Oleh T UAN GURU NIK AZIZ NIK MAT
SAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap
saat.Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya
ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan
antara nafsu dan akal harihari.
Pilihan
antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak
bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke
anak isteri atau habis di kedai.
Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.
Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh
demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara
nafsu dengan akal.
Di antara agama de ngan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik.
Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar,
sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa,
sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok.
Saya di
Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak
merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah.
Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita,
sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara.
Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya,
kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru
simpulkan PAU itu? Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab
itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana.
Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak
Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan
kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada
belaka dalam Islam.
Banyak mana yang jaga Melayu
ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil
Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa
ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam.
Dalam
pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru
disuruh berhenti dan sebagainya. Macam orang nak main bola dengan ‘Red
Warrior’ (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi ‘golkeeper’. Nak lawan apa,
kalau nak lawan biarlah Apek jadi ‘golkeeper’. Bubarlah pasukan kamu
tu.
Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru
betulbetul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah
tuju kita orang Islam nak masuk syurga.
Arah
tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia
rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya
jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad.
Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak
padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja,
syurga neraka bukan dia peduli.
PAS tonjolkan
syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan
iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara
sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol lang sung syurga neraka,
tonjolnya hanya pembangunan.
Misalnya begini,
pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah
wahyu dari langit kerana manusia ada otak.
Otak
ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab
itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama
empat.
Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak.
Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang.
Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan.
Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada
kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang
hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana
orang hendak tahu melainkan dengan wahyu.
Umno
tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi
PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan,
tapi projek Allah.
Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur.
Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu.
PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka.
Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima
memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima.
Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem ke wangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas.
Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi
Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima.
Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya,
tapi orang boleh terimanya.
Hari ini walaupun
tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan
apa, dipanggil ‘al-gharar’ iaitu spe kulasi. Islam akan diterima dunia.
No comments:
Post a Comment