Monday, March 8, 2010

Anwar sedia serah jawatan kepada DAP

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan yang beliau sanggup menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada DAP kerana parti itu medominasi jawatan di parlimen untuk Pakatan Rakyat. “Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan. Saya lebih pengalaman sebagai menteri. Tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu,” katanya.

PKR yang kehilangan empat ahli parlimen dalam masa terekat ini kini hanya memiliki 26 kerusi sementara DAP 28 dan PAS 23. Kebiasaanya, parti yang mempunyai jumlah wakil teramai akan mewakili ketua pembangkang. “Umno pening macam mana hendak lagakan ketiga-tiga parti ini. Mereka tidak tidur. Mimpi pun, macam mana hendak gaduhkan kita,” tambah Anwar.

1 comment:

Manjung Mari said...

Tak timbul isu Anwar kena serah tugasnya kpd LKS.Ini kerana DAP dan PAS dah buat kenyataan mereka masih menganggap DSAI sbg Pemimpin PR.Disini nampak kehebatan dan kematangan PR yg tidak memandang DSAI sbg individu tetapi sbg faktor penyatuan PR.Pihak DAP/PAS tak kesah dgn tuduhan kata Anwar meliwat kerana DAP/PAS percaya itu adalah hak individu yg tak kena mengena dgn peranan Anwar sbg Ketua Pembangkang.Aku pun setuju dgn pendirian ini.Anwar atau siapa2 pun boleh melakukan apa jua selagi ia tidak menjejaskan misi utama PR iaitu utk menghalau UMNO dari Parlimen.Kau nak berliwat dgn gorila pun lantak kau lah asalkan kau terus setia bersama PR.

PAS FOR ALL!

Search This Blog