Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.
Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".
Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?"
Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."
Burung
itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama
datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata
Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."
Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."
Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."
Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."
Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."
Kemudian
Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap
di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.
Melihat
yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah
engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini
sahaja?"
Maka
burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun
mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi
Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku
sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat
Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah
engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."
Memang
kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang
yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan
dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah,
melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.
Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:
- Sabar terhadap bencana.
- Sabar berlaku taat.
- Sabar menjauhi perbuatan derhaka.
Barangsiapa
sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang
jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit
dan bumi.
Barangsiapa
sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang
jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi
yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.
Barangsiapa
sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan
ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti
jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."
1 comment:
Info menarik Syeikh, ambo mohon jasa baik utk copy entry ni...untuk renungan ambo & teman2 yg lain...
Jazakallah Hukairan...
Post a Comment