Sains
astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang
perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis
agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati
pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah
satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari
terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari
Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh.
Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil
sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat
Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan
berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha
Mengetahui.
No comments:
Post a Comment