Thursday, April 8, 2010

Peruntukan RM2.64 Bilion, Nilai Kontrak hanya RM15 Juta

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah didakwa menerima peruntukan sebanyak RM2.64 bilion melalui bajet 2009 namun hanya RM15 juta nilai kontrak yang telah didedahkan di dalam portal perolehan elektronik MyProcurement.

Hal ini didedahkan Ahli Parlimen (AP) Petaling Jaya, Tony Pua pada sidang media di parlimen hari ini.

Tony Pua dalam sidang media berkata beliau juga menemui satu lagi maklumat yang dicurigai dalam portal berkenaan iaitu satu kontrak untuk membina sebuah hostel 200 bilik dengan jumlah RM77.8 juta.

"Lebih murah lagi kalau beri setiap seorang itu sebuah banglo," kata beliau.

Beliau dalam pada itu meminta kementerian pelajaran untuk membuat penjelasan berhubung kontrak berkenaan.

Menurut beliau, lebih banyak kesilapan dan maklumat yang tidak lengkap dikesan dalam portal perolehan elektronik MyProcurement.

Beliau juga mendedahkan maklumat di dalam protal itu tidak lengkap kerana hanya mengandungi maklumat kontrak daripada 16 buah kementerian.

Selain itu, beliau juga memetik maklumat kontrak daripada Jabatan Perdana Menteri yang memperoleh peruntukan sebanyak RM11.2 bilion sebelum ini.

Namun, kontrak yang dipaparkan di portal berkenaan bagi kementerian berkenaan hanyalah sebanyak 1.5% daripada jumlah peruntukan berkenaan.

"Ini akan meningkatkan kecurigaan bahawa kerajaan tidak mempunyai political will untuk membanteras rasuah," katanya lagi.

Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Search This Blog