Terutama sekali mereka yang menganggap tanpa UMNO dan tanpa Barisan Nasional, tiadalah kerajaan lagi di Malaysia dan di dunia yang boleh digantung harap oleh masyarakat.
Bagi masyarakat Cina pula, mereka semakin bijak dalam percaturan seperti ini. Baik ketua atau taukeh sendiri, jika pada pandangan mereka tidak mengikuti landasan perjuangan, akan dinyahkan.Masyarakat India masih mencari-cari cahaya ke lorong suci. Agak-agaknya masih cuba mentafsirkan samada Samy itu manusia atau dewa.
Namun pada hemat saya, pemuja-pemuja yang menganggap UMNO sebagai 'betara' (dewa) politik, ruang lingkup pemikiran mereka berada ditahap kelas ketiga.
Biarpun betara-betara mereka terlibat dalam rasuah, betina, arak, judi dan menjadi pengkhianat bangsa sendiri - betara-betara ini tetap akan dipuja dan disanjung.
Zaman sudah melepasi ke era globalisasi namun pemikiran pemuja-pemuja UMNO baru mencecah garisan mula 'sejagat' itu.
Itu sebabnya Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor sekadar beberapa kawasan pilihanraya - masih ditakok lama dari segi pantulan atau cerminan minda Melayu yang mewarnai politik Malaysia.
Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak yang satu ketika dulu dikatakan ketinggalan dalam pelbagai arena, kini sedang memintas minda betara politik Melayu yang rata-ratanya beretorik.
Menjadi bahan lawak politik. Hanya Melayu pemuja UMNO sahaja gemar dengan mee segera.
Sampai bila Melayu jenis ini sanggup diketawakan ?
No comments:
Post a Comment