Tuesday, August 18, 2009

buah busuk jangan di pilih.

memanglah calon BN layak untuk bertanding dalam PRK permatang pasir seperti kata SPR kerana tidak pernah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan hanya bersalah disisi akta majlis peguam yang telah pun melucutkan lesen guaman calon BN tersebut diatas kesalahan salah guna wang Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang oleh firma guaman yang diterajui oleh calon BN itu pada tahun 2000.

namun apakah kita mahu menjadikan individu yang ada sejarah hitam dan telah dicemari dengan sifat keji untuk menjadi pemimpin dan menjaga kepentingan kita nanti. ibarat menyuruh serigala menjaga kambing-kambing kita. atau mungkin itulah calon yang terbaik dimiliki oleh UBN pada masa kini. atau calon-calon lain tidak mahu mengambil risiko untuk bertanding kerana telah tahu keputusan yang bakal diperolehi nanti.

mustahil pengerusi perhubungan UMNO pulau pinang yang berlatar belakangkan agama itu tidak tahu menilai calon yang paling baik untuk diturunkan bertanding menentang calon dari PAS. mungkin pengerusinya pun dua kali lima juga dengan calon pilihannya itu. sama juga macam presiden mereka yang memang kaki tipu duit rakyat. tapi kalau mahkamah tak kata bersalah maka tak jadi hal. macam mana mahkamah nak kata salah sedangkan tak pernah dihadapkan ke mahkamah pun. tapi tak apalah, mahkamah dunia kita boleh gula-gula kan, tapi tunggu mahkamah allah....nak kemana.

jadi sekarang ini terserahlah pada pengundi PRK permatang pasir. penyokong PR kita tak risau kerana sudah pasti akan pilih calon PAS. cuma pengundi atas pagar dan penyokong BN. apakah mereka sanggup pilih pemimpin yang mempunyai moral dan integriti yang rendah. terpulanglah..undi itu hak masing-masing tapi gunalah dengan bijak. janganlah kita sudah tahu makanan kita tercemar tapi masih nak dijamah. teuk dada tanyalah selera.

3 comments:

hatiminda said...

KALAU MAHKAMAH ALLAH NANTI, PUAK-PUAK PAS DAN PAKATAN YANG AKAN MENDAPAT HUKUMAN PALING BINASA OLEH YANG MAHA BERKUASA KERANA LIDAH MEREKA SANGGUP MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM SENDIRI DAN MENGANGKAT TARAF PEMIMPIN BUKAN ISLAM YANG TERANG-TERANGAN MENENTANG ISLAM SBG SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT!!!!MENGAPA PUAK-PUAK PAS SEMAKIN BODOH SPT NIK AZIZ?

Unknown said...

kalu mata hati dah tertutup memang tak nampak yg baik...weiii hatiminda, fikir sedalam2nya

pemuda cheh said...

bila pas mengkafir kan orang. cuma PAS kata kalau kita menentang atau menolak perintah allah maka ia adalah kafir.menggunakan undang2 selain dari undang2 islam...kafir. menyebut kalau undang2 hudud dilaksanakan akan ramai orang kudung tangan dan kaki itulah kafir.hatiminda kalau tak tahu tanya orang yang tahu. jangan bodoh sombong. bercakap biar dengan ilmu. kalau nak dibandingkan hati minda dgn tok guru nik aziz...sapalah dia.

Search This Blog