Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia pagi ini akibat barah.Robert Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Namun begitu besar juga kemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.Sebelum ini, Sarawak menghadapi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 iaitu DUN Batang Ai. BN menang kerusi itu mengalahkan calon PKR.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail yakin hanya seorang sahaja calon Pakatan Rakyat akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
"Saya yakin, kita hanya mampu mengalahkan BN melalui pendekatan satu lawan satu. Jadi saya yakin, hanya satu calon Pakatan kali ini," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pilihan raya lalu, calon DAP dan calon PKR menentang calon BN di Sibu. Hasilnya kedua-dua mereka kalah dengan majoriti 3,235 undi di tangan Robert Lau.
Saifudin juga berkata, Pakatan Rakyat sedang memperkukuhkan hubungan antara parti di Sarawak.
"Kita yakin, pilihan raya kecil ini boleh mempercepatkan proses itu," katanya.
Beliau juga tifdak menolak kemungkinan pilihan raya Parlimen ini akan disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang sudah sampai tempoh matangnya.
No comments:
Post a Comment