MISI Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal untuk menawan Kerajaan Negeri Kedah mungkin akan berjaya jika Pakatan Rakyat leka setelah Adun Lunas (PKR), yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat & Tenaga Manusia), Mohd Radzi Salleh (gambar kanan berketayap) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi Adun Bebas. Bagaimanapun, Shafie harus bertanggung jawab di atas cubaan dan tindakan beliau memancing keluar Adun PKR tersebut dengan habuan yang lumayan dan seharusnya berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO peringkat akar umbi di Kedah. Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu (berbaju merah hati), menjelaskan bahawa beliau tahu siapa yang memainkan peranan memancing Adun PKR dan sedang berusaha memancing sekirang-kurang tiga lagi Adun agar meninggalkan parti tersebut dengan ganjaran yang lumayan, sama dengan modus operandi yang dijalankan di Perak dan Sabah sebelum ini. "Kita telah lama mengekori seorang jutawan dari Sandakan, Sabah yang amat rapat dengan Shafie dan kita mempunyai bukti pertemuan mereka sebelum ini. Kita akan serahkan bukti kepada pihak berwajib apabila tiba masa yang sesuai," ujar Lahirul yang kesal dengan cara Shafie cuba mendapatkan kuasa melalui pintu belakang. |
Monday, August 24, 2009
Berjayakah Shafie Afdal Tawan Kedah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment