Namun,
merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan
memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi,
hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap
masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap
hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri
tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka.
Walaupun
begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri. Mereka malah
menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan teragak-agak untuk
mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang
diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup
dan kesalahan ketua mereka.
Contohnya,
dalam kes dimana Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana meggunakan wang zakat
yang disepatutnya diberi kepada golongan miskin untuk membayar yuran
guamannya. Ketua ulama UMNO Ustaz Mohd. Fathul Bari merupakan satu
contoh ulama yang sering mempertahankan bos-bosnya walaupun sebenarnya
dia perlu menegur mereka.
Tidak
hairanlah jika orang Islam di Negara ini marah dan berpaling kepada PAS
dan PKR untuk mencari penyelesaian yang lebih bersih. Setelah 5 dekad
mendiamkan diri, Mufti yang dilantik oleh UMNO tidak pernah menyerlah.
Masa hadapannya tidak menentu dan mungkin juga akan menjadi seperti
Greece jika UMNO-BN masih membazirkan dana Negara dengan projek mega
yang terlampau mahal.
Satu
lagi contoh diman UMNO-BN telah menggunakan alim ulama adalah dalam kes
terbaru melibatkan Mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad. Setelah
beberapa tahun mendiamkan diri, dia telah membuka mulutnya baru-baru ini
dengan bercakap demi Islam, dia telah meminta Karpal Singh untuk
“memberhentikan semua kritikan dan fitnah” terhadap implimentasi hudud
“kerana ini telah menyebabkan kekeliruan terhadap beberapa parti.”
Betapa
bodohnya Baderudin? Karpal berhak untuk mengkritik dan menyuarakan
pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan kebajikan orang
bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti bahawa Islam tidak
membenarkan bukan Islam mengkritik Islam? Baderudin sebagai seorang
tokoh agama sudah pasti tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan semua
berhak untuk menyoal, mendapat tahu, memberi pendapat dan mengkritik
kerana ia adalah hak mereka dan ini mencerminkan diri mereka yang tidak
tahu dan mahukan pemahaman.
Ia
adalah tanggungjawab ilmuwan Agama seperti Baderudin untuk menerangkan
dan tidak meminta orang bukan Islam untuk menutup mulut mereka! Islam
tidak memerintahkan umatnya untuk menjadi sombong, jadi, janganlah
memberi malu kepada Islam.
Pengkritik
bertanya dengan menyuruh Karpal diam, Baderudin telah mengambil jalan
mudah keluar. Ia, memang ia berkaitan dengan wang. Bilakah sikap ini
dikalangan alim ulama dan mufti akan berubah? Dimanakah keikhlasan dan
iman mereka? Mereka patut berubah sebelum rakyat mengubah mereka.
Baderudin
juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama rasmi. Dia
berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas hal
berkaitan Islam.
Namun,
Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi kenyataan dan
titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang seperti Baderudin,
yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan bertanggungjawab,
tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan
Islam dengan sepenuh hati.
Patutlah pemimpin UMNO yang mengaku melakukan sesuatu untuk “Ugama, Bangsa dan Negara” begitu korup dan berterusan begitu.
Bagi
hukum hudud pula, Baderudin harus faham bahawa ia adalah tanggungjawab
setiap umat Islam untuk mempertahankan Islam dan PAS tidak boleh
melakukannya sendirian. Seperti yang dikatakan oleh bekas mufti Perlis,
Dr Mohd Asri, enakmen hudud Kelantan juga tidak komprehensif dan perlu
penambahbaikan.
Malah,
ia akan memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan ramai lagi untuk
betul-betul mengimplimentasikan hudud- jika ia akan dapat dilaksanakan.
Dengan ketakutan yang sedia ada pada hukum hudud seperti pancung dan
pemotongan tangan dan kaki, sikap sombong alim ulama seperti Baderudin
tidak akan membantu orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri untuk
memahami hukum yang kontroversi ini.
Hudud
tidak sepatutnya dilaksanakan ke atas bukan Islam dan tidak patut
mempunyai implikasi negatif terhadap hidup mereka. Hudud sepatutnya
menjadi rahmat kepada semua- dan bukan untuk orang Islam yang alim
sahaja. Bagaimanakah kita sebagai Negara pelbagai agama dan bangsa
mencapai matlamat dimana semua pihak boleh berpuas hati dan kemahuan
mereka dituruti.
Sudah
pasti, ia akan dapat dicapai melalui kebijaksanaan dan perbincangan
yang jujur. Dan bagi itu, mereka yang tidak mahukan hudud sepatutnya
faham dan turun ke bawah untuk memahami dengan lanjut. Kita semua
mempunyai hak-begitu juga dengan sayap agama- mereka juga berhak.
Kerana
ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk amal maaruf nahi
mungkar, mereka seperti Baderudin- kerana dia tidak ada memberi
sumbangan agar persefahaman diantara orang Islam dan bukan Islam wujud,
sepatutnya menutup mulut sahaja. Jangan bangga akan kelayakan agama anda
jika tidak boleh mengikut ajaran Islam yang mahukan umatnya berani,
adil dan menentang korupsi.
Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN.
1 comment:
hahaha.admin kena mrh gak kat Nik aziz sbb Nik Aziz pon ade kluarkan statement suh Karpal cekelat hack tu tutup mulut psl Hudud.kena adil ye.nant org kata admin kerja utk PR bkan kerana Tuhan.hahaha
Post a Comment