Thursday, February 12, 2009

Najib, Belum Di Siasat Tetapi Didapati Tidak Terlibat Dalam Kes Altantuya



"KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia. Kini ada undang-undang baru yang telah dipinda oleh pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM).

Ia berkaitan dengan mana-mana individu yang melakukan jenayah atau suspek dalam kes-kes jenayah tertentu maka mereka akan didapati tidak bersalah sebelum disiasat polis. Dengan syarat, mereka itu perlu mendaftar menjadi ahli "UMNO" dan sekurang-kurangnya memegang jawatan sehingga ke peringkat Timbalan Presiden UMNO.

Inilah bertuahnya rakyat Malaysia yang bernama Najib Razak sebenarnya. Begitu jauh bezanya dengan Timbalan Presiden UMNO yang bernama Anwar Ibrahim dulu, beliau sudah didapati "bersalah" sebelum pihak polis menjalankan siasatan.

Heboh disana sini, Anwar dikatakan terlibat dengan "liwat", bahkan media arus perdana beriya-iya mewar-warkan berita itu. seolah-olah Anwar sudah bersalah. Sedangkan beliau belum lagi disiasat hatta dibicarakan sekalipun. Apa bezanya Timbalan Presiden UMNO Anwar dan Najib, jawapannya cukup mudah.

Anwar menentang Presiden dan dipecat dari ahli UMNO, manakalan Najib pula mengampu Presiden dan bakal menjadi Presiden UMNO. Maka, mana mungkin beliau harus didakwa dan dipersalahkan. Secara tidak langsung Najib kini berjaya miliki "Imuniti" yang selama ini hanya dimiliki oleh raja-raja Melayu.

Maknanya disini, tiada lagi undang-undang dalam negara kita yang boleh menyekat Najib untuk berbuat apa sahaja yang beliau mahu. Justeru itulah kita tidak hairan bila beliau naik dan ditabalkan menjadi Perdana Menteri nanti, memang berbagai lagi keanehan, keistimewaan dan kezaliman yang bakal kita saksikan di depan mata kita tidak lama lagi. Keistimewaan dan kekebalan Najib dari undang-undang ini juga jelas dapat dilihat dalam Kes Pembunuhan Altantunya.

Biarpun majoriti rakyat Malaysia bahkan puak-puak UMNO sendiri pun memang percaya Najib terlibat dengan kes itu. Apatah lagi jika ditanya kepada rakan-rakan atau sahabat taulan yang bekerja di Kementerian Pertahanan era Najib Razak, sesungguh mereka memang percaya dan akui beliau terlibat dalam kes itu. Bahkan namanya juga telah beberapa kali disebut dalam mahkamah.

Namun anehnya semalam ketika perbicaraan Raja Petra, DSP Gan Tack Guan berkata bahawa Najib Razak memang tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu. Maka itulah pihak polis tida perlu untuk mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes hasutan yang melibatkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin. Rujuk Artikel dibawah ini:-

"Penolong Pengarah Pusat Biro Nasional/Interpol itu berkata, ini kerana siasatan polis mendapati Timbalan Perdana Menteri itu tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Beliau (Najib) tidak dipanggil untuk memberi keterangan setelah segala siasatan pihak polis dijalankan dan mendapati beliau tidak terlibat dalam kes ini," katanya. "Saya maksudkan kes yang sedang berjalan di hadapan mahkamah ini tidak perlu siasat Najib walaupun nama beliau ada disebut dalam kandungan lampiran A (artikel Let's Send the Altantuya Murderers to Hell).

"Dalam proses penyiasatan kita perlu lihat pembabitan seseorang. Kena ambil kira semua itu. Semua saksi sememangnya penting tetapi dalam kes ini, Najib tidak terbabit langsung jadi tidak perlu ambil keterangan beliau," kata Gan.

Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor, membantah soalan Gobind yang menurutnya cuba membawa elemen politik kerana saksi kelima itu tidak mempunyai kuasa untuk memberi jawapan terhadap soalan berkenaan. "Saksi adalah pengadu dalam kes ini dan bukannya pegawai penyiasat jadi beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang cadangan bagi proses pendakwaan," katanya. [laporan media arus perdana]

Bukankah ianya amat mengelirukan, bila pihak polis mengatakan Najib Razak tidak bersalah sedangkan beliau belum pun masuk "mahkamah" untuk didakwa atau memberi keterangan.

Bahkan pihak polis juga berkata yang mereka telah melakukan siasatan awal terhadap Najib. Soalnya, bila dan apa yang mereka siasat serta fakta apa yang mereka ambil? Inilah yang menjadi kemusykilan kita sebenarnya. Jika begini hasil kerja polis di Malaysia, maka memang sahlah kini undang-undang telah diperkotak-katikkan oleh mereka yang berkuasa. Jika berlaku kepada Anwar Ibrahim, pihak polis bukan mahu "laju macam peluru" untuk menangkap, bahkan menyerbu Anwar seperti "penjenayah paling dikehendaki" di dunia. Sedangkan kes Anwar bukanlah melibatkan jenayah "membunuh" atau "meletupkan orang lain". Ia hanyalah kes fitnah "liwat". Apakah undang-undang sebegini yang harus kita kekalkan dalam negara kita?.

Inilah akibatnya bila menggunakan dasar penjajah sebagai panduan dan ikutan. Akhirnya, mereka yang telah dijajah minda itu menghukum berdasarkan nafsu serta akal fikiran dan bukan lagi berasaskan kepada fakta kes berkenaan. Maka itulah, rakyat perlu bangkit dan sedar dari lamunan. Jangan biarkan mereka ini terus merosakkan amalan demokrasi, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesoapanan dan kesusilaan sesama kita.

[Dengan senario yang berlaku ini, maka kami yakin jika UMNO dan Barisan Nasional terus dibenarkan berkuasa di negara ini maka akan rosak serta punah ranahlah masa depan rakyat. Prinsip "Rukun Negara" yang selama ini dilaung-laungkan kini mereka "persetankan" demi kuasa. Sudah tiada lagi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang apabila mereka menggunakan itu untuk "merampas kuasa" di Perak.

Tiada lagi kesopanan dan kesusilaan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyap, bahkan rakyat ditekan diugut serta diperlakukan seperti "haiwan" oleh penguasa yang zalim dan tamak haloba. Paling utama, mereka ini sudah tiada lagi kepercayaan kepada tuhan, bila sanggup melakukan tindakan sesuka hati tanpa memikirka balasan di hari kemudian. Lakukalah perubahan demi generasi kita !!].

No comments:

Search This Blog