Wednesday, April 29, 2009

Kejayaan besar bila bukan Melayu tidak takut PAS



KepimpinaGo to fullsize imagen Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari pelbagai pihak, bukan hanya dari kalangan PAS semata-mata. Ia perlu segera menempatkan diri di tengah-tengah masyarakat. Apa lagi kejayaan lebih besar selain orang Cina dan India kini tidak lagi takut untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama. Itu antara pandangan yang diutarakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengenai perjuangan 25 tahun kepimpinan ulama dalam PAS. Wartawan NYZA AYOB mencungkil pendapat spontan beliau.



HARAKAH: Bagaimana Pemuda PAS melihat setelah 25 tahun kepimpinan Ulama dalam PAS?

NASHARUDDIN HASSAN: Gerak tindak pemerkasaan parti sememangnya menjadi agenda yang berterusan dan ia melibatkan kepimpinan ulama? yang telah melalui pengalaman kepimpinannya sejak 25 tahun yang lalu. Meskipun kita tidak pernah berasa memadai dengan pencapaian, tetapi Alhamdulillah kepimpinan ulama dalam tempoh 25 tahun ini telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam kontemporari yang mampu memberi saingan dan tamparan hebat kepada kerajaan nasionalis bahkan berjaya mengatasi penguasaan mereka serta disegani bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

Pengalamannya ditimba oleh gerakan Islam antarabangsa. Kepimpinan ulama ini menjadi tonggak untuk PAS terus kekal bersama ketulenan manhaj perjuangannya membawa negara dan rakyat agar diredhai oleh Allah.

Setelah berjaya mengalihkan kepimpinan terdahulu (kepimpinan Dato' Mohd Asri Muda) banyak kejayaan telah dikuasai parti selain memerintah Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah. Apa yang boleh diperkatakan di sebalik kejayaan ini?

Alhamdulillah, kejayaan ini menjadi khibrah (pengalaman) dan ibtila? (ujian) yang besar dan bermakna buat PAS. Ianya telah berjaya menafikan persepsi negatif yang menjadi khurafat sekian lama kononnya PAS tidak mampu memerintah dan mentadbir negara. PAS juga telah berjaya keluar dari lingkaran imej 'parti pak lebai' dan 'parti kampungan' yang kononnya tidak mampu menyaingi tuntutan dan memenuhi keperluan zaman.

Kini PAS telah bersedia dengan segala upaya dan kemahiran yang dimiliki untuk diberi kepercayaan atau mandat oleh rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini sebagai kerajaan alternatif.

Ya! kerajaan alternatif setelah rakyat sekian lama menderita di bawah kepimpinan parti perkauman dan tidak mesra kebajikan. Perkara kedua, suka saya tegaskan di sini bahawa kemenangan ini juga menjadi satu latihan praktikal kepada PAS untuk menghadapi suasana berbeza sebagai sebuah kerajaan yang memerintah bukan lagi pembangkang.

Tentunya berjuang dalam suasana menang dan senang sangat jauh beza dan cabarannya berbanding sewaktu kalah dan susah. Kita perlukan latihan praktikal ini untuk melahirkan kepimpinan yang bertaqwa dan berilmu, sederhana, amanah dan bijak memimpin serta benar?benar berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan.

Pada pemerhatian ustaz, apakah kejayaan terbesar yang telah memecah landskap politik tanah air sepanjang 25 tahun kepimpinan Ulama?

Saya melihat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah meresap jauh ke dalam hati nurani masyarakat. Betapa kini mereka memerlukan Islam untuk keluar daripada segala kemelut yang menimpa negara sama ada politik mahupun ekonomi.

Jika dulu sering kita dengar pemimpin negara menyebut bahawa 'politik suku agama suku', maka kini tiada siapa lagi berani berkata demikian kecuali mereka yang benar?benar jahil dan kufur. Ini adalah episod kejayaan yang ditempa oleh kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS.

Malah kita berjaya mematahkan tongkat Umno dan BN yang selama ini membenarkan mereka tegak angkuh sekian lama. Tongkat yang saya maksudkan ialah MIC dan MCA. Kini masyarakat Tiong Hua dan India tidak lagi 'berkiblatkan' MCA dan MIC untuk terus mendokong BN tetapi rata?ratanya telah beralih menyatakan sokongan kepada KeADILan dan DAP sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebahagiannya kepada PAS sendiri melalui Kelab Penyokong PAS yang kita tubuhkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional. Apa lagi yang lebih besar selain orang bukan Islam di kalangan bangsa Cina dan India kini tidak lagi takut dan bimbang untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama.

Apabila tongkat Umno dan BN ini patah, kini mereka mulai kenal tinggi rendahnya langit dari bumi setelah mereka dibelenggu perasaan angkuh dan bongkak di puncak kuasa sejak sekian lama.

Sokongan bukan Islam terhadap PAS sejak akhir-akhir ini begitu luar biasa hebat. Bagaimana peranan yang dimainkan ulama dengan perkembangan amat positif ini?

Keistimewaan ulama ialah ketakwaan, keikhlasan dan keilmuan mereka. Berasaskan tiga faktor ini ulama telah memimpin gerakan membawa risalah perjuangan dengan cukup meyakinkan.

Bermula dengan maklumat yang disebar secara gigih tanpa jemu melalui penulisan, kuliah, khutbah, ceramah, berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan kini melalui blog, laman web atau Facebook, ulama juga tampil dengan syakhsiyah (peribadi) dan watak serta 'skil' kepimpinan yang cukup mempesona dan meyakinkan.

Ini bermakna rakyat melihat ulama sebagai 'role model' yang dapat menyelamatkan negara?

Ya! Setelah rakyat muak dengan rasuah, gelisah dengan penyelewengan kuasa dan benci dengan keruntuhan moral para pemimpin negara hari ini, para ulama kita dilihat sebagai 'role model' yang boleh menyelamatkan negara dari segala kerendahan aqal dan moral tersebut. Sentuhan spiritual para ulama mengisi kekosongan jiwa rakyat sekalipun dari kalangan non muslim setelah mereka ditinggalkan lompang oleh kerajaan Umno dan BN tanpa pengisian insaniah yang berkesan.

Setakat ini bagaimana penerimaan Pemuda dan PAS khususnya tentang gerakan Kelab Penyokong PAS yang tumbuh bagai cendawan?

Melalui Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, kita juga menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS dan ini menunjukkan kita sangat peka dan gembira dengan perkembangan ini. Ia menjadi cabaran baru kepada PAS dalam meluaskan 'coverage' risalah perjuangan yang diperjuangkan oleh parti sejak sekian lama.

Selama ini, orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas?lepas! Perkembangan ini membawa PAS menemui semua orang terutamanya 'non muslim' untuk mengenali hati budi dan aqal budaya mereka. Kemudiannya ia meletakkan PAS berjiwa besar untuk memimpin bukan sahaja di kalangan orang PAS tetapi juga rakyat pelbagai lapisan latar belakang agama, bahasa dan bangsa.

Dalam pilihan raya umum yang lepas, bukan Islam dibenarkan bertanding sebagai proksi PAS. Hingga kini sejauh mana orang bukan Islam boleh bertanding menggunakan tiket atau lambang PAS itu sendiri?

Pengalaman dan suasana semasa yang didepani oleh PAS akan banyak membantu PAS dalam membuat keputusan demi kepentingan perjuangan yang didokong selama mana ia tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Untuk meletakkan calon 'non muslim' bertanding menggunakan tiket PAS dalam keadaan tertentu seperti di kawasan majoriti 'non muslim', pada asasnya tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama mana calon tersebut turut sama memberi komitmen untuk mendokong dasar perjuangan PAS.

Sejauh mana keputusan Majlis Syura memutuskan keahlian bersekutu, ahli bukan Islam dalam PAS?

Untuk soalan ini, saya rasa wajar dihubungi 'direct' pengerusi atau ahli Majlis Syura .

Berbalik kepada kepimpinan ulama, apakah ustaz berpuas hati dengan penyertaan ulama dalam hiraki kepimpinan PAS Pusat, Pemuda dan juga negeri-negeri?

Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun pada asasnya saya sangat berpuas hati. Malah kita mempunyai gandingan yang baik antara tiga unsur kepimpinan parti iaitu ulama, profesional dan aktivis. Cuma saya kurang senang apabila cuba digambarkan oleh pihak?pihak tertentu kononnya berlaku krisis antara ulama dan profesional dalam parti. Sememangnya dua pihak yang berbeza disiplin pengajian dan kerjaya ini akan dilihat berbeza pendekatan dalam banyak keadaan namun parti mempunyai mekanisme tersendiri yang mengurus gaya dan cara kepimpinan secara kolektif.

Apa sikap Majlis Syura dalam hal ini?

Majlis Syura yang menjadi teraju parti akan terus meletakkan kepimpinan ulama sebagai tonggak kepimpinan kolektif ini. Saya juga mengharapkan ulama? yang diberi ruang menyertai hiraki parti walau di mana posisi mereka benar?benar dapat berperanan bagi membukti kemampuan sebenar ulama? dalam memimpin. Saya cukup tidak sedap hati kalau orang kata ulama lembab, tidak agresif, tidak peka, tidak pandai berorganisasi dan mengurus.

Apatah lagi, kalau apa yang disebutkan itu ada benarnya, maka para ulama mestilah memastikan mereka benar?benar mampu memikul amanah yang diberi. 'Title' sahaja tidak cukup dalam kita memimpin. Ulama mesti bekerja keras untuk memimpin dan mendokong cita?cita perjuangan agar ulama tidak menjadi bahan sendaan apalagi diperlekehkan.

Akhir sekali, apakah Pemuda berpuas hati dengan pencapaian 25 tahun kepimpinan ulama dan apakah harapan Pemuda terhadap kepimpinan PAS pada masa depan yang menanti 1001 cabaran?

Kepimpinan yang optimis, senantiasa meletakkan diri mereka tidak berpuas hati terhadap pencapaian sebelum kerana mereka terus akan membina pencapaian yang lebih baik dari masa ke semasa. Kita belajar dari kelemahan dan kekurangan semalam untuk kesempurnaan di hari esok.

Sebagaimana saya sebutkan tadi, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam kepimpinan ulama setelah kita melalui tempoh pengalaman 25 tahun kepimpinannya. Apa yang pasti, kepimpinan ulama mesti dipertahankan dan diperkasakan dari masa ke semasa.

Kepimpinan Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari pelbagai pihak, bukan hanya dari kalangan PAS semata?mata. Ia perlu segera menempatkan diri di tengah?tengah masyarakat terutama saat mereka diperlukan untuk membimbing dan memimpin masyarakat. Kepimpinan yang bersedia untuk memerintah dan mentadbir negara atau negeri, bukan lagi hanya memimpin organisasi, tetapi juga kepimpinan yang mampu merungkai kebuntuan negara dan rakyat dalam berhadapan dengan pelbagai polemik kehidupan pada zaman moden ini.

Justeru itu, kepimpinan ulama masa depan yang kita perlukan ialah kepimpinan yang mampu dan berani berijtihad, tangkas menangani isu, cepat bertindak dan menjadi kepimpinan yang memimpin bukan kepimpinan yang dipimpin. _

Perkukuh tarbiyah untuk survival PAS



Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
DI tengahGo to fullsize image-tengah suasana politik yang bergolak dan tidak menentu, ketika musuh politik PAS dalam keadaan lemah dan sangat bermasalah, ketika PAS berada di dalam kedudukan paling baik, diterima dan dihormati oleh pelbagai pihak, ada aspek yang sewajarnya diperhatikan sungguh-sungguh oleh pemimpin dan pendukung setia semua peringkat.


Aspek ini ialah tarbiyah, pembentukan syahsiah pendukung jemaah. Persoalan tarbiyah sentiasa berbangkit baik pada Muktamar PAS atau pertemuan-pertemuan lain. Ulama tidak putus-putus digantungkan harapan supaya terus menerus menyegarkan dan memperkukuh tarbiyah.
Kepentingan tarbiyah sangat nyata, lebih-lebih lagi dengan bertambah ramainya kemasukan ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza. Dengan itu sewajarnya difikirkan pendekatannya oleh para naqib dan naqibah supaya tarbiyah ini menghasilkan kejayaan.

Sejak penulis mengikuti usrah PAS suku abad lalu, ahli jemaah tidak henti-hentinya diperingatkan mengenai kepentingan tarbiyah oleh para pemimpin dan tuan-tuan guru daripada Almarhum Yusuf Rawa, Ustaz Nik Abd Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Abd Hadi Awang, Ustaz Yahya Othman, Utaz Abd Ghani Shamsuddin dan yang lain-lain, hinggalah kini.
Tidak syak lagi hasil daripada ingatan dan dorongan mereka ini menyebabkan ahli PAS sentiasa menjadi pendukung setia kepada perjuangan, bersemangat waja, mampu menghadapi pelbagai cabaran, hingga akhirnya kejayaan PAS dapat dilihat hari ini.
Ia menjadi parti politik yang sangat dihormati oleh pelbagai pihak kerana ahlinya memegang teguh prinsip perjuangan dan memiliki akhlak yang tinggi, adil, amanah dan bersikap terbuka.
Namun cabaran yang dihadapi tidak berkurangan, lebih-lebih lagi apabila PAS bersama dengan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan gilang-gemilang dalam pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.
Dengan itu secara 'nature'nya terbuka luaslah pintu kuasa, peringkat tinggi dan rendah dituruti pelbagai peluang rezeki dalam kerajaan yang diperintah seperti yang termaklum.
Ini adalah cabaran dan 'godaan' yang dihadapi oleh pendukung PAS. Jika di Gaza, Palestin, cabaran dan ujian yang dihadapi oleh rakyat di sana ialah bom-bom dan meriam kereta kebal Israel yang demikian kejam, pendukung PAS di sini berdepan dengan cabaran dan ujian yang disebutkan tadi. Bahayanya hampir sama.
Tidak salah mendapat rezeki daripada sumber yang halal, hasil daripada keringat, kerajinan dan sebagainya. Namun yang menjadi persoalan ialah apabila matlamat perjuangan tidak lagi kepada mencari keredaan Allah SWT tetapi untuk mendapatkan ganjaran material.
Adapun yang membezakan parti politik bernuansa Islam dengan parti berbentuk sekular ialah dari segi matlamat tadi. Parti Islam tidak meletakkan 'matlamat menghalalkan cara' tetapi 'matlamat mesti betul dan benar, pelaksanaannya juga mesti benar'. Itu saja kriteria untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
Justeru, tarbiyah dengan segala perihalnya bersifat antibodi, atau 'filter' yang mampu menahan dan menjadi penapis segala serangan virus penyakit yang bersumber daripada nafsu dan kehendak tidak terkawal para pendukung jemaah.
Untuk itu contohilah bagaimana setianya pendukung jemaah ketika PAS miskin dan susah pada masa lalu, tetapi mereka mampu bertahan hingga kini. Jumlahnya ramai, ada yang berprofil tinggi, ada yang rendah, tidak terkenal. Namun seperti kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor, "mereka adalah pahlawan yang tidak ternama, tetapi jasa dan pengorbanan mereka sungguh besar".
Dengan itu berilah perhatian sungguh-sunguh kepada aspek tarbiyah. Ini bukan seruan tradisi setiap kali Muktamar PAS, tetapi ia perlu diperingat dan dilaksanakan, sama ada sebelum muktamar mahupun selepas muktamar, justeru ia adalah antara 'talian hayat' PAS.
Pada ketika PAS mengharungi suasana politik baru di tanah air sekarang, ketika orang bukan Islam sudah merapati dan berinteraksi, bahkah mendukung perjuangan PAS menegakkan keadilan, maka manhaj atau pendekatan tarbiyah tentu saja berubah.
Namun asas tarbiyah itu tidak berubah dari yang disebut oleh para naqib dan naqibah pada tahun-tahun 70-an, 80-an, malah 90-an dulu, iaitu bersumber daripada al-Quran, Seerah Nabawiyah serta diambil daripada pemikiran pemimpin gerakan Islam dunia, khususnya dari buku-buku pemimpin Ikhanul-Muslimin, Abul A'la Maududi, Badiuzaman Said Nursi, Muhd Natsir dan lain-lain.
Asas-asas tarbiyah mereka ini tetap segar dan relevan hingga kini. Namun idea-idea dalamnya perlu dikembangkan sesuai dengan suasana kontemporeri ini iaitu bagaimana watak kita meladeni dan menyesuaikan diri dengan perubahan ini, umpamanya, ketika orang bukan Islam demikian ramai mendekati perjuangan PAS.
Pendukung PAS tidak perlu menanggalkan serban, kopiah dan jubah untuk apa yang dipanggil 'menyesuaikan' diri dengan suasana terkini. Yang penting ialah watak, ilmu dan kearifan kita sendiri. Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat tetap berserban dan berjubah, namun kerana kearifannya meladeni sifat insan, ia mampu menjadi contoh terbaik mengadunkan politik berpaksikan agama hingga ia menjadi tokoh yang disegani.
Selain daripada tarbiyah, PAS juga sewajarnya menggalakkan wacana ilmu, perbincangan serius membuka minda ahli kepada persoalan terkini, dibedah menurut perspektif Islam. PAS tidak kurang para agamawan, profesional pelbagai bidang dan intelektual untuk mengisikan program seperti ini.
Malah para intelektual di luar PAS juga boleh diundang ikut serta memberikan pandangan. Bukankah hadis Nabi s.a.w. menyatakan "ilmu itu barang yang tercicir dari orang mukmin, cari dan ambillah di mana saja kamu menjumpainya".

Memanglah sifat parti politik memerlukan ahli atau khalayak yang ramai kerana ia memerlukan sokongan rakyat setiap masa. Namun bagi PAS yang juga bernuansa sebagai gerakan Islam, sewajarnyalah pendukungnya memerlukan pengisian yang boleh meningkatkan kualitinya.
Sekali lagi tarbiyah sangat perlu diperkukuh dan dilaksanakan secara serius di semua peringkat baik sebelum Muktamar atau selepasnya. Perkukuh tarbiyah untuk survival PAS.

Sah! Mansor calon PKR pilihan raya kecil DUN Penanti


SOKONGAN... Calon PKR-Pakatan, Mansor Othman disambut oleh bekas penyandang kerusi DUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) selepas beliau diumumkan calon bahagian itu malam tadi. _ foto The Star oleh MUSTAFA AHMAD

PETALING JAYA: Sah! Sebagaimana diramalkan sebelum ini bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang.

Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut Anwar, Mansor akan dicalonkan untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil ini.

Pengumuman mengenainya dibuat Anwar di hadapan kira-kira 1,000 penyokong.

Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memiliki tiga ijazah sarjana.

Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale.

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.

Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan.

Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti.

Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya.

Pada Mac 2008, Fairus menewaskan calon BN.

Tuesday, April 28, 2009

Pemilihan barisan pimpinan PAS: Akan adakah kejutan?

APRIL 28 – Perbualan orang PAS hari ini ialah tentang Mesyuarat Agung Kawasan yang berlangsung dan dijangka tamat pada pertengahan Mei ini. Saya ada menerima beberapa jemputan untuk resmikan Mesyuarat Agung Kawasan tertentu, itu pun beberapa kawasan jemput kerana dah tak dapat ‘top guns’ jadi saya yang kerdil ini pun gantilah!

Ada seorang kawan rapat saya yang selalu jadi penasihat yang tak dilantik pernah bisik kat saya: “ustaz kena terima jemputan resmi kawasan ni pasai masa tu kita boleh promosi kita, yang minta untuk resmi pun ada” sambil ‘penasihat’ bercakap dalam loghat utara yang pekat, saya mengangguk tanda faham, tapi sebenarnya saya tak faham tentang promosi diri kerana satu perkara yang paling berat untuk saya lakukan ialah mempromosi diri sendiri, kalau istilah orang tua kita: “masuk bakul angkat sendiri!”

Tidak seperti Umno cara pemilihan dalam PAS berjalan dalam keadaan penuh berhati-hati supaya tidak dilihat sebagai ‘mahukan kedudukan’ kerana tok-tok guru PAS ajar pengikut supaya jangan meminta jawatan malah yang meminta itulah yang tidak akan diberi jawatan!

Bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w “Bukan di kalangan ku mereka yang meminta-minta” maka jadinya dalam PAS hanya semata-mata kerana ‘dilihat’ meminta-minta jawatan sudah cukup menjadi satu kepelikan dalam PAS.

Setiap kenyataan yang dibuat dalam dan luar parti berkenaan dengan pencalonannya sudah cukup untuk menghantar mesej yang positif atau negatif kepada ahli. Seorang veteran dalam PAS pernah nasihat saya semasa nama saya dicalonkan untuk AJK PAS Pusat sesi 2005-2007, dia kata “mujahid kena berhati-hati, saya tengok Mujahid boleh pergi jauh biarlah Mujahid menang dengan ‘restu’ , jangan menang kerana ‘dipaksa’ menang”! saya tidak mengerti maksud ‘restu’ yang dimaksudkan tetapi penglaman yang sedikit dalam PAS ini mengajar saya maksud ‘restu’ tadi ialah ‘berendah diri’ sehingga dilihat oleh perwakilan sebagai calon bermoral, seolah-olah moral keperibadian yang tidak meminta-minta jawatan walaupun layak, itulah yang akan menjadi kayu pengukur perwakilan, bukan sekadar sekadar berbekalkan kelayakan.

Kata-kata itu lima tahun yang lalu kembali teriang-riang di telinga saya, dan sekali gus mengenangkan saya kepada tokoh veteran ini yang sudah pun meninggal dunia, moga dia diterima di sisi Allah.

Kini PAS terpaksa mematuhi kehendak perlembagaan parti bagi memilih barisan pimpinan baru, soalannya apakah akan berlaku kejutan?

Saya mengandaikan akan berlaku kejutan dengan line-up baru di peringkat atasan, melainkan Presiden parti, semua jawatan tertinggi yang lain dari Timbalan Presiden, Naib-naib akan dipertandingkan.

Penyandang akan dicabar dengan satu pemilihan yang saya andaikan agak sengit. Mengapa saya berkata demikian?

Pertama kerana harapan orang ramai kepada PAS agak tinggi, berbanding dengan sebelumya, orang ramai tidak berminat untuk melihat siapa yang akan terajui PAS, tapi dengan dua kemenangan PAS di dua PRK minat orang ramai semakin meningkat.

Apatah lagi PAS kini muncul sebagai sebuah parti yang dilihat mempunyai ‘moral standing’ yang tinggi di antara ketiga parti komponen Pakatan Rakyat, malah cakap-cakap PAS akan menjadi alternatif kepada Umno mula ditanggap serius oleh orang Melayu khususnya.

Dalam kekosongan alternatf parti Melayu ini kedudukan PAS menjadi penting dan sudah tentulah pemilihan kepimpinan PAS akan menjadi tumpuan.

Kedua ialah harapan ahli PAS sendiri yang ‘sahamnya’ dilihat ‘melambung ‘tinggi dan dengan itu membuat pilihan kepada kepimpinan yang baru bukan hanya menjadi tanggungjawab tetapi ada unsur nilai strategik yang akan menjadi perkiraan.

Ketiga, bagi rakan-rakannya dalam Pakatan, pemilihan kepimpinan baru akan memberi satu gambaran awal bagaimana masa depan hubungan dengan PAS.

Terakhir ialah persepsi musuh tradisi PAS iaitu Umno, mereka pun mengintai-intai siapa yang akan menerajui PAS, paling ‘menggerunkan’ mereka ialah apabila kepimpinan baru nanti akan dilihat lebih berwibawa dari sudut ketokohan dan kemampuan intelek di mana ini akan menjadi masalah kepada Umno kerana unjuran PAS akan menjadi alternatif kepada Umno bukan lagi khayalan!

Saya melihat dengan alasan tadi kejutan pasti akan berlaku, saya tidak berminat untuk menyenaraikan siapakah mereka yang akan menjadi kejutan dalam Muktamar nanti kerana saya hanya berminat unuk melihat bagaimana proses ‘kejutan’ akan berlaku. Dengan kata lain kejutan kalau berlaku hanya di hujung tetapi yang lebih menarik ialah bagaimana kejutan ini dicipta?

Sebagai AJK PAS Pusat saya bertemu dengan bermacam jenis ahli PAS, ringkas ada dua trend ahli yang dominon dalam PAS, pertama ialah ahli yang terlalu berhati-hati sehinggakan ‘perubahan’ agak sukar menembusi pemikiran mereka, ke dua ialah ahli yang mempunyai keterbukaan untuk mengambil risiko-risiko kepada ‘perubahan’ dalam parti.

Trend in sudah tentu mempengaruhi kecenderungan ahli bagi menentukan siapakah barisan mereka.

Satu hari semasa saya bersembang-sembang dengan seorang kuat media dari lidah resmi Harakah dan Siyasah yang pro PAS, dia melontarkan satu ide yang menarik katanya “ahli PAS ni susah kita nak baca sebab budaya parti ini tak seperti Umno yang terang-terang membicarakan soal barisan kepimpinan, dalam PAS kita hanya dapat isyarat-isyarat yang lemah, itu pun calon-calon yang beraspirasi untuk menjadi kepimpinan tertinggi tak ‘berani’ nak menampakkan hasratnya terang-terangan, inilah masalah kita!’

Lontaran ini menarik dan inilah yang membingungkan Joceline Tan, wartawan politik The Star, dia kerap menghubungi saya untuk ‘korek’ maklumat , tapi berhempas pulas dia ‘korek’ dari saya namun tak berhasil lalu katanya ‘You all memang susah kita nak baca, kami tak dapat nak buat ukuran populariti calon-calon..”

Katanya itu yang mengakhiri perbualan telefon yang panjang menggambarkan memang ‘susah’ dalam PAS nak tengok ‘kehangatan’ pencalonan. Kalau ‘hangat’ pun ia terlalu rahsia!

Tapi apa yang saya boleh saya kongsi dalam tulisan ini ialah, dalam PAS memang ada style mereka tersendiri untuk memilih kepimpinan.

Kalau untuk AJK Pusat, kecenderungan memilih ialah faktor latarbelakang agama samada latarbelakan formal atau tidak formal.

Tidak formal ialah calon itu tertonjol keilmuan Islamnya melalui petikan ayat Quran dan Hadis. Bagi mereka yang tak berapa ada kebolehan ini agak sukar untuk diangkat menjadi AJK.

Ada juga faktor kelantangan dan keberanian di pentas-pentas ceramah menjadi perkiraan. Keberanian menghadiri ceramah yang tidak ada permit , kena ‘tahan’ dan berani ‘lawan’ pihak berkuasa.

Faktor lain seperti keintelektualan, walaupun tidak dominon tetapi sudah mula diambil kira oleh perwakilan dari kawasan-kawasan Bandar.

Untuk jawatan tertinggi seperti Presiden, era kepimpinan ulamak tidakpernah menyaksikan apa-apa pertandingan, manakala Timbalan, style perwakilan masih terikat dengan kecenderungan melihat calon Timbalan sebagai seorang yang ada nama Ustaz. Pernah saya mendengar dari kepimpinan akar umbi yang mengatakan orang nombor dua mesti ulamak juga kerana dia akan menolong Presiden kalau dia tidak ulamak macamana dia nak tegur Presiden?

Trend mengundi ini masih kuat dan belum lagi dicabar kes dahuluan yang sememangnya no 1 dan 2 mesti ada title Ustaz. Mungkin kejutan akan berlaku untuk mencabar amalan ini?

Manakal Naib-naib dipilih mengikut aturan yang secara otomatik disusun oleh perwakilan. Dalam tiga itu seorang mesti ustaz, seorang lagi ‘loyalist’ manaka seorang lagi ada status sosial yang diiktiraf samada populariti atau daya keintelektualan yang tinggi.

Kejutannya pada kali ini ialah kemungkinan susunan ini tidak lagi diambil kira, bahkan bagi memenuhi desakan mahukan perubahan kemungkinan title ustaz tidak lagi menjadi perkiraan, yang menjadi perkiraan ialah ‘performance’ dan ‘achievement’.

Kalaupun kita bleh membaca trend kecenderungan perwakilan, tetapi ia tidak semestinya begitu. Nama-nama calon untuk Timbalan dan Naib-naib turut dilontarkan dengan satu pendekatan yang mudah dan gelihati, iaitu jika ada mana-mana nama sudah mula mendapat satu dua pencalonan, barulah kawasan lain ‘teringat’ nama ini perlu dicalonkan!

Ini yang jenis Kawasan ‘baru teringat’ mereka tidak ada dalam perkiraan mereka kepentingan strategic untuk membawa parti ke tahap yang lebih baik. Ia agak melucukan tetapi trend ini masih ada dalam PAS.

Yang lebih panas ialah spekulasi-spekulasi yang dimainkan oleh media dan penganalisa-penganalisa.

Ada yang di ‘upah’ oleh Umno untuk membuat analisis yang nakal seperti mengatakan ada kumpulan Erdogan yang membawa trend ‘perubahan’, ada yang mengatakan group Erdogan di’taja’oleh Anwar Ibrahim dan ada yang menganggap perubahan kepada kumpulan Erdogan akan menyaksikan berakhirnya style PAS yang ‘ortodoks’ kepada style yang ‘terbuka’ malah Negara Islam langsung tidak ada dalam slogan-slogan kumpulan Erdogan ini.

Bagi saya ini analisis nakal yang akan mewarnai suasana pemilihan dalam PAS pada Muktamar akan datang.

Agak menarik untuk dijadikan sebahagian dari lembaran sejarah PAS dalam era sahamnya sedang menaik, sekurang-kurangnya tulisan ini membantu Joceline Tan untuk membaca dan mengukur populariti calon-calon.

Saman Zambry-Nizar balik ke Mahkamah Tinggi



Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

nizar jamaluddin dr zambry abdul kadir perakKali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.

Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf

dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah.

Dengan panel lima hakim itu yang bersidang, permohonan Mohammad Nizar bagi panel sembilan hakim untuk mendengar kes itu telah ditolak.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah membantah permohonan Zambry atas alasan wujud pertikaian fakta berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual didengar di Mahkamah Tinggi minggu depan.

Wujud percanggahan


Katanya percanggahan itu adalah antara apa yang diikrarkan oleh Ahmad Kamal dalam afidavitnya dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Mohd Nizar dan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 Februari 2009.

"Saya menegaskan bahawa semasa saya menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan, saya tidak pernah menyatakan dan tidak memaklumkan, dan tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan bahawa terdapatnya kehilangan kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar oleh majoriti ahli-ahli DUN. Saya juga tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

"Merujuk kepada afidavit penasihat undang-undang, saya menyatakan bahawa versi Datuk Ahmad Kamal berkenaan apa yang telah berlaku adalah salah dan tidak tepat," kata Sulaiman ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar.

Beliau juga berhujah Ahmad Kamal telah mewakili Zambry apabila kes itu disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof pada 18 Februari.

"Datuk Kamal telah mewakili Zambry dan ini jelas menunjukkan yang beliau tidak bersikap berkecuali," kata Sulaiman.

Prinsip 'res judicata'


Katanya atas prinsip "res judicata" (perkara yang sudah diputuskan), permohonan itu tidak sepatutnya didengar oleh Mahkamah Persekutuan kerana permohonan yang sama terhadap isu yang sama telah ditentukan oleh mahkamah yang sama pada 23 Mac.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry dalam hujahan balasnya berkata terdapat keterangan dokumen berdasarkan dua pucuk surat yang ditulis oleh Mohd Nizar kepada Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari untuk menunjukkan tidak terdapat pertikaian fakta seperti dakwaan responden.

Beliau juga berkata prinsip 'res judicata' tidak boleh diguna pakai kerana isu Perkara 63 tidak timbul pada perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, peguam Mohd Reza Hassan selaku peguam pemerhati bagi Barisan Nasional dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri Perak Zulqarnain Hassan.

Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad.

"Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini," katanya.

Sekarang Baru Tahu ,Siapa Kawan Dan Lawan



Oleh Misbahul Munir

Setahun berkhidmat sebagai SETPOL YAB Menteri Besar Perak, pejabat saya sentiasa didatangi oleh orang ramai yang samada mahu bertemu janji dengan MB atau berjumpa dengan saya. Mereka datang ada yang sekadar bertanya khabar dan yang paling banyak memohon supaya dapat dipanjangkan dan diberi sokongan permohonan tanah, balak, proposal projek, aduan dan sebagainya.



Berbagai latar belakang orang yang datang jumpa saya, ada yang memang saya kenali, dan yang paling ramai yang saya tidak kenali. Orang-orang Besar Raja termasuk yang mengaku kaum kerabat Raja pun ada datang ke pejabat. Semua saya layan dengan baik, mereka datang dengan harapan yang tinggi, dan saya pula tidak berani berjanji apa-apa terhadap harapan mereka, sekadar akan memanjangkan dan memberi sokongan untuk pertimbangan MB.

Yang menarik, semua mengaku penyokong kuat PR, tidak ada yang mengaku penyokong BN walaupun saya tahu mereka itu orang kuat BN. Saya tidak pula pernah bertanya latar belakang pendirian politik mereka dan sikap mereka kepada kerajaan PR. Mereka sendiri yang membuat pengakuan bahawa mereka penyokong kuat calon PR, berkempen secara senyap-senyap, ahli keluarganya semua orang bulan, calon itu kawan baiknya, Hj Nizar itu kawannya dulu di Kuala Lumpur, di Penang, di Kampar dan macam-macam lagi. Saya sekadar tersenyum dan ucapkan terima kasih di atas sokongan mereka.

Mereka juga yang bercerita dan membeza-bezakan kerajaan BN dengan PR sekarang. Dulu, kata mereka, nak jumpa setpol bukan senang, apatah lagi nak jumpa MB. Sekarang, tak payah temujanji pun boleh jumpa setpol, kalau nasib baik, boleh pulak jumpa MB. Saya kata, kalau nak senang jumpa MB, pergi solat jamaah Zohor di surau SUK, Insya Allah kalau MB tak ke mana hari tu, mesti dapat jumpa MB atau makan tengahari di kantin lepas Zohor, Insya Allah dapat jumpa MB.

Sebahagian dari permohonan mereka, ada yang pada pertimbangan MB atau MMK wajar diluluskan, maka luluslah permohonan mereka tanpa mengambil kira fahaman politik, agama dan bangsa. Salah seorang bekas EXCO yang keluar PKR, cukup kuat anti UMNO dan anti MCA Cina. Asalkan sahaja pemohon itu dikenali sebagai UMNO atau Cina MCA, dia pasti akan menentang, tak setuju bagi projek pada orang UMNO atau Cina. Setiap kali jumpa saya, itulah yang diingatkan, sebarang permohonan dari UMNO jangan harap disokong, bagi je pada orang kita maknanya orang PKR atau PAS. Itu kata YB Jamaluddin. Sekarang UMNO BN yang beliau sangat anti itu disokongnya untuk menumbangkan kerajaan PR. Kita nak kata apa pada orang ini agaknya ?.

Apabila kerajaan PR dijatuhkan oleh BN dengan cara haram, hanya sebahagian kecil sahaja dari kalangan mereka yang bersimpati, mereka datang berkunjung ke kediaman MB, hantar mesej dan telepon saya dan juga MB, mereka lahirkan rasa simpati dan tetap menyokong PR. Sebahagian besar yang lain, mesej pun tidak, telepon pun tidak, datang berkunjung tunjuk muka apa lagi lah. Dengar cerita, mereka ni jugalah yang sekarang jadi pengampu kerajaan haram BN. Mereka ini sekarang jugalah yang menyindir dan memerli Dato' Seri di belakang, berdepan tak pula berani.

Dalam majlis-majlis keraian bersama Tuanku, Dato' Seri Hj Nizar akan menghadirinya sekiranya dijemput. Dalam majlis tersebut, seperti biasa, Hj Nizar akan bersalaman dengan semua tetamu-tetamu kenamaan termasuk kaum kerabat dan Orang-orang Besar. Kalau dulu, Sebahgaian Orang-orang Besar ini boleh bersalaman dan bergurau senda dengan Hj Nizar, sekarang mandang pun idak, kata sumber yang saya sangat percaya akan kebenarannya sebab orang itu pun ada dalam majlis-majlis tersebut, "bukan sahaja tak mandang, diperli dan disindirnya Hj Nizar, sakit hati aku, tak selera lansung aku nak makan", kata sahabat kita itu.

Alhamdulillah, berlakunya rampasan kuasa ini ada hikmah di sebalik peristiwa terkutuk ini. Antaranya barulah kita sedar siapa sebenar kawan ?, siapa sebenar lawan ?, Siapa pula yang munafik ?.

Cadangan kerajaan perpaduan: Nik Aziz setuju dengan syarat

KOTA BHARU 27 April – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.

Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.

Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.

Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.

‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?

“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.

‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.

“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya.

Guan Eng: SPR perlu bertindak secara professional dan tidak bias

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan undagan Negeri (DUN) Penanti.

Beliau berkata, kelewatan keputusan tersebut diumumkan menimbulkan persoalan mengenai tahap kecekapan dan professionalisma badan tersebut.

"Saya berharap SPR akan lebih efisien dan bersikap profesional dalam melaksanakan pilihan raya kecil.

"Pegawai-pegawai kanan SPR perlu menunjukkan SPR sebagai sebuah badan yang bebas dan tidak bias," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia Vincent Piket di Dewan Undangan Negeri semalam.

Lim berkatam DAP akan menyokong calon Pakatan Rakyat yang dipilih untuk mewakili parti itu pada pilhan raya kecil.

"Calon yang dipilih sudah pasti bukan daripada DAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR menetapkan 23 Mei sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei hari pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Penanti.

Monday, April 27, 2009

Isu lembu: MB Selangor saman fitnah Ketua SPRM

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua pesuruhjayanya dan kerajaan berhubung pendedahan hasil siasatan suruhanjaya itu terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selang

Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.45 petang hari ini oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.

Dalam writ yang menamakan Datuk Ahmad Said Hamdan, suruhanjaya dan kerajaan sebagai para defendan, Khalid mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Said pada 21 Februari lepas mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu adalah berunsur fitnah.

Khalid memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan ganti rugi khas dan juga injunksi untuk menghalang para defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu. Beliau tidak menyatakan amaun yang dipohon.

Ahmad Said telah membuat kenyataan mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung penyelengaraan bagi kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa perkataan memfitnah yang dikeluarkan oleh Ahmad Said, yang telah menyebabkannya diterbitkan oleh media, berniat untuk merendahrendahkan kapasitinya secara peribadi dan rasmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok itu mendakwa SPRM telah bertindak di luar bidang kuasa mereka, telah secara efektif merampas kuasa dan fungsi Peguam Negara.

Beliau mendakwa para defendan sepatutnya tahu bahawa kuasa mereka terbatas secara eksklusif kepada penyiasatan sahaja dan hanya jika disokong oleh Peguam Negara, mereka boleh menjalankan pendakwaan.

Katanya, melalui peguam belanya, beliau telah meminta penjelasan berhubung tindakan para defendan tetapi mereka (para defendan) gagal memberikan jawapan.

Beliau juga mendakwa para defendan juga enggan memenuhi tuntutannya supaya menarik balik kenyataan itu.

Peguam yang mewakili Abdul Khalid, Sankara N.Nair, dalam kenyataan media berkata motif anak guamnnya memfailkan saman untuk bukan untuk kepentingan wang ringgit tetapi untuk membersihkan namanya.

konspirasi teori di penanti

penanti telah menimbulkan berbagai spekulasi bermula dari hari TKM 1 mohd fairus meletak jawatan sebagai TKM dan seterusnya sebagai adun penanti. ada yang mengandaikan berlaku masalah dalaman diantara pemimpin PKR negeri hingga menganggap fairus adalah mangsa konspirasi politik PKR sendiri.

tapi ada juga andaian yang dibuat, segala yang berlaku adalah kerja tangan pihak umno yang ingin mengulangi peristiwa yang berlaku di perak. mencipta kes rasuah terhadap fairus dengan harapan fairus akan bertindak seperti rakan di changkat jering dan behrang. namun, fairus merupakan seorang ahli politik yang lebih bermaruah dengan bertindak melepaskan kedua-dua jawatannya. menyedari tindakan ini bakal memakan diri sendiri...kerana terpaksa menghadapi PRK yang nyata tidak menyebelahi mereka kebelakangan ini. tindakan fairus meletak jawatan sebagai adun dikatakan akan menyebabkan pembaziran wang rakyat kerana PRK terpaksa diadakan. SPRM pula pantas membuat kenyataan bahawa tiada kes terhadap fairus untuk membuat pendakwaan dengan harapan fairus akan menarik balik hasratnya untuk meletak jawatan adun penanti. padahal SPRM dengan tegas menyatakan bahawa mempunyai kes yang kukuh terhadap fairus di awal siasatan.

PKR perlu meneliti perkara ini dengan mendalam dan patut lebih berhati-hati dimasa hadapan sebelum membuat keputusan. tiada siapa yang dianggap bersalah sehingga hukuman telah dijatuhkan.sepatutnya tindakan yang diambil terhadap elizabeth wong turut di guna pakai dalam kes fairus. diberi cuti sehingga kes selesai. walau bagaimana pun sekalung tahniah diucapkan kepada fairus kerana mempunyai maruah yang tinggi yang patut di contohi oleh semua ahli politik PR.

untuk PRK penanti ini diharap pihak PR akan berkempen dengan cara yang boleh dicontohi dan menjadi teladan kepada rakyat di seluruh malaysia. tidak mengamalkan kaedah provokasi atau bertindak diluar batasan kemanusiaan. gunakan cara atau kaedah yang digunakan oleh jurujual yang mempromosikan produk mereka....dengan senyuman mesra dan kata-kata manis. itulah cara sebaiknya untuk berkempen. kalau orang tak boleh terima...kita kena tanya diri kita kenapa? biarkan pihak BN dengan helah dan muslihat untuk menimbulkan kekacauan. kalau bertepuk sebelah tangan..tak kan berbunyi.

Lim mohon maaf beri jawapan salah isu elaun Mohamad Sabu

Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Dewan Undangan Negeri kerana memberi jawapan yang salah berhubung isu pelantikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebagai pengarah Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad

Beliau memohon maaf kerana jawapan yang diberikan ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas hari ini, berbeza dengan maklumat yang diberikan dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua).

Menurutnya, Mohamad hanya dilantik sebagai pengarah bukan bebas di perbadanan itu dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.

Katanya jawapan bertulis yang diberikan kepada Jasmin sebelum ini bahawa Mohamad menerima elaun tetap RM1,500 sebulan, elaun mesyuarat RM300 dan elaun luar kawasan RM1,500 sebulan adalah tidak betul.

“Mohamad tidak boleh dikategorikan sebagai pengarah bebas kerana beliau adalah seorang ahli politik, dan saya nak betulkan bahawa beliau adalah pengarah tidak bebas dan jumlah elaun yang diterima adalah seperti yang saya sebutkan sebentar tadi,” katanya.

Penjelasan Lim itu kemudian dibidas oleh Jasmin yang kecewa kerana jawapan yang bercanggah dan tidak betul diberikan kepadanya.

“Kerana jawapan yang tidak betul diberikan, saya telah membuat komen dan bercakap bohong kepada rakyat mengenai perkara ini. Macam mana jawapan boleh berbeza, adakah tidak disemak terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kami,” katanya.

Isu pemberian tanah kepada Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) yang didakwa tidak mengikut prosedur juga menyebabkan Dewan kecoh seketika apabila Lim tidak menjawab soalan Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) mengenai perkara itu tetapi sebaliknya mengungkit soal tanah yang dipajakkan kepada Safira Golf and Country Club, yang ada kaitan dengan Jahara.

Ketika itu, kedengaran suara dari barisan penyokong kerajaan menyebut

“rasuah” dan ini menimbulkan kemarahan Jahara yang menjelaskan bahawa tanah Safira itu dikategorikan sebagai kawasan rekreasi dan nilai pajakan dibuat mengikut prosedur.

Jahara kemudiannya meminta orang yang menyebut perkataan itu memohon maaf tetapi tiada siapapun mengaku telah mengeluarkan perkataan itu.

Tuding menuding berlaku dan akhirnya, Speaker Abdul Halim Hussain membuat keputusan supaya perkara itu disiasat, dan mereka yang bertanggungjawab perlu meminta maaf.

Jawapan Lim mengenai kedudukan Ketua Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Tender juga menimbulkan rasa tidak puas hati barisan pembangkang yang meragui ketelusan beliau dalam membuat keputusan.

Jasmin, ketika mempertikaikan perkara itu, berkata beliau bimbang kerana sebagai ketua eksekutif negeri, Lim mungkin mempengaruhi keputusan pemberian tender itu.

Syed Ameruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) pula mempersoalkan jika terdapat masalah atau kesilapan dalam pemberian tender itu, kepada siapa masalah itu hendak dirujuk memandangkan Ketua Menteri juga menjadi pengerusi lembaga berkenaan.

Bagaimanapun, Lim memberikan jaminan bahawa beliau boleh bertindak profesional dalam perkara ini dan sekiranya timbul sebarang masalah, Ketua Menteri dan barisan exconya akan bertanggungjawab.

Demi politik, Najib gadai Islam



Oleh Irwan Muhammad Zain

Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam. Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.



Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.

"Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.

Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.

Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut.

Pakatan mahu pulau sidang DUN Perak 7 Mei

IPOH: Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini sebagai tanda protes, kata Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming hari ini.

Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar sah bagi Perak.

PELIK DALAM BOLEHLAND



Segala yang pelik bisa saja diaturkan dalam bolehland Malaysia. Hari ini Gobind Singh Deo menyaman kerajaan Malaysia, speaker Dewan Rakyat, menteri di Jabatan perdana menteri nazri Aziz, setiausaha dewan rakyat kerana perkara yang berkatan dengan penggantungan beliau daripada dewan rakyat. kan ke speaker dewan kebal mengikut perlembagaan malaysia artikel 72 (1). Tetapi kerana Malaysia memang sangat arif membuat perkara yang pelik sehingga mahkamah telah membuat satu precedent kekebalan tersebut boleh dicabut. Dengan ini banyak lagi saman yang akan berbangkit kerana pelik yang dihasilkan bolehland malaysia.

SPR kata nak isytihar tarikh pilihanraya kecil Penanti. Tetapi rakyat bolehland Malaysia kena nanti. Sebabnya ialah SPR kata cop! aku rehat sebentar. Tidak jadi isytihar tarikh. Tak ke pelik tu?Tetapi yang pelik itu tidak pelik kalau kita fahami apa yang sedang berbuih sekarang.

Pertama BN takut nak bertanding di Penanti. Sebabnya ialah ia milu mengenangkan terpaksa telan satu lagi kepahitan yang namanya kekalahan. Oleh itu, Najib telah melontarkan idea tidak mahu bertanding. Tetapi ada Tun penyebuk yang acah suruh bertanding juga. Jadi orang UMNO penin kepala. Maka terciptalah perkara pelik lagi dalam bolehland Malaysia . Apa kata kalau kita paksa Fairuz tu tari balik pengisytiharannya meletak jawatan? jadi nanti tidak perlu pilihanraya kecil.

Petanda kepada perkara pelik ini telah pun tersembul. Pertama, Fairuz didapati bersih sebersih bersihnya oleh SPRM. Tiada rasuah. Tiada itu. dan tiada ini. Maka dia tidak akan menghadapi apa apa kes di mahkamah. Jadi apa perlunya letak jawatan ADUN?

Kemudian SPR buat perkara pelik lain pula dengan mengisytihar untuk bermesyuarat hal pilihanraya kecil Penanti. Tetapi tarikh pilihanraya tersebut SPR kata, nanti! Satu lagi pelik. Apa tak peliknya, SPR mungkin tunggu apa yang diputuskan oleh mensyuarat MT UMNO jumaat ini barulah ia boleh buat keputusan. Kan ke pelik tu dalam bolehland Malaysia.

Kalau sekiranya dapat dipaksa Fairuz tidak meletakkan jawatan ADUN, maka tidak perlu pilihanraya, dan dengan itu SPR akan segera buat pengumuman pelik lagi: tiada pilihanraya.

Memang mereka suka buat perkara yang pelik. Tetapi bagi mereka itu bukan perkara pelik. itulah tanda Malaysia ini berada dalam bolehland. Oleh itu, tiada apa yang pelik di Malaysia. Melainkan satu sahaja. Di Sepang, Selangor.

Sungai Pelek

Sunday, April 26, 2009

Jangan dahului Majlis Fatwa

Kabinet tidak sepatutnya mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia dalam membuat sebarang keputusan melibatkan agama Islam.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perbincangan mengenainya boleh dibuat oleh Kabinet tetapi apabila satu keputusan hendak diputuskan, pandangan mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk terlebih dahulu.

"Saya kira kenyataan yang dikeluarkan itu terlalu cepat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri, tambahan pula ia hanya merujuk pada satu contoh kes sahaja.

"Seharusnya perkara ini diperhalusi dengan teliti kerana ia isu yang sensitif. Dalam hal ini, Kabinet tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Kabinet sebelum ini memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu merujuk kepada pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkaitan penceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.

Mengulas lebih lanjut isu itu, Abu Zahar berkata, Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan telah jelas memartabatkan Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan sebarang kes yang membabitkan individu Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor juga mempertikaikan keputusan Kabinet yang disifatkannya sebagai campur tangan dalam undang-undang syariah.

baru kah umno?

Ahmad Lutfi Othman

DATO' Seri Najib Razak seperti mahu menekankan beliau sememangnya serius untuk melakukan perubahan dalam Umno, sambil menyampaikan mesej jelas bahawa beliau turut berusaha keras bagi menawan semula empat negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, melalui rombakan besar barisan pengerusi perhubungan dan jawatankuasa pengurusan parti itu, Jumaat lalu.

Meskipun gimik perubahan yang cuba dicetuskannya pada hari pertama mengangkat sumpah sebagai perdana menteri telah ditolak oleh pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Najib masih menyandarkan harapan agar team barunya ini dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Namun formula pembaharuannya tidak menjadi; imiginasi rakyat gagal menjangkau apa yang diangan-angankannya.

Tarik sokongan pengikut Anwar

Pemerhati politik melihat Najib seakan mahu menarik sokongan pengikut Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila melantik beberapa tokoh muda yang dilihat pernah cenderung dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam Kabinet dan juga memberi jawatan strategik dalam parti kepada mereka. Malah, kalau mahu disenaraikan, rasanya agak ramai juga menteri dan timbalan menteri di bawah Najib yang dikatakan pro-Anwar satu ketika dahulu.

Walaupun dilihat ada elemen perubahan semasa melantik Menteri Kewangan II, Dato' Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan, namun apabila mengekalkan ahli politik kontroversi, Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung, keputusan Najib itu tidak jauh bezanya dengan kelaziman perdana menteri sebelum ini yang meletakkan orang yang berkeupayaan melakukan misi "yang dikehendaki" meskipun ianya mempunyai imej negatif.

Najib juga melantik pengerusi perhubungan Umno yang baru untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat, iaitu Dato' Mustapa Mohamad (Kelantan), Dato' Seri Mohd Shafie Apdal (Kedah), Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan beliau sendiri di Selangor, selain Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutuan, yang menyaksikan hanya satu kerusi Parlimen, Setiawangsa, dipertahankan BN.

Erti mengekalkan Ali Rustam

Bagaimanapun, tindakan Najib mengekalkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam, tokoh yang digugurkan kelayakan untuk bertanding Timbalan Presiden Umno walaupun mempunyai harapan cerah untuk menang, kerana disabit dengan politik wang, bagi mengetuai Umno Melaka, maka janji perubahannya memang ternyata retorik kosong.

Kita teringin juga mendengar komentar pengerusi badan disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddin mengenai pengekalan jawatan Ali di Melaka itu. Mungkin veteran Umno itu perlu meletakkan jawatan atau sekali lagi membuat cadangan menggemparkan sepertimana beliau pernah mengesyorkan agar sayap Puteri, Wanita dan Pemuda dimansuhkan bagi membanteras amalan rasuah politik.

Jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak dilantik apa-apa jawatan dalam Kabinet kerana dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau membeli undi dan mengamal rasuah politik dalam pemilihan lalu, apa pula alasan Najib untuk tidak menyingkirkan Ali? Begitu juga dengan perlantikan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT), yang selama ini terpalit teruk dengan tuduhan "menjual" AP oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan sebelum itu dikaitkan dengan amalan rasuah di Miti, seperti didedahkan Anwar kepada BPR.

Tentunya tidak mudah untuk meneka apakah kayu ukur yang dipakai Najib bagi melantik anggota jemaah menteri atau barisan pimpinan Umno. Pastinya ia tidak disandarkan kepada sejauh mana seseorang itu bersih daripada rasuah atau salahguna kuasa. Seperti presiden Umno terdahulu, kriteria terpenting tidak lain adalah kesetiaan dan keupayaan melakukan "misi yang dikehendaki".

Najib-Muhyiddin pasangan sementara

Misalnya, dalam kes Muhyiddin, yang dipilih Najib sebagai regunya, walaupun ramai menjangkakan mereka hanya "pasangan sementara". Najib terhutang budi kepada Muhyiddin disebabkan kelantangannya mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan no 1 dalam kerajaan dan Umno, malah lebih cepat daripada perancangan awal.

Apabila Zahid mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno, Najib khabarnya segera menitahkan bekas Ketua Pemuda Umno itu mengadapnya. Najib dikatakan memarahi Zahid, yang tidak memaklumkan hasrat untuk bertanding jawatan no. 2 itu kepadanya. Disebut orang bahawa tokoh yang meminta Zahid bertembung dengan Muhyiddin adalah Abdullah sendiri. Zahid pernah menjadi setiausaha politik Najib dalam jangka waktu yang agak lama. Meskipun berpotensi dapat mengatasi Muhyiddin, Zahid akhirnya terpaksa menarik diri.

Perlantikan Rafidah juga dikira mempunyai elemen sama, yakni difaktorkan oleh, antara lain, rasa terima kasih Najib atas kelantangan bekas Ketua Wanita itu untuk menggesa Abdullah bersara lebih cepat. Tengku Adnan yang dikaitkan dengan klip video VK Lingam juga dilihat mampu menjadi panglima paling setia kepada Najib dan sanggup melakukan "taktik kotor" untuk menjayakan misi presiden parti.

Search This Blog