Sunday, June 7, 2009

kerajaan perpaduan- tak payah lah

betul seperti kata-kata TGNA dan juga husam musa berkenaan perkara kerajaan perpaduan, mengapa kita (pas) perlu berkerjasama dengan UMNO sedangkan selama ini terang-terang UMNO menolak sepenuhnya perjuangan islam yang di bawa oleh pas. tambahan pula disaat umno hampir kepada kehancurannya, mengapa pas hendak menghulur tangan untuk menyelamatkan mereka. walau DAP menolak negara islam yang dicanang oleh pas, tapi DAP tidak menolak keadilan yang diperjuangkan oleh pas. mereka sama-sama menentang segala penyelewengan yang berlaku, tidak hanya semasa menjadi pembangkang tapi terbukti bila diberi kuasa untuk memerintah. lihatlah bagaimana lim guan eng mentadbir pulau pinang. mungkin ada orang akan kata, masih baru lagi, nanti dah lama sikit baru ada macam-macam skandal. tapi saya percaya ini tak akan berlaku.

janganlah disebabkan oleh terlalu inginkan jawatan dan kuasa maka kita sanggup untuk mengadaikan maruah islam dan parti. jika ingin juga untuk meneruskan hasrat kerajaan perpaduan dengan umno mungkin pas perlu memastikan umno akan dan ingin melaksanakan islam dalam pemerintahan dan membuang fahaman sekular dalam parti itu terlebih dahulu. bersihkan nama baik presidennya dulu dari tuduhan yang dilemparkan dari dalam dan luar negara. hapuskan rasuah yang berlaku dalam parti mereka dahulu. bagaimana kita nak berkerjasama dengan orang yang mengamalkan rasuah sedangkan kita selama ini menentang rasuah habis-habisan. dimana letaknya prinsip kita tentang rasuah.

dan mereka juga baru sahaja menikam kita dan rakan-rakan dari belakang dengan melakukan rampasan kuasa di perak dimana berbagai peristiwa dan penyalahguna kuasa yang memalukan berlaku. apakah ini belum cukup untuk mengajar kita agar jangan bersahabat dengan mereka. seperti kata TGNA luka pas disingkir dari perikatan pun masih terasa lagi .

benar seperti kata husam musa bahawa kita sepatutnya berfikir untuk mengantikan umno bukan untuk menyelamatkan mereka.

2 comments:

Yong said...

Heran betui Yong. Apesal deme ni beria2 benor nak buat kerajaan perpaduan dengan umno nih? Sampei sanggup deme menerima kritikan dan kutukan ahli2 PAS sendiri. Sampei muslimat yang lemah lembutpun menentang. Tapi masih jugak deme tak sedor. Paling teruk, sanggup menderhaka (engkar nasihat) TGNA. Yong cadang ginile, buat satu persidangan lagi khusus untuk bincang hal kerajaan perpaduan nih. Panggil semua ahli2 PAS yang berakei panjang. Yang berakei pendek (misalnya yang lari dari kempen PRK), juga kena ikut. Boleh kita ukur pendek mana akei deme. Jemput juga bijakpandai Melayu Islam (kecuali ahli UMNO sebab ini hal dalaman PAS) untuk beri pandangan/moderator/ulasan. Akhirnya kot masih berkeras nak buat juga kerajaan perpaduan, mike yang giler meroyan kat UMNO tu pergile join deme. Yang taknak, duduk le dalam PAS. Bila deme dah pergi, confirm PAS akan bersih dari sindrom syok kat UMNO nih.

Anonymous said...

yup perasaan ego dan benci terhadap anwar mungkin penyebabnya..tapi rasanya kalau perjuangan demi kerana Islam, rasanya tak tergamak rasanya nak team up ngan UMNO... rasa rasanya siapa yg nak jadi PM kalau ada kerajaan perpaduan, Tuan guru Hadi Awang atau Najib Tun Razak? kalau TUan guru pikir dia bleh duduk lebih atas dari najib dia benar benar bermimpi disiang hari yg panas terik lagi plak tu... apakah Tuan GUru lebih yakin kan Najib dari Anwar? apakah khairy jamaludin lebih baik dari lim guang eng? atau khir toyo lebih baik dari Tian chua? Sanggupkah TUan guru bersengkokol dgn mereka ini? bagaimana pula dengan perjuangan hukum hudud, apakah kerana takut dgn tentangan dari DAP terhadap sistem Islam maka Umno jadi taruhan?...selama ini siapakah yg berkuasa dan tidak mengendahkan dan memperlekehkan hukum Hudud? org kafir yg tidak menyokong islam( kerana mereka tidak mengenali islam) rasanya tidak seteruk org islam(kerana mereka mengenali islam) tetapi menentang islam ...apakah kerana terbuai dgn perasaan takut majoriti cina dan india dari DAP dan pkr bila dicampurkan lebih ramai dari melayu dan islam yg ada dari pas, maka UMNO yg mmg melayu semuanya itu lebih baik dari DAP dan PKR? apakah islam memandang pada kulit? bangsa? adat atau budaya?

Kadang kadang pemikiran ulama sgt sgt berseni, jadi kita sebagai org biasa tak tercapai akalmu untuk memahami prespektif mereka mereka ini,

jadi persoalan persoalan ini akan terus jadi persoalan sehingga di perlihatkan tindakan dari mereka ini, sambil berharap apa yg cuba dilakukan mereka meraka ini hanya lah memerangkap UMNO sahaja

TETAPI!

cuma satu, kalau benar benar mereka bencikan anwar atau inginkan jawatan..atau ingin menolong parti kemelayuaan itu...atau cuba nak mengeratkan silaturahim merapatkan pas dgn umno...


seafdalnya mereka ini menjadi ahli UMNO sahaja secara terhormat, bila dah jadi org umno tarbiah lah mereka dari dalam sepuas puasnya, peluklah tanda silaturahim pada mereka.. mintak lah mereka melaksanakan hukum hudud , dan mintaklah jawatan jawatan yg tinggi pada mereka , paling layak mungkin di angkat penasihat agama duduklah disaf saf paling belakang

WAHAI PEMIMPIN

ya benarlah kata org manusia belajar sesuatu dari sejarah, apa yang dibelajar dari sejarah ialah..manusia tidak pernah belajar dari sejarah..pandang lah kebelakang lihatlah presisen kamu yg terdahulu!

LU PIKIRLAH SENDIRI?!

masih tak paham sambil menelan penadol

dunia dunia..

Search This Blog