dll.Semua ini boleh menyebabkan kita miskin,menderita dan kelaparan.Tetapi jika ada banyak duit kita boleh beli dimana-mana tempat diduni ini.Ingat lah apabila perut kita lapar ia tidak akan menerima alasan kita kecuali kita dapat makan,dan mungkin sebelum kita dapat makanan kerana kelaparan kita mungkin jadi perompak atau pembunuh.jika ini berlaku negara akan berada dalam kacau bilau.Apakah ini yang kita mahu?.Pada masa ini kita dalam keadaan mewah maka kita terdorong untuk melakukan kerosakan.

Kakcik Seroja said...

Tak faham teman, weh!

fidel castro said...

kepada saudara anoy.
kerajaan sepatutnya berjimat dari projek projek yang banyak membazir seperti istana negara yang baru. itu belum diambil kira yg mamak kerala bazirkan. cuba fikirkan tentang MEC city..berapa billion kerajaan bazirkan? duit sapa tu kalau bukan duit rakyat. negara ini bukannya milik UMNO.

Search This Blog