Monday, November 28, 2011

Apa relevennya Teori RAHMAN dengan PM Malaysia?


Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka.

Untuk rekod, teori ini dikatakan bermula selepas Tunku Abdul Rahman mewakili ‘R’ menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kemudiannya Tun Abdul Razak mewakili ‘A’ pula dipilih menjadi Pedana Menteri Kedua. Seterusnya digantikan dengan huruf ‘H’ oleh Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Ismail pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak tetapi meninggal dunia lebih awal.

Semasa Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, beberapa nama selain huruf ‘M’ Tun Dr. Mahathir disebut-sebut layak menjadi timbalan atau pengganti kepada Hussein seperti Tan Sri Ghazali Shafie (King Ghaz), Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Razaligh Hamzah (Ku Li).

Begitu juga semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, nama seperti Tun Musa Hitam muncul untuk menjadi penggantinya tetapi tidak kesampaian. Selepas Musa Hitam mengundur diri, tiga orang yang bermula huruf ‘A’ menjadi timbalannya bermula dengan Tun Abdul Ghaffar Baba, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menjadi pengganti kepada Mahathir bagi mengisi huruf ‘A’.

Beberapa nama yang mungkin layak untuk menjadi Perdana Menteri seperti Tun Dr. Ismail, Musa Hitam, King Ghaz dan Ku Li terlepas peluang menjadi Perdana Menteri kerana tidak secocok dengan Teori RAHMAN.

Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, pencipta teori RAHMAN berjaya dibuktikan selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April, 2009 yang lepas. Selepas teori RAHMAN ini berjaya dibuktikan semasa kepimpinan BN menerajui pemerintahan negara, pengkaji-pengkaji politik Negara mulakan satu lagi pencarian baru, apakah teori perlantikan PM selepas ini?

Apakah teori RAHMAN untuk pusingan kedua akan berlaku? Atau terdapat satu teori lain akan muncul sedikit masa lagi. Kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Muhyidin bukan Pengganti Najib?

Sembang-sembang politik yang popular dewasa ini menyebut, Tan Sri Muhyidin bukan pengganti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Sebab yang paling popular yang menjadi perkiraan mereka, era pemerintahan BN akan berakhir dengan kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tetapi sesetengah mereka yakin BN masih mampu memenangi pilihanraya ke-13 nanti kerana orang Melayu tidak ada pilihan lain terpaksa bergantung kepada UMNO kerana PAS masih tidak diyakini mampu memenuhi aspirasi orang-orang Melayu. Apatah lagi dengan parti multi-racial seperti PKR.

Seorang penganalisis politik UMNO menjangkakan, pertandingan dalam UMNO akan menjadi lebih sengit selepas PRU ke-13 nanti dan Muyhidin dijangka akan kecundang. Pertandingan baru-baru ini Muhyidin terselamat kerana Najib masih memerlukan beliau untuk meredakan pergolakan dalaman UMNO.

Ada yang menjangkakan, nasib Muhyidin akan sama seperti nasib Tun Musa Hitam sebelum ini. Kedudukan beliau hanya untuk memanaskan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk seketika jika beliau tidak bertindak dari sekarang untuk menyelamatkan kedudukannya.

Tempatnya dijangka akan digantikan oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein sebelum diambilalih oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk membentuk satu legasi baru pusingan kedua politik Malaysia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak elit politik negara.

Reformasi politik yang berlaku akibat tindakan terhadap Anwar telah berlaku pada tahun 1998, tetapi hanya terhadap kepada kaum melayu. Reformasi ke dua juga ada kaitan dengan Anwar Ibrahim berlaku pada tahun 2008, namun reformasi hanya berlaku kepada kaum bukan melayu.

Nampaknya dalam jangka masa 10 tahun, berlaku reformasi dan mungkin berulang pada tahun 2018 atau PRU-14. Mungkin akan berlaku reforamsi total pada tahun itu, sama-sama kita tunggu.

Berbalik kepada TEORI RAHMAN, nampaknya Teori itu belum berakhir pada PRU-13, sesuai dengan jangka masa hayat seperti yang disebutkan, bahawa refomasi politik hanya akan berlaku pada PRU-14.

Dalam tahun 1998 hanya orang Melayu yang bangkit. Begitu juga dalam tahun 2008 hanya bukan Melayu yang bangkit. Kali ini dijangka belum ada kebangitan seperti mana tahun 1998 dan 2008. Adalah dijangka, pada PRU-13, hanya senario tahun 2008 akan berulang, dan dijangka, UMNO masih berkuasa di Kerajaan Pusat.

Nampaknya pada PRU-13 kuasa BN belum menjadi sejarah dengan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir era BN.

TEORI RAHMAN pusingan ke-2

Dua nama yang sedang disebut-sebut boleh menjadi Perdana Menteri bagi Teori Rahman pusingan kedua, yakni Tengku Razalegh (R), kemudian Anwar (A), kemudian diikuti Haji Hadi (H). Apakah Teori Rahman pusingan kedua akan berlaku? pada PRU-13 atau berdasarkan jangka masa pusingan reformasi yang memerlukan masa 10 tahun? hanya diketahui selepas PRU-13?

1 comment:

Anonymous said...

selepas RAHMAN tentulah RAHIM

Search This Blog