Nabi
menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis.
Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman
kucing.
Kenapa
Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis
kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing
tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang
berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot
kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada
permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang
runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau
gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika
kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling
canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan
membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah
dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai
perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki,
bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan
sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada
bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang
berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2.
Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar
80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini
menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5.
Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai
sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan
bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya
bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan
para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua
laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran
kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing
itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing
tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam
pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu
tubuhnya.
Jika
diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati
air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang
menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadis-Hadis Mengenai Kucing
Kabsyah
binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah
masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu
datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas
untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah
berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah
berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing
binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR
At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan
Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan
suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air
wudhuk untukku ke dalam bekas". Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah
selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan
menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti
sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas,
kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah
tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun
ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia
memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya setelah Aisyah selesai
mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu
memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut
dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing
dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia
binatang yang berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw
berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq,
dan Al-Daruquthni).
Kalaulah
bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani
mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui
oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh
Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment