Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno ibarat mengitar semula surat khabar yang sudah lama.
Isa yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua katanya, telah pun diketepikan oleh Umno sendiri pada pemilihan agung lalu akibat rasuah yang telah dibuktikan sendiri mereka.
"Mereka (BN) mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa," ujarnya ketika berucap pada malam pengumuman calon PAS Selasa lalu.
Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.
Namun beliau yakin pengundi tidak akan tertipu dan tidak akan menggadaikan maruah mereka memilih seorang yang terbukti terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebut.
"Yang rasuah adalah Umno. Siapa yang tuduh, bukan PAS, bukan DAP bukan keADILan, yang tuduh adalah Umno, yang jatuhkan hukuman, Umno, yang pilih calon rasuah juga adalah Umno."
Ujarnya lagi, sikap Umno BN memelih calon sedemikian bukan perkara baru. Ianya adalah sebagai sikap muafakat dan tolong menolong Umno yang telah diamal sekian lama.
"Inilah satu sikap yang sejak dulu ada dalam Umno. Tolong menolong demi kepentingan politik, aku tutup kes kau, kau tutup kes aku," katanya.
Namun katanya, orang paling bersedih dengan pemilihan Isa tentunya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Vateran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah.
Ini kerana kedua dua tokoh berkenaan antara yang lantang menetang pencalonan seseorang seperti Isa yang boleh dipertikai integritinya.
Tun dan Ku Li juga sebelum ini menasihatkan Umno BN memilih calon yang lain supaya parti mereka tidak terbeban dengan rekod buruk Isa.
"Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya.
No comments:
Post a Comment