Tuesday, December 27, 2011

Tamatkan Riwayat UMNO dalam PRU 13 Untuk Hapus Rasuah



 Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya menyifatkan rasuah negara mesti dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam Pilihanraya yang akan datang.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kedudukan ranking Rasuah negara Malaysia yang memalukan seluruh rakyat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganggotai OIC. Beliau berkata demikian dalam salah satu program anjuran Dewan Ulamak PAS yang diadakan di sini baru-baru ini.



Menurut  beliau lagi, berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana rasuah yang tidak mampu ditangani oleh kerajaan Umno BN sekarang.

Tegas beliau lagi, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara  ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.

“Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan hanya apabila tersempit sahaja” ujar belia lagi yang juga merupakan timbalan pengerusi Ulamak Pelapis PAS Pusat.

“Bayangkan sekiranya duit yangberbilion ini yang tiris dan bocor kerana rasuah digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat , maka InsyAllah sudah negara Malaysia lebih maju lagi.”tegas beliau.

“Rakyat Malaysia diseru untuk bersatu menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang  untuk memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat”seru beliau lagi."

1 comment:

Anonymous said...

berapa peratus usaha para ulamak mendidik dan merencana dlm membina jati diri org islam berbangsa melayu dan bangsa lain pada keseluruhannya.Apakah jenis instrumen dan bentuk pendidikan yg berjaya melahirkan konsep pentakbiran yg bebas dri rasuah.Memang benar agama islam melarang umatnya melakukan rasuah.Dalam aktiviti rasuah,ianya tidak kira dr bentuk apapun malah kaler dan chop bendera pengikutnya.Salah takbir dan salah urus juga akan mengakibatkan anak negeri dlm keadaan tidak selesa.

Search This Blog

Loading...