Friday, July 20, 2012

Saham FGVH – Azizan Memang Patut Dipecat

ADA 2 kenyataan berasingan, dengan masing-masing mewakili entiti sama, dikeluarkan berhubung pembelian saham FGV sebanyak 500,000 unit oleh sayap pelaburan utama negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Satu kenyataan ialah dari Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor yang dipetik sebagai berkata “Keputusan itu (pembelian saham) dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri.  MB hanya dimaklumkan selepas pembelian ibuat, dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh mmenimbulkan salah faham terhadap kerajaan PR Kedah” – Sinar Harian 18 Julai 2012.

Tetapi hari ini, Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Azizan Abd Razak mengeluarkan kenyataan yang berbeza.
Azizan dipetik oleh akhbar yang sama sebagai berkata “Keputusan PKNK membeli saham FGVH tidak sekali-kali menunjukkan wujud percanggahan Kerajaan negeri ditadbir PAS dengan PR.  Azizan menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutmya termasuk menjual semula saham berkenaan.”
Persoalan sekarang, mana satu yang betul, dijual seperti arahan Menteri Besar atau PKNK yang akan memutuskan sama ada untuk menjual saham-saham tersebut atau tidak?
Sebab dari apa yang penulis faham, ada dua kenyataan berbeza di atas (seperti yang dihitamkan), kedua-duanya pun didakwa mewakili Menteri Besar.  Tapi perlu diingat, kenyataan pertama dibuat oleh Setiausaha Politik sementara kenyataan kedua oleh Menteri Besar sendiri!!
Logiknya kenyataan kedualah yang sepatutnya diguna pakai – PKNK akan membuat keputusan untuk menjual saham tersebut atau tidak.
Penulis rasa, kami penyokong Pakatan Rakyat bukanlah jenis yang mudah diperbodohkan seperti ini.  Adakah kepimpinan negeri PAS Kedah fikir kami sebodoh itu untuk melihat perbezaan nyata yang terdapat dalam 2 kenyataan berkenaan?
Yang sebetulnya macam mana, nak dijual atau tidak?
Kami boleh menerima alasan awal bahawa Menteri Besar tidak dimaklumkan akan pembelian saham tersebut (walaupun masih boleh dihujahkan, bagaimana MB  boleh tidak tahu mengenai pembelian tersebut), tapi kami tidak boleh menerima kenyataan yang Menteri Besar tidak boleh mengarahkan PKNK menjual semula saham-saham itu setelah ia menjadi isu yang menjejaskan Pakatan Rakyat.
Apa perlu Menteri Besar menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan sama ada nak menjual saham itu semula atau tidak?  Jual sahajalah, bukankah pembelian saham itu terbukti berlawanan dengan polisi Pakatan Rakyat dan PAS sendiri?
Kenyataan yang pertama seperti dikeluarkan Setpol Azizan itu sudah cukup baik untuk membetulkan persepsi salah akibat dari tindakan PKNK tersebut.  Lagipun semua orang Kedah tahu bahawa majoriti pentadbiran tertinggi PKNK masih lagi diisi oleh orang-orang yang dilantik kerajaan UMNO sebelumnya.
Tapi bila datang kenyataan kedua yang bercanggah, ia telah menghancurkan terus usaha untuk memperbaiki keadaan ini seterusnya mengelakkan Pakatan Rakyat dari dituduh sebagai hipkorit kerana membiarkan PKNK membeli saham-saham tersebut.
Semua ini membuat penulis mula merasakan, benarlah seperti kata ramai orang sebelum ini, Azizan bukanlah seorag Menteri Besar yang baik.  Beliau tidak tetap dalam membuat keputusan-keputusan yang jelas berlawanan dengan polisi Pakatan Rakyat.
Sebelum lebih banyak karut marut timbul, penulis menyeru kepimpinan PAS agar memecat Azizan an menggantikannya dengan serta merta.

3 comments:

Anonymous said...

Macamana la hampa nak perentah negara PAS oiiii baru hal saham pun dah begadoh macamlah dah tak boleh diselesaikan , orang ni becakap orang tu becakap tuduh sana tuduh sini , cubalah hampa dok sat kat meja dan becakap barulah dapat cerita yang betoi ,nie dak asyik dok becakap dalam sorat habaq ,hampa tau dak kami di bawah ni dah meluat dengan kelaku kelayak hampa tu , bila bekempen semua pandai , aku fikiaq hampa semua ni suka dok bagi ruang kat sebelah sana tu untuk depa hentam hampa ,itu kot yang hampa mau , yang jadi mangsa kami nie la ,bila jumpa dengan kawan sebelah sana depa dok perli saja ,apa kata depa ,hai dulu kata saham haram la nie hampa beli pula banyak pula tu , itulah lebih kurang . Mampuih nla hampa kali nie

Anonymous said...

PRU13 harus dikeluarkan jika mahu pas dihormati, Biar cakap serupa bikin. Dah lama rakyat memerhati tingkah laku Azizan, hanya pas jer tak berani tegur, macam M .Ali. akhirnya apa jadi ?

Anonymous said...

apa pun alasan.
aku anggap azizan bersubahat
dengan bn/umno.
dan setuju dia dipecat.
lagi pun tindakannya
dalam pas selama ini
seperti 'duri dalam daging'.
kesian mazlan aliman.
penat lelahnya tidak
berbaloi & tidak dihargai.
apalah pr ni.
tak habis2 bertelagah.
pas macam ni, dap &
pkr macam tu
beginikah caranya
nak ke putrajaya.
sudahlah, akhirnya nanti
rakyat juga jadi mangsa.

Search This Blog