Friday, October 12, 2012

Kenaikan Gula Mula Beri Kesan Kepada Berjuta Rakyat


BARU beberapa minggu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM 0.20/kg dalam pembentangan bajet yang lepas, kesan daripada pengumuman tersebut sudah mula kelihatan di sana sini.
Selain kesan biasa apabila peniaga mula menaikkan harga minuman dan makanan, setiap isi rumah yang menggunakan antara 5kg hingga 10kg gula sebulan mula menerima kesan dari pengumuman yang dibuat Najib itu.

Bayangkan kalau naik RM 0.20 sekilo, darabkan sajalah 5 hingga 10 kg, tak banyak ke tu?
Untuk maklumat semua, gula telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali  sejak 1 Januari 2010 iaitu RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010),  RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20  sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sebelum bajet dibentangkan dan RM 2.50 sekarang.
Bayangkan sajalah kalau dulu setiap isi rumah perlu membayar sebanyak RM 11.50 untuk 5kg gula, kini terpaksa membayar sebanyak RM 12.50 sebulan!!  Itu baru 5kg, bagaimana isi rumah yang menggunakan sebanyak 10kg?
Bukankah ini membebankan namanya?
Melihatkan kadar penggunaan gula yang begitu tinggi di negara ini, penulis percaya berjuta-juta rakyat telah menerima kesan dari keputusan tidak bijak yang dilaksanakan pentadbiran Najib Tun Razak.
Penulis sendiri sudah mula merasa kesannya terutama apabila minum di luar.  Kalau dulu membayar RM 1.20 untuk secawan teh tarik, tapi dengan kenaikan RM 0.20/kg ini penulis terpaksa menambah RM 1.40 untuk secawan teh.  Ini baru minum, bagaimana dengan makan?
Pendek kata kenaikan ini begitu membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti penulis serta berjuta yang lain.
Semua ini yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan.  Kenapa tidak ada pihak yang mahu membantu menganjurkan bantahan besar-besaran lanjutan dari kenaikan harga gula ini, itu yang penulis tidak faham?
Dari kesan yang penulis lihat, sepatutnya sekarang sudah ada bantahan besar-besaran rakyat terhadap kenaikan ini.
Walaupun kita sedar penggunaan gula yang tinggi boleh menjurus kepada pelbagai jenis penyakit, terutamanya kencing manis dan kerosakan buah pinggang, tapi faktor lain turut menyumbang, bukan semata-mata gula.
Yang penting, kalau ini bukan alasan kukuh kenapa rakyat perlu menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru, penulis tidak boleh nak berkata apa-apa lagi.
Pakatan Rakyat, seperti yang kita semua tahu, menjanjikan harga gula serta bahan makanan yang lain kekal rendah dan stabil setiap masa.  Walaupun harga komoditi utama seperti gula ini banyak ditentukan harga pasaran dunia tapi Pakatan Rakyat punya formula tersendiri untuk memastikan harganya kekal rendah dan stabil di pasaran tempatan.
Formula sama juga akan diguna pakai dalam memastikan harga minyak di Malaysia kekal rendah pada setiap masa dan tidak terjejas dengan kesan harga pasaran dunia.
Walaupun langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan negara sehingga berbilion ringgit, tapi demi rakyat, tidak mengapalah.  Yang penting, setiap sen hasil negara akan digunakan untuk kepentingan rakyat.
Antara langkah pertama yang penulis rasa akan dilaksanakan Pakatan Rakyat dalam memastikan harga gula di Malaysia kekal rendah dan tidak berubah sepanjang masa ialah dengan mengambil alih monopoli gula ini yang sekarang dikuasai sepenuhnya oleh jutawan Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Dari situ, Pakatan Rakyat akan menyerahkan kepada pihak lain, tidak mustahil kepada keluarga Kuok kembali, dengan syarat, pihak-pihak berkenaan mesti berupaya menjamin harga gula kekal rendah pada setiap masa.

1 comment:

Amuraria said...

TQ NAJIB KAMU MENYUSAHKAN KAMI ;(

Search This Blog