Friday, May 21, 2010

Khabar angin rombakan Kabinet bertiup lagi...

Desas desus bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi, sekali lagi bertiup kencang.

Akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Woh membuat spekulasi hari ini bahawa rombakan buat kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diadakan sebelum 7 Jun ini - tarikh sidang Dewan Rakyat bersambung semula.

Rombakan sama ada secara besar-besaran mahupun hanya kecil dilihat tidak boleh dielakkan.

Antara kekosongan itu termasuk mengisi jawatan timbalan menteri pengangkutan, berikutan kematian Datuk Robert Lau dan jawatan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang dikosongkan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Berikutan pilihan raya kecil Sibu, kita percaya perdana menteri akan merombak kabinetnya dalam tempoh seminggu dua ini supaya pasukan baru boleh segera menjalankan tugas,” kata Kwong Woh yang memetik sumber.

Sumber dari Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu parti-parti komponen BN juga sudah membekalkan senarai calon mereka kepada perdana menteri.

Memetik sumber dari MCA, laporan itu berkata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mencadangkan sebarang perubahaan kepada kedudukan empat menteri yang disandang oleh pemimpin sekarang.

Mereka adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Kong Cho Har; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.

Daripada empat pemimpin berkenaan hanya Ong dan Kong, kini tidak lagi memegang sebarang jawatan dan secara tradisinya mereka akan digugurkan.

Bagaiamanapun Ong dijangka dikekalkan kerana imejnya yang bersih dan tegas serta kepopularan bekas presiden MCA itu di kalangan pengundi Cina yang merupakan aset kepada usaha pembahuan Najib manakala Kong pula adalah orang kanan Chua.

"Kecuali perdana menteri mahu Ong digugurkan, beliau terpaksa pergi. Tetapi difahamkan, beliau tidak berhasrat berbuat demikian,” kata sumber itu.

Menurut laporan Kwong Woh lagi, pemimpin MCA juga cuba menyakinkan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna untuk ditukarkan dengan Menteri Pelancongan.

Selain itu, akhbar berkenaan juga membuat spekulasi bahawa rombakan itu juga akan membabitkan dua menteri kabinet dan tiga timbalan menteri dari Umno.

Menurut akhbar itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohd Yaakob, akan digugurkan.

Tempat Shabeery akan diisi oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sekarang ini dilihat sebagai pemimpin yang moderate dan berpengaruh di kalangan beliau.

Menteri-menteri lain yang dikatakan 'tidak selamat' termasuk Datuk Seri Noh Omar (Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ismail Saabri Yaacob (Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Mereka yang dijangka akan dinaikkan pangkat pula adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri, Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

1 comment:

RIDER MERIDA said...

assalamualaikum
mintak tolong link kn blog sahabat
http://lagenda-cinta.blogspot.com/
terima kasih

Search This Blog