Saturday, November 12, 2011

Hospital di Johor hebat, canggih, WOW Rakyat Didahulukan


"Aduan Rakyat 11 Nov 2011 - Pada 29hb Oktober 2011 jam 7.30mlm saya bersama isteri saya yang masih dalam pantang telah membawa bayi saya yang berumur 2 hari ke hospital HSI Johor Bahru dibahagian Kecemasan kerana Jaundis ( Sakit Kuning), setelah mendaftar, 1/2 jam kemudian iaitu jam 8.00mlm bayi kami telah di ambil darah oleh pegawai perubatan untuk di uji

Kami di suruh menunggu sehingga di panggil semula, setelah 2 jam 45 minit menunggu iaitu jam 10.45 mlm akhirnya keputusan darah menunjukkan anak kami dalam keadaan yang hampir kritikal, pegawai yang bertugas adalah seorang doktor yang agak muda

. Setelah berjumpa doktor tersebut kami bertanya kan keadaan bayi kami, doktor tersebut menyatakan bayi saya perlu rawatan segera namun alatan (Photo) telah penuh tiada kekosongan untuk bayi kami, dia menyarankan kami ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru namun setelah di hubungi tiada kekosongan juga, akhirnya doktor tersebut menyatakan dia tidak boleh berbuat apa-apa selain merujukkan kami ke hospital swasta. 
Disini apa yang membuat kami agak terkilan ialah apabila kami merujuk kepada hospital kerajaan maknanya kami tidak mampu untuk ke hopital swasta.
 
Kami menyatakan masalah kewangan kami kepada doktor tersebut dan jawapan nya ialah “saya tidak tahu nak buat apa” sedangkan dia tahu keadaan bayi kami agak kritikal.
 
Kami berharap TV3 dapat menyiarkan masalah ini supaya kerajaan sedar apa saja yang kerajaan rencanakan tidak semuanya dijalankan dengan sempurna oleh pegawai-pegawainya, sedangkan masalah ini berkaitan dengan nyawa. setelah berjam-jam menunggu akhir nye jawapan tidak tahu nak buat apa yang kami terima.
Adakah nilai nyawa bayi kami amat murah bagi hospital tersebut…. 
By: Norazlee - ‘Saya tidak tahu nak buat apa’ – Doktor

No comments:

Search This Blog