Monday, August 17, 2009

Inkues : Tiada bukti sokong teori Beng Hock dibunuh

Pakar perunding kanan perubatan forensik, Dr. Khairul Azman Ibrahim memberitahu mahkamah koroner beliau tidak menjumpai sebarang bukti untuk menyokong teori kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock akibat dibunuh.

Katanya, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk mengatakan ia adalah kes bunuh sekiranya menemui sebarang fakta-fakta yang disyaki berkaitan dengan teori tersebut.

Walau tidak menyoal pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau turut menyiasat tempat kejadian dan menemubual keluarga selain bergantung kepada hasil bedah siasat, laporan asid deoksiribonukleik (DNA) serta toksikologi sebelum membuat kesimpulan tiada unsur-unsur pembunuhan dalam kes itu

No comments:

Search This Blog