Saturday, October 13, 2012

KEBAIKAN MEROKOK


Siapa kata merokok tidak mendatangkan faedah? Selain daripada World Health Organisation (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagainya, merokok sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri yang tidak dapat diperjelaskan oleh sains. Berikut adalah 5 kebaikan merokok :


1) Merokok dapat mengurangkan risiko menjalani pembedahan lutut.

Seorang perokok mungkin pokai kerana kehabisan wang membeli berkotak-kotak rokok, namun mereka masih boleh menyelamatkan wang mereka pada masa hadapan daripada menjalani pembedahan lutut. Ini kerana kajian yang telah dilakukan mendapati mereka yang merokok kurang mengalami risiko pembedahan tisu penyambung di bahagian lutut berbanding mereka yang tidak merokok. Kajian ini telah dilakukan di Universiti Adelaide, Australia dan telah disiarkan di jurnal Arthritis & Rheumatism isu keluaran Julai 2011. Namun bagaimanakah kaitannya? Pembedahan penggantian tisu lutut biasanya terjadi di kalangan mereka yang obes dan juga mereka yang gemar berjogging. Walaubagaimanapun, perokok didapati jarang berjogging dan juga tidak cenderung untuk mengalami obesiti. Inilah sebabnya mengapa perokok kurang risiko menjalani pembedahan lutut. Selain itu, dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, pengkaji juga gagal mengaitkan risiko kejadian tulang rapuh dengan tabiat merokok. Mereka berpendapat bahawa nikotin di dalam tembakau telah melindungi tisu di lutut daripada musnah. Kemungkinan inilah sebabnya mengapa perokok boleh terselamat daripada mengalami penyakit kerosakan tisu lutut.

2) Merokok mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson

Beberapa kajian yang telah dilakukan juga mendapati mereka yang merokok kurang terdedah kepada risiko penyakit Parkinson. Ini telah didedahkan dalam jurnal neurologi isu keluaran Mac 2010. Menurut jurnal tersebut, semakin meningkat jumlah tahun dan juga jumlah rokok yang dihisap, semakin meningkat kesan perlindungan seorang  individu terhadap penyakit Parkinson. Pengkaji-pengkaji daripada Universiti Harvard adalah di antara yang pertama mendapat bukti meyakinkan bahawa perokok kurang terdedah kepada risiko Parkinson. Walaubagaimanapun, kajian lain yang telah dilakukan dan diterbitkan di dalam jurnal Neurologi isu keluaran Mac 2007 sebaliknya mendapati kesan perlindungan seorang individu terhadap Parkinson berkurangan sekiranya perokok berhenti daripada merokok. Para pengkaji ini membuat kesimpulan di dalam kajian sains khas mereka bahawa mereka tidak mempunyai jawapan bagaimana perkara ini boleh terjadi.

3) Merokok juga mengurangkan risiko mengalami obesiti

Nikotin di dalam rokok bertindak sebagai 'pengurang' selera makan. Perkara ini telah diketahui berabad lamanya iaitu semenjak zaman Christopher Colombus lagi. Pada tahun 1920, pembuat rokok mensasarkan rokok kepada golongan wanita yang menganggap merokok dapat melangsingkan badan mereka. Suatu kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Psikologi dan Tingkahlaku isu keluaran Julai 2011 mendapati faktor utama mengapa seorang perokok sukar berhenti merokok adalah kerana faktor berat badan yang mungkin naik sekiranya mereka berhenti merokok, selain daripada faktor ketagihan. Kaitan di antara kenaikan berat badan dan berhenti merokok sangat sukar diperjelaskan. Tabiat merokok akan menyebabkan perubahan tingkahlaku di mana perokok akan kurang makan. Sebagai 'pengurang' selera makan, merokok juga akan menyebabkan makanan yang dimakan kurang sedap seterusnya mengurangkan selera makan. Seorang pengkaji dari Yale melakukan kajian terhadap tikus yang diberi nikotin dan tindakbalas 'hipotalamus' otak tikus menjadikan tikus tersebut kurang selera makan dan kajian ini diterbitkan pada isu keluaran Jun 10, 2011 dalam jurnal Sains. Tiada seorang doktor pun yang akan menyarankan rokok sebagai pengawal berat badan, selain daripada faktor rokok itu sendiri yang mengandungi berbagai bahan kimia beracun. Kajian yang dilakukan di Yale ini bagaimanapun telah membuka mata kepada mereka yang menghidap obesiti dan cuba menggunakan ubatan berbahaya sebagai alternatif untuk menurunkan berat badan dengan menggantikan ubatan berbahaya tersebut kepada rokok.

4) Merokok mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung

Berbanding mereka yang tidak merokok, kadar kematian seorang perokok akibat serangan jantung adalah kurang berbanding mereka yang tidak merokok. Perokok juga didapati lebih harapan untuk sembuh apabila menjalani rawatan jantung seperti 'fibrinolytic'(penggunaan ubatan tertentu) dan juga 'angioplasty' iaitu kaedah rawatan menggunakan 'belon' dan  'tiub' di dalam arteri berbanding mereka yang menghidap penyakit jantung tetapi tidak merokok. Terdapat sebab yang menarik mengapa perkara ini berlaku. Perokok cenderung mengalami luka di dalam arteri yang menyebabkan pengumpulan 'plak' dan lemak di dalam arteri mereka. Oleh itu teori mengapa perokok lebih mempunyai harapan berbanding mereka yang tidak merokok selepas beberapa kaedah rawatan dilakukan adalah kerana mereka mengalami serangan jantung pada usia muda iaitu lebih kurang 10 tahun lebih muda daripada mereka yang tidak merokok.(plak dan lemak yang terkumpul tidak pada tahap yang serius pada usia yang muda). Suatu kajian yang diterbitkan pada isu keluaran Ogos 2005 jurnal bertajuk 'American Heart' walaubagaimanapun menyangkal dakwaan ini dengan menyatakan bahawa faktor umur sahaja tidak memadai bagi menerangkan perbezaan kelebihan antara mereka yang merokok dan tidak, dan juga paradoks yang mengatakan bahawa merokok membawa kebaikan dan sebagainya. Tiada teori selanjutnya bagi menyangkal dakwaan ini dikeluarkan selepas itu.


5) Merokok membantu ubat 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik.

'Clopidogrel' ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang darah menjadi pekat dan bermanfaat kepada mereka yang menghidap penyakit koronari arteri dan penyakit saluran darah lain kerana ia dapat mengurangkan risiko terkena 'strok' dan serangan jantung. Merokok didapati membantu 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik. Suatu kajian dilakukan oleh pengkaji dari Korea dalam isu keluaran Oktober 2010 dalam jurnal bertajuk 'Kajian Trombosis' sebagai lanjutan daripada hasil kajian dilakukan oleh pengkaji dari Harvard yang diterbitkan pada 2009 adalah bagi menunjukkan kebaikan merokok 10 batang rokok sehari. Dalam kajian tersebut didapati terdapat sesuatu di dalam rokok yang akan mengaktifkan sejenis protein dipanggil 'sitokrom' yang akan mengubah 'clopidogrel' ke tahap yang lebih aktif. Sekali lagi, tiada seorang pun doktor bertauliah yang akan menggalakkan pesakitnya menghisap rokok bagi menjadikan 'clopidogrel' lebih baik. Tetapi kelebihan merokok ini dan juga 4 kelebihan lain yang telah disebutkan tadi menunjukkan kepada kita bahawa tembakau dan nikotin (tidak termasuk tumbuhan beracun yang lain) mempunyai beberapa kebaikan dan ianya amat berguna sebagai nilai tambah di dalam rawatan penyakit tertentu pada masa hadapan.

P.S : Seperti yang telah dihuraikan, terdapat hanya 5 kebaikan merokok berbanding keburukannya yang mungkin berkali-kali ganda. Inilah sebabnya mengapa hukum merokok adalah haram dan ini dipersetujui sebahagian besar para ulama'. Pilihlah untuk tidak merokok. 

1 comment:

fredd said...

anda telah copy paste artikel dari blog saya. sila follow blog saya sekarang...

Search This Blog