Kerajaan yang dipilih oleh rakyat akan bertanggung jawab pada rakyat. Kesejahteraan dan kepentingan rakyat mesti menjadi prioriti mereka. Dasar serta tindak tanduk mereka mesti rakyat-friendly.... dan menguntungkan rakyat.Dalam masalah air di Selangor..... apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan meminta Kerajaan Pusat menyerahkan semula pengurusan industri air Selangor yang telah diswastakan kepada mereka, adalah satu tindakan yang pro-rakyat. Mereka tidak mahu rakyat dibebani dengan kadar kenaikan tarif air... sedangkan Syabas, syarikat kroni UMNO/BN, mengaut keuntungan lumayan.
Kerajaan pusat yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya bertindak demi kepentingan rakyat. Ini tidak..... Keengganan mereka untuk menyerahkan semula pengurusan industri air atas alasan, Selangor sedang mengalami krisis air adalah bullshit semata-mata. Tindakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor, juga dilihat sebagai satu tindakan tidak mesra-rakyat. Aha... dia ni bukan menteri rakyat tetapi menteri kroni. Jadi.... kalau inlah sikap dan pendiriannya.... PRU13 nanti, rakyat TOLAK jer!!
Sehubungan itu.... slogan 1Malaysia Najib, di mana rakyat didahulukan adalah juga bullshit. Retorik jer beb!! Keadaan yang berlaku di Selangor ialah bukti nyata ke-bullshit-an mereka. Jangan percaya... jangan jadi bodoh!!
Alasan itu dan alasan ini yang diberi oleh kerajaan pusat adalah semata-mata untuk men-justify-kan tindakan mereka..... merompak wang rakyat atas nama kenaikan tarif air. Niat dan hasrat keji mereka inilah yang cuba dihalang oleh Kerajaan PR Selangor. Fuulaamakk.... rakyat dirompak dan hasil rompakan dapat kepada yang kaya. Yang kaya bertambah kaya.... yang miskin semakin papa kedana!! Shit!! Ini tak boleh jadi.... Tak boleh dibiarkan!!
Sekiranya kerajaan PR Selangor mampu untuk memberikan rakyatnya pilihan yang lebih baik dan adil..... mengapa perlu dihalang?? Demi rakyat.... sepatutnya ia diluluskan oleh kerajaan pusat. Mari kita tengok alasan-alasan yang diberi oleh kerajaan PR Selangor untuk mengambil alih semula pengurusan industri airnya....
1. Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.
2. Pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan.
3. Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air.
4. Pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.5. Penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik.
All these are very concrete reasons..... jika dibandingkan dengan alasan kerajaan pusat, yang nampak sangat bodoh dan cuba memperbodoh rakyat. Ciisss.... what an insult!!
Dalam senario isu air di Selangor.... siapakah yang diutamakan oleh kerajaan 1Malaysia Najib, rakyat atau kroni?? Dan.....
Siapa pula yang memperalatkan siapa.....?? Kerajaan pusat memperalatkan kroni atau kroni memperalatkan kerajaan?? Atau..... inikah keadaan yang menggambarkan slogan terbaru Najib.... "We help you..... You help us"!!
Kepada rakyat Selangor pula..... jangan biarkan mereka yang durjana ini menghina kebijaksaan minda ngkorang. Bukak minda dan buat pertimbangan secara rasioanl dan tanya soalan ini......
"Siapa yang komited untuk tolong kami dan yang jujur mahu meringankan beban kami?"
Sebagai rakyat yang ada hak..... kita mesti menyokong kerajaan yang meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai top prioriti mereka!!
Hidup Pakatan Rakyat!!
No comments:
Post a Comment