Hari ini di bumi Kelantan berlaku satu peristiwa yang wajar menjadi renungan mencetuskan keinsafan serta meningkatkan ketakwaan di sisi Allah SWT. Solat sunat Istisqa yang diimamkan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memohon hujan ditunjukkan tentang tanda dan kebesaran Allah SWT.
Seramai kira-kira 2000 jemaah yang turut serta dalam sunat itu mengalami peristiwa yang menakjubkan apabila hujan mula turun sebaik sahaja bacaan surah Al Fatehah dimulakan. Peristiwa ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa doa dan munajat mereka yang ikhlas sentiasa berserah diri mengharapkan pertolongan Allah akan diperkenankan oleh Allah SWT. Cuma masa sahaja yang menentukan.
Sebelum ini seringkali pemimpin Umno mempersendakan apabila puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat seperti dalam isu royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan. Malah ada suara-suara sumbang ulama Umno yang memperleceh munajat rakyat Kelantan agar pemimpin Umno yang menafikan hak rakyat Kelantan ditimpa bala.
Pemimpin Umno-BN mungkin boleh mengarahkan pihak polis untuk menghalang program Pas dan Pakatan Rakyat. Mereka juga boleh berlindung dengan mengarahkan polis untuk menangkap pemimpin PR seperti yang dialami oleh Mazlan Aliman. Mereka juga boleh menggunakan semua institusi yang di bawah telunjuk mereka daripada polis, SPRM dan mahkamah untuk mereka cerita dan bukti untuk memalukan pemimpin PR. Mereka juga boleh menggunakan segala bentuk media untuk menghalalkan segala tindak tanduk mereka. Tetapi mampukah Umno-BN menghalang kekuasaan Allah SWT?Seramai kira-kira 2000 jemaah yang turut serta dalam sunat itu mengalami peristiwa yang menakjubkan apabila hujan mula turun sebaik sahaja bacaan surah Al Fatehah dimulakan. Peristiwa ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa doa dan munajat mereka yang ikhlas sentiasa berserah diri mengharapkan pertolongan Allah akan diperkenankan oleh Allah SWT. Cuma masa sahaja yang menentukan.
Sebelum ini seringkali pemimpin Umno mempersendakan apabila puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat seperti dalam isu royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan. Malah ada suara-suara sumbang ulama Umno yang memperleceh munajat rakyat Kelantan agar pemimpin Umno yang menafikan hak rakyat Kelantan ditimpa bala.
Peristiwa yang berlaku di Kelantan hari ini memberi ingatan kepada bekas ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang melompat seperti YB Bagan Serai,Mohsin Fadzli Samsuri yang telah tamat tempoh meletak jawatan yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Awang untuk berhadapan solat hajat selama dua minggu. Datuk Jamil Khair dan ustaz dan Tan Sri Harussani mufti Perak boleh mempertikaikan solat hajat berkenaan tetapi mampukah mereka berdua menghalang jika Allah SWT memperkenankan munajat berkenaan?
Maka kepada semua pemimpin Umno-BN yang sering mempersendakan munajat mereka yang tertindas dan dizalimi....tunggulah masa dan ketikanya. Lambat atau cepat balasannya pasti tiba...
5 comments:
jangan la takbur..HUjan tu rezeki dari Tuhan..jgn la riak sgt kata hujan tu turun sebab solat hajat tu...dah Tuhan nk turunkn ujan turun lah ia...
aloooo anonymous.....
jenih bacul...
nama pun tak tau nak guna
tak dak tulang belakang
hang tok sah tunjuk lagak laa...
ini bukan soal takbur....
ini soal tawaddhuk......
permohonan hamba kepada Yang Empunya Segala Yang Memiliki...
memang jenih hangpa ni tak tau takut azab langsung.......
nampak neraka depan mata baru nak melutut kot.....
awat laa hati perut hangpa ni bengap sangat........
hidayah tak sampai lagi laa tuuuu
Begitulah kalau ALLAH SWT sudah menutup hati , mata dan telinga dari kebenaran , Rahmat daripada ALLAH dikatakan perkara biase ataupun BALA . Nauzubillah min zalik . Atas dunia ni boleh lah angkuh dan berlagak menggunakan kuasa sepenuhnya untuk menzalimi sesama insan tapi bila berseorangan di alam barzah nanti , korang tanggung lah sendiri . Oi anon , janji ALLAH adalah benar ! Engkau jangan jadi pak turut sebab dapat upah tak seberapa ! Tuan kau pun dapat rezeki dari ALLAH SWT !
nice
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.
Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.
Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.
Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?
Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,
http://perakreform.blogspot.com/
dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.
Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.
Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.
Post a Comment