Kualiti
perkhidmatan kepada masyarakat adalah perkara secondary. Yang lebih
utama ialah kepandaian menjilat Najib di bahagian yang tidak di pancar
matahari.
Tentu
dia kata dia baik dan masih winnable. Dia pemandu yang baik. Orang
lain hanya tabur janji. Takkan lah Najib pandir sangat- sebab itu kita
mahukan kuasa untuk melaksanakan janji2 tersebut. Tanpa perlaksanaan
dengan kuasa yang mereka ada, apa ada pada BN? kualiti janji mereka pun
sudah auta besar.
BN
tidak ada kapasiti otak untuk memikirkan program dan rancangan konkrit
untuk rakyat. Kita tak bleh harapkan apa apa yang baru dari Najib.
Kaki langit fikiran nya tidak melebihi memikirkan bagaimana mengekalkan
jawatan presiden parti UMNO.
Hari
ini BN dan UMNO jadi parti samseng- memainkan isiu bangsa, agama dan
raja Melayu untuk mengekalkan kuasa. Inginlah lah kami rakyat merafak
sembah kepada DYMM Raja Raja Melayu- rakyat yang bukan penyokong UMNO
adalah juga rakyat yang setia kepada Tuanku. Tuanku ada lah raja kepada
semua rakyat- bukan ahli UMNO sahaja. Ingatlah Tuanku- si matlaon UMNO
inilah juga yang merupakan gerombolan pendurhaka yang mahu melucutkan
kedaulatan raja2 Melayu suatu ketika dahulu.
Rakyat
mesti menolak parti yang menggunakan bangsa, agama dan raja Melayu
sebagai platform perjuangan. Sebab ini akan membawa kepada kehancuran
dan porak puranda. Kita tidak boleh melangkah maju kehadapan dengan
berkelahi pasal perkara tetek bengek seperti agama, bangsa dan negara.
Sekali dua kita dengan Hasan Ali berceramah, kita sudah tahu dia macam
kartun. Tapi cara inilah yang sangat di sukai oleh kabilah UMNO. Cara
yang membodohkan orang Melayu dan menakut nakutkan mereka dengan perkara
yang tidak sebesar yang di gambarkan oleh si hasan ali hasan ali dalam
masyarakat kita.
Janji
BN adalah hasil bayaran kepada firma pakar runding- CIMB dan Ethos
menasihati PM mengenai penyenaraian FGV yang akan mendatangkan, dalam
ungkapan Najib, durian runtuh yang tidak terbayang oleh peneroka Felda.
Seperti yang pernah najib beritahu saya, dia sangat faham tabiat orang
Melayu. Mereka sukakan benda free. Najib akan mengeksploitasi tabiat
ini untuk kepentingan politik nya.
Dalam
konteks ini, Najib tidak ada beza nya dengan Shahidan Kassim atau Chua
Soi lek. Mereka pun kata mereka bagus. Tajudin Rahman akan hentak
kepala sesiapa yang kata dia sudah out of date dan tidak winnable.
Siapa berani dekat dengan wakil Pasir Salak yang sentiasa membawa
tongkat nya?
Mustahil,
kita akan mendengar Najib berkata program nya gagal? ETP nya mesti
berjaya dan KPI dalam NKEA nya pasti top meletup. Najib akan mendapati
bahawa mengwujudkan istilah istlah eksotik tidak akan membantu
meringankan beban rakyat dan tidak akan menghapuskan rasuah dan rompakan
yang di lakukan oleh pimpinan hari ini. kemana hendak Najib pandu
kita?
Jika
selama 50 tahun lebih, kita telah di bawa kepada sengsara, rasuah,
rompakan dan lanun, adakah kita mau percaya, pemandu lama yang
bersekolah di sekolah jahat akan membawa negara ini ke zaman syurga
loka? Boleh kah kita percaya pemandu yang bernama Najib Razak?
Ikan
kembung hari ini harga nya RM 17 sekilo. Sekilo ada 5-6 ekor ikan
kembung. Orang kampong yang ada 7 orang anggota keluarga hanya mampu
makan untuk setengah hari kerana anak yang membesar mempunyai selera
yang aktif. Gula yang sekarang di monopoli oleh pak habib al bukhari
makin naik sedangkan bila tauke cina uncle Robert memegang monopoli nya,
harga gula lebih rendah. harga beras juga meningkat. Sekampit beras 5
kilo naik RM 7 Ringgit. Rakyat sengsara, Najib mahu auta bahawa
rancangan ekonomi nya berjaya?
Hari
ini hayat dan nyawa umno bergantung kepada 3R. ini bukan reading,
`riting dan `rithmetic yang di ajar kepada kanak2 baru sekolah oleh para
pendidik. Ini 3R yang memberi persekolahan mengajar bangsa Melayu
memusuhi semua orang termasuk Melayu yang tidak menyokong UMNO. Ini 3R
yang UMNO lancarkan supaya orang Melayu jadi samseng sedangkan pada
reality nya, tidak ada pun orang yang mengancam bangsa Melayu. Demikian
sombong dan angkuh UMNO sehingga orang melayu yang tidak menyokong nya
di anggap bukan Melayu.
Yang
jadi kebenaran ialah UMNO yang tergugat dan terancam. Sebuah parti
yang beroperasi diatas pembohongan dan kosong dari segi prinsip
perjuangan dan tidak berjuang untuk suatu seruan, akan tidak bertahan
akhirnya. UMNO telah lama membelakangkan alif ba ta nya sehinggalah, ia
sekarang hilang hak moral untuk menjadi jurubicara dan pemimpin kepada
bangsa Melayu. Sudah sampai masa nya UMNO ketepikan diri dan memberi
laluan kepada parti lain untuk membangunkan bangsa Melayu.
No comments:
Post a Comment