Monday, June 8, 2009

Kelab penyokong tolak kerjasama Pas dengan UMNO

Kelab Penyokong Pas hari ini menolak sebarang rundingan termasuklah yang dilakukan secara sulit membabitkan kepimpinan tertinggi parti itu dengan UMNO.

Wakil kelab itu, Vincent Lee (gambar) berkata, rundingan seumpama itu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan anggota kelab dengan kemungkinan besar Pas akan meninggalkan mereka.

''Maka, saya meminta pemimpin Pas supaya menjaga setiap kata dan tindakan mereka agar apa yang dilakukan tidak boleh menjelaskan imej parti.

''Tidak ada erti kepada Pas sekiranya mengadakan rundingan atau menyokong parti yang terpesong dengan perjuangan Pas,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kelab Penyokong Pas Nasional sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Vincent yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pas Nasional bagi kaum Cina turut menyokong cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu menjadikan kelab itu sebagai salah satu sayap tersebut.

Katanya, cadangan berkenaan dilihat mampu mengukuhkan Pas serta menjadikan parti itu diterima oleh semua masyarakat.

''Saya harap cadangan ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat sebagai proses perkasa sokongan parti,'' ujarnya.

Dalam masa yang sama, Vincent turut meminta supaya jawatankuasa Pas pusat menyediakan peruntukan dana untuk melaksanakan program serta aktiviti kelab itu.

1 comment:

Mohd Idzaney Zakaria said...

keyakinan kelab penyokong PAS dilihat dgn pnglibatan mereka, dan sewajarnya kita meletakkan mereka di tempat yg betul(adil)..kecewakan mereka umpama mengecewakan anak cucu kita di masa hadapan..yg penting,kita membawa mereka ke pangkuan kita..

Search This Blog