Tulisan
ini bukanlah untuk mengajak pembaca merayakan perayaan natal (krismas),
tetapi untuk memberikan pengetahuan dan fakta di sebalik natal, sebagai
umat Islam kita semua meyakini tentang Nabi Isa 'alaihissalam
berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Umat
kristian percaya bahawa 25 Disember adalah tanggal hari kelahiran
Jesus (dalam keyakinan umat Islam adalah Nabi Isa 'alaihissalam). Adakah
benar dakwaan itu?. Adakah natal adalah ajaran yang dinyatakan di dalam
Bible?
Sejarah Krismas
Kata Christmas (Natal) bermaksud Mass of Christ
atau disingkat Christ-Mass, sebagai hari untuk merayakan kelahiran
"Jesus". Perayaan yang disambut oleh sesetengah bukan Kristian dan semua
orang Kristian ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Katolik Rom.
Tetapi dari manakah mereka mendapatkan ajaran itu? Krismas bukan dari
ajaran Bible (Alkitab) dan Jesus tidak pernah memerintahkan umat
Kristian untuk merayakannya. Sebenarnya perayaan yang terkandung di
dalam ajaran Kristian Katolik Rom pada abad ke-4 ini berasal dari
upacara adat masyarakat penyembah berhala.
Kerana
perayaan Krismas yang diadakan di seluruh dunia ini berasal dari
Katolik Rom, dan tidak mempunyai dasar dari kitab suci, maka marilah
kita melihat penjelasan dari Katolik Rom dalam Catholic Encyclopedia, edisi 1911, dengan judul: Christmas. Anda akan menemui ayat yang dinyatakan seperti di bawah: :
"Christmas
was not among the earliest festivals of Church ... the first evidence
of the feast is from Egypt . Pagan customs centering around the
January calends gravitated to Christmas ".
Maksudnya: "Krismas
bukanlah upacara Gereja yang pertama .... Upacara ini dipercayai
berasal dari Mesir. Perayaan yang diadakan oleh para penyembah berhala
dan jatuh pada bulan Januari ".
Populariti Santa Claus mendominasi Hari Krismas melebihi kisah Jesus
Dalam Ensiklopedia itu juga menyatakan di dalam judul Christmas Day, Paderi Katolik pertama mengakui bahawa:
"In
the Scriptures, no one is recorded to have kept a feast or held a great
banquet on his birthday. It is only sinners (like Pharaoh and Herod)
who make great rejoicings over the day in which they were born into this
world " .
Bermaksud: "Di
dalam kitab suci, tidak ada seorang pun yang mengadakan upacara atau
mengadakan perayaan untuk merayakan hari kelahiran Jesus. Hanya
orang-orang kafir (seperti Firaun dan Herodes) yang berpesta merayakan
hari kelahirannya di dunia ini ".
Encyclopedia Britanica terbitan tahun 1946 menjelaskan seperti berikut:
"Christmas
was not among the earliest festival of the church .... It was not
instituted by Christ or the apostles, or by Bible authority, it was
picked up afterward from paganism ".
Bermaksud: "Krismas
bukanlah upacara gereja abad pertama. Perkara ini tidak pernah
diajarkan oleh Jesus, dikalangan muridnya, ataupun Bible. Upacara ini
diambil oleh gereja dari kepercayaan penyembah berhala".
Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 juga menyatakan hal yang sama:
"Christmas
.... It was, according to many authorities, not celebrated in the first
centuries of the Christian church, as the Christian usage in general
was to celebrate the death of remarkable persons rather than their birth
... "(The" Communion ", which is instituted by New testament Bible
authority, is a memorial of the death of Christ). "... A feast was
established in memory of this event [Christ 's birth] in the fourth
century . In the fifth century the Western Church ordered it to be
celebrated forever on the day of the old Roman feast of the birth of
Sol , as no certain knowledge of the da of Christ 's birth existed ".
Maksudnya: "Menurut
kebanyakan pakar sejarah Kristian, Krismas tidak pernah dirayakan oleh
gereja Kristian pada awal abad. Secara umumnya, umat Kristian hanya
merayakan hari kematian orang-orang terkemuka sahaja, dan tidak pernah
merayakan hari kelahrian orang tersebut ... ". ("Perjamuan Suci" yang
tertera di dalam Kitab Perjanjian Baru, hanyalah untuk mengenang hari
kematian Jesus). "... Perayaan Krismas yang dianggap sebagai hari
kelahiran Jesus, mula dirayakan pada abad keempat Masihi. Pada abad
kelima Masihi, Gereja Barat memerintahkan umat Kristian untuk merayakan
hari kelahiran Jesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Rom yang
merayakan hari Kelahiran Sol (Dewa Matahari). Ini disebabkan tidak ada seorang pun yang mengetahui hari kelahiran Jesus ".
Fakta
sejarah telah mendedahkan kepada kita bahawa mulai lahirnya gereja
Kristian pertama sehinggalah dua atau tiga ratus tahun kemudian, upacara
Krismas tidak pernah disambut dan dirayakan oleh umat Kristian. Baru
setelah abad keempat, perayaan ini mula dirayakan oleh orang-orang
Kristian Barat, Kristian Rom, dan Gereja. Menjelang abad kelima, Gereja Rom memerintahkan untuk merayakan sebagai hari raya umat Kristian yang rasmi.
Jesus Tidak Lahir Pada Tarikh 25 Disember
Sungguh sangat mustahil jika Jesus dilahirkan pada musim sejuk (Di wilayah Yudea,
setiap bulan Disember adalah musim hujan dan suhunya sangat sejuk).
Injil Lukas 2:11 menceritakan suasana di saat kelahiran Jesus:
"Di
kawasan itu terdapat gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga
kawanan ternakan mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang
malaikat Tuhan berdekatan dengan mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar
meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan. Lalu kata malaikat itu
kepada mereka: "Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan
kepadamu kegembiraan yang besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah
lahir bagimu penyelamat, iaitu Kristus, di bandar Daud".
Lokasi Yudea (Judaea)
Tidak mungkin para penggembala itu berada di padang Yudea pada bulan Disember. Kebiasaannya mereka melepaskan binatang ternakan ke padang dan lereng-lereng gunung. Paling lambat ternakan tersebut dimasukkan ke dalam kandang untuk mengelakkan hujan dan cuaca sejuk ialah pada 15 Oktober. Bible sendiri dalam Perjanjian Lama, kitab Kidung Agung 2 dan Ezra 10:9,13 menjelaskan bahawa bila musim sejuk tiba, tidak mungkin para gembala dan ternakannya berada di padang terbuka pada malam hari.
Cuaca di Jerusalem (terletak di dalam kawasan Yudea)
Salji di Jurusalem pada bulan Disember (Berlaku walaupun tidak kerap)
Adam Clarke berkata:
"It
was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep
to the field and desert about Passover (early spring), and bring them
home at commencement of the first rain" [Adam Clarke Commentary, Vol. 5,
Page 370, New York].
Maksudnya: "Adalah
kebiasaan sejak dari dahulu lagi, orang-orang Yahudi menggiringi
kambing-kambing mereka ke padang menjelang Paskah (awal musim bunga),
dan membawanya pulang pada permulaan hujan pertama".
Adam Clarke meneruskan:
"During the time they were out, the shepherds watch them night and day. As .... The first rain began early in the month of Marcheshvan,
which answers to part of our October and November (begins sometimes in
October), we find that the sheep were kept out in the open country
during the whole summer. And, as these shepherd had not yet brought home
their flocks, it is presumptive argument that October had not yet
commenced, and that, consequently, our Lord was not born on the 25th of
December, when no flock were out in the fields; nor could He have been
born later than September, as the flocks were still in the fields by
night. On this very ground, the Nativity in December should be given
up".
Maksudnya: "Semasa
kambing-kambing berada di luar, penggembala akan mengawasinya siang dan
malam. Apabila hujan pertama mulai turun pada bulan Marchesvan (antara
bulan Oktober dan November), ternakan-ternakan itu mula dimasukkan ke
dalam kandangnya. Kita mengetahui bahawa kambing-kambing itu dilepaskan
di padang terbuka semasa musim panas. Disebabkan para penggembala belum
membawa pulang kambing-kambingnya, ini menunjukkan bulan Oktober belum
tiba. Disini dapat disimpulkan bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25
Disember, ketika tidak ada kambing ternakan yang berkeliaran di padang
yang terbuka. Juga tidak mungkin beliau dilahirkan selepas bulan
September kerana di bulan September inilah kambing-kambing masih berada
di padang waktu malam. Dari pelbagai bukti yang ada, kemungkinan beliau
lahir di bulan Disember amatlah mustahil.
Kambing-kambing meragut di padang pada musim panas
Dalam ensiklopedia yang bertaburan di seluruh dunia mahupun di laman-laman web dan dalam kitab suci Kristian sendiri mengatakan kepada kita bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember. Catholic Encyclopdia sendiri secara tegas dan terang-terangan mengakui fakta ini.
Tidak
ada seorang pun yang mengetahui bilakah hari kelahiran Isa yang
sebenarnya. Jika kita meneliti dari bukti-bukti sejarah dan kitab suci
Kristian sendiri, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Jesus lahir pada
awal musim gugur (yang dianggarkan jatuh pada bulan September), atau
sekitar 6 bulan selepas hari Paskah.
Jika
Tuhan menghendaki kita untuk mengingat-ingat dan merayakan hari
kelahiran Jesus, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan hari
kelahirannya.
Proses Krismas Masuk ke Gereja
New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge dalam artikelnya yang bertajuk "Christmas "menghuraikan dengan jelas seperti berikut:
"How much the date of the festival depended upon the pagan Brumalia (Dec. 25) following the Saturnalia
(Dec. 17-24), and celebrating the shortest day of the year and 'the new
sun' ... can not be accurately determined. The pagan Saturnalia and
Brumalia were too deeply entrenched in popular custom to be set aside
by Christian influence ... The pagan festival with its riot and
marrymaking was so popular that Christians were glad of an excuse to
continue its celebration with little change in spirit and in manner .
Christian preachers of the West and the Near East protested against the
unseemly frivolity with which Christ 's birthday was celebrated, while
Christians of Mesopotamia accused their Western brethren of idolatry
and sun worship for adopting as Christian this pagan festival".
Maksudnya: "Sunguh
banyak tarikh perayaan yang berkaitan pada kepercayaan pagan dan
penyembah berhala Brumalia (25 Disember) sebagai lanjutan dari perayaan
Saturnalia (17-24 Disember), dan perayaan menjelang akhir tahun, serta
perayaan menyambut kelahiran matahari baru .... Tidak dapat ditentukan
secara pasti (jumlahnya). Adat kepercayaan pagan Brumalia dan Saturnalia
sudah berakar dan popular dalam adat istiadat masyarakat ketika itu dan
telah diambil oleh Kristian. Perayaan ini dirayakan oleh Kristian
dengan mengubah sedikit tata caranya. Para paderi Kristian di Barat dan
Timur menentang perayaan kelahiran Jesus ini yang meniru agama berhala
ini. Di samping itu, Kristian Mesopotamia menuding jari kepada Kristian Barat yang telah menerima model penyembahan terhadap dewa Matahari".
Menjelang
abad pertama hingga abad keempat Masihi, dunia dikuasai oleh empayar
Rom yang mengamalkan dan mempercayai agama Pagan. Sejak agama Kristian
masih di awalan sehinggakan berkembang pesat, para pemeluknya diseksa
oleh penguasa Rom. Setelah Constantine
menaiki tahta menjadi maharaja, kemudian memeluk agama Kristian pada
abad keempat Masihi, dan meletakkan agama sejajar dengan agama pagan
Rom, rakyat Rom beramai-ramai memeluk agama Kristian.
Constantine I
Disebabkan mereka sudah terbiasa meraikan hari kelahiran dewa-dewa pada 25 Disember, menyebabkan adat tersebut sukar dibuang. Perayaan ini adalah pesta yang penuh dengan kemeriahan dan sangat disukai oleh rakyat. Mereka tidak mahu kehilangan hari kegembiraan seperti itu. Oleh kerana itu, walaupun sudah memeluk agama Kristian, mereka tetap memelihara upacara adat itu. Di dalam artikel yang sama, New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bagaimana maharaja Constantine tetap merayakan hari "Sunday" sebagai hari kelahiran dewa matahari. Dan bagaimana pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan sifat Anak Tuhan (Jesus) dengan Sun Gods. Kemudian pada abad keempat masihi, kepercayaan itu telah memasuki ke dalam agama Kristian. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-God (Dewa Matahari) yang jatuh pada tarikh 25 Disember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Jesus).
Demikianlah
asal-usul "Christmas" atau Krismas yang diciptakan oleh dunia barat dan
dirayakan sehingga sekarang. Walaupun namanya ditukar menjadi selain
Sun-Day, Son of God, Christmas, dan Krismas, pada hakikatnya tujuannya
tetap sama iaitu meraikan hari kelahiran dewa matahari. Sebagai contoh,
kita boleh menamakan arnab dengan nama singa, tetapi fizikalnya tetap
arnab.
No comments:
Post a Comment