Wednesday, February 11, 2009

Polis Terpaksa ’Menongkat’ Kerajaan Umno Perak Dari Tumbang

 Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

Ketua Polis Negara memberitahu Malaysiakini hari ini, permit ceramah akan dibekukan sehingga "situasi kembali elok."


Ulas sikit

Itu dia arahan dari Putrajaya bagi menjamin kerajaan umno/bn daripada tumbang.

Bukan saja penyokong pakatan rakyat percaya kerajaan perak tidak stabil dan akan tumbang , malah orang – orang umno dan pemimpin nya juga sangat percaya kerajaan itu tidak kukuh.

Maka ianya perlu disokong , ditongkat , disangga , dan dipasak serta mungkin juga nantinya terpaksa di’pilling’ supaya bertahan lama.


Menurut khabar , dalam ceramah yang dibuat akhir – akhirnya , seperti puluhan ribu rakyat perak memenuhi kawasan lapang di Kediaaman Menteri Besar , sangat menggusarkan umno/bn , bukan saja di perak malah sampai ke putrajaya. Ianya sungguh menggangu tidur najib , pak lah dan sekalian pembesarnya.


Kehadiran sebegitu ramai rakyat jelata , merupakan satu fenomena baru di perak , begitu juga dengan sambutan hebat orang – orang Cina ,India dan lain – lain tidak boleh dbiarkan begitu saja oleh umno.

2 comments:

taipingmali said...

PR menang Umno relaks saja. tak ada yang pergi tidur atas jalan semasa Nizar dan exco angkat sumpah. Umno tak berebut nak masuk pejabat. Umno dgn rela hati keluar dari rumah Mb. Umno cool menerima kelahan.

Tetapi bila PR kalah, memberontak macam haiwan dalam zoo

pemuda cheh said...

cara menang tu klu ikut law okey. umno menang sebelum ni, PR tak pernah protes, dah 12 kali PRU. kalah di terengganu pada PRU 11, PAS tak buat kacau pun.

fikir lah dari sudut ugama. sokong buat apa orang yang tolak islam. hudud dipermainkan. itu hukum/undang-undang allah. jangan buat main-main. boleh jadi murtad! kita mengaku islam, tapi orang yang nak tegakkan islam ditentang. islam apa macam tu?

Search This Blog