Ada sebab penting kenapa Anwar Ibrahim mahukan hakim Kes Liwat II diketepikan. Hakim itu terlalu
mentah dan masih belajar menangani kes penting seperti kes Liwat II
itu. Apa yang penting, beliau yang diserap ke dalam sistem melalui
saluran Eksekutif kerajaan, adalah satu yang memalukan.
Ini
juga boleh dikatakan pada keputusan mahkamah yang membenarkan
permintaan Najib dan Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi
diterima. Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai pengolahan kuasa
semata-mata.
“Kita
ada bukti yang menyokong bahawa kedua-dua mereka ada terlibat. Posisi
kami ialah isu ini dirancang. Najib patut hadir dan menafikannya. Pihak
pendakwaan memohon Najib dan Rosmah sebagai saksi. Sekiranya mereka
dikatakan tidak relevan, kenapa mereka dimohon?” Anwar berkata kepada
pemberita.
Pendakwaraya menawarkan saksi tidak relevan?
Benar,
pihak pendakwarayalah yang menawarkan dua saksi itu dan pihak
pendakwaraya yang sama jugalah yang cuba melindungi Najib dan Rosmah.
Alasan bahawa kedua-dua mereka itu tidak relevan dalam kes Liwat II ini
bohong dan salah.
Sifat
utama kenapa Najib menafi dan menarikbalik kenyataannya bila disoal
sekiranya beliau mengenali Saiful Bukhari Azlan menunjukkan adanya
konspirasi. Apakah yang dibincangkan antara Najib dan Saiful, beberapa
hari sebelum Saiful membuat laporan polis? Apakah hubungan antara
Saiful dan Najib yang membuatkan Saiful dengan mudah bertemu Najib yang
pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di rumah rasminya untuk
membincangkan soal ‘biasiswa’?
Namun,
persoalan ini jauh lebih dalam lagi. Apakah yang Najib dan Rosmah
lindungi dari umum? Apakah alahan mereka untuk tidak hadir ke mahkamah?
Untuk menzahirkan wacana ini, mahkamah pula beroperasi memperkenankan
permintaan mereka untuk tidak dipanggil hadir.
Reputnya institusi kehakiman
Ini
merupakan satu misteri dan ini menunjukkan yang institusi kehakiman
mula mereput. Mahkamah undang-undang seharusnya bebas dari gengaman
para Eksekutif kerajaan. Ia sepatutnya menjadi benteng ampuh kepada
mereka yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri, namun di Malaysia,
mahkamah mempunyai wewenang untuk melangsaikan hal golongan elit
negara ini dengan cara tersendiri. Mahkamah boleh dibeli atau dieram
atau ditekan dan inilah yang berlaku dalam kes Liwat II.
Bukankah
sepatutnya testimoni diperdengar dahulu sekiranya relevan atau tidak
oleh hakim? Namun, Mohd Zabidin bertindak menyatakan testimoni itu
tidak relevan sebelum sesi pendengaran atau soal-jawab dilakukan.
Bukankah sepatutnya hakim bertindak untuk kepentingan umum dan
menjadikan Najib dan Rosmah warganegara Malaysia, menyatakan ‘tidak
bersalah’ di dalam mahkamah undang-undang? Mahkamahlah yang berkuasa
untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak hanya selepas
testimoni mereka didengarkan.
Kerana
ini, Mohd Zabidin telah bertindak diluar etik profesionalisme telah
memalukan institusi kehakiman yang sepatutnya mengutamakan umum sebagai
asas badan itu, lebih dari apa-apa kepentingan lain. Jika tidak,
masyarakat tidak berfungsi dan semuanya akan menjadi porak-peranda.
Protes di Wall St
Malang
sekali sebuah institutsi yang sepatutnya menjadi lambang kedaulatan
undang-undang dan hak asasi manusia telah dilacurkan. Ada
‘double-standards’ yang digunapakai oleh mereka-mereka yang duduk
dikerusi-kerusi empuk hukum yang turut dihuni oleh para Eksekutif
pemakan rasuah. Institusi kehakiman bukan sahaja mereput, tetapi turut
merebak ke dalam semua sistem undang-undang negara.
Kenapa
bantahan berbentuk protes di Wall Street, New York masih berlangsung
hingga hari ini tanpa ada sebutir gas pemedih mata dilemparkan kepada
pendemo? Di Kuala Lumpur 9 Julai yang lalu, warga yang mengikuti
perhimpunan BERSIH 2.0 telah dihujani serangan pihak polis yang
menembak 262 butir kanister gas pemedih mata.
Polis
Malaysia turut menyembur air berasid menggunakan jenteranya, menembak
bom asap kepada warganegara yang tidak bersenjata dan yang duduk di
atas jalan tanpa melakukan aksi provokasi. Ini juga adalah pihak polis
yang sama ketika Anwar Ibrahim ditumbuk sehingga lebam matanya pada kes
Liwat I tahun 1998. Apa yang digeruni ialah keputusan yang akan dibuat
untuk Anwar dalam kes Liwat II ini nanti.
Masa menghumban Najib dan Rosmah keluar
Jelas,
cara untuk mengelakkan Najib dari dipanggil mahkamah dilakukan kerana
demam pilihanraya ke-13 semakin hampir. Dengan melengah-lengahkan kes
Liwat II Anwar ini, Najib boleh mengumumkan tarikh pilihanraya umum
sambil memastikan kem Anwar serta Pakatan Rakyat tempang untuk turun ke
padang bertemu rakyat jelata.
Inilah
jawapan kepada kes Liwat II yakni untuk menghancurkan karier politik
Anwar dalam apa jua cara. Namun, Najib tersalah baca firasat dan
kehendak rakyat. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Anwar untuk berhimpun
pada 9 Julai yang lalu kerana rakyat melakukan ini untuk diri mereka
sendiri.
Dan walaupun
Najib merasakan dirinya selamat, akhir nanti rakyat jualah yang akan
menghumban pasangan ‘pertama’ Malaysia ini ke dalam penjara.
No comments:
Post a Comment