Thursday, February 9, 2012

Husam Dedah Kisah Sebenar Rancangan Hassan Ali Selepas PRU 2008



Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.


Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

6 comments:

Anonymous said...

Salah ke nak kan perpaduan ISLAM?

Anonymous said...

Dato'Dr hasan ali nk betulkan akidah umat islam melayu,supaya x tepesong dgn pauk2 pro anuar,,tugas dr hasan jujur iklas niat kerana allah... husam nie xfaham ker..skrg pas dh jauh tsesat dh tu pun xsedar lagi ker..hidup islam,hidup,melayu,hidup raja2 melayu,hidup dr hasaan ali..amin2

Anonymous said...

Masa BN tumbang di Slangor, aku happy sbb expect Dato Hassan Ali akan jadi MB (aku tak benci BN walupun aku sokong PAS masa tu. Aku cuma nak tngok Islam subur di Slgor). Jlas dia calon terbaik. Tp hati aku menyumpah seranah kpd PAS bila tak lama lepas tu PAS stuju Khalid diumum jd MB. Gila betul. Dah trbukti rekod agama dia buruk sblm msuk politik lg. Skrg lg truk. Dato Hassan, doaku mengiringi perjuangan tuan. (bukan Hussam laknat) Skrg aku sokong UMNO. Bak kata orang, sokonglah yg terbaik. Lntk kaulah PAS laknat (sapa nak tolong sucikan balik najis dlm PAS?).

Anonymous said...

dgr2 kalid samad juga gi bincang ngan pak lah sama nasaruddin... ngape x bagitau sama.... berita biarlah adil ckit

Anonymous said...

sokonglah umngok sekular yg senyap2 jadi rakan dagang israel... paku dulang paku serpih... haktuihhhh....

Anonymous said...

- Nampak mcm bagus je ayat" salah ke nak kan perpaduan islam". ye la tu..dulu pas dah pernah sertai BN, bila umno dah rasa kuat terus je dia sepak pas sampai terjelepuk..baca sejarah politik dulu beb.UMNO bila dah hilang pengaruh mula la guna alasan perpaduan islam tapi bila kuat sanggup tembak org tak bersalah di memali
- apa? nak baiki akidah puak2 anuar? bagaimana pula akidah puak2 mahathir, puak2 paklah & najib ni semua berakidahkan apa? hukum islam diperlekeh semua senyap...
- Pas laknat ? selidik dulu ciri2 orang yang bagaimana dilaknat allah...ambik satu contoh je " la'anallah a'lar rasyi wal murtasyi" sape yang banyak rasuah..tu belum yang lain...budaya fitnah, penyelewengan dll..itu semuanya dilaknat.
- apa? mb selangor khalid ibrahim buruk agama? kekehkui.. memang ngko buta kayu, khir toyo? mat mat taib? abu hasan? diorang agaknya yang bersih suci kan?

Search This Blog

Loading...