Monday, March 8, 2010

Usah bangga dengan kuasa yang ada - Sultan Kedah

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah mengingatkan umat Islam khususnya golongan pemimpin agar tidak berbangga dengan kuasa yang dimiliki.

Ini kerana titah baginda, kuasa adalah amanah daripada Allah S.W.T yang mesti dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

"Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W terdiri daripada prinsip-prinsip yang jelas dan luhur, tidak terdapat helah dan tipu daya, dan apa yang menjadi dasarnya ialah untuk mendatangkan kebaikan kepada setiap manusia,” titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini.

Baginda bertitah umat Islam mesti mencontohi Rasulullah S.A.W yang telah membawa konsep kesejahteraan sejagat.

No comments:

Search This Blog