Download e-book dari karya Muhammad Isa Dawud
Pada Bab 1, buku ini menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.
Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.
Daripada
hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci
akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di
Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan
empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
Dalam
pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana
benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah
dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama
mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.
Setelah
sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung
itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan
oleh para malaikat.
Namun
demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil
bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam.
Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril
memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan
belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.
Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.

Hatta
dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil
untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga
tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka
itu ialah Samiri.
Semasa
Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah
terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri
telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan
membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam
al-Quran surah Ibrahim.
Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
Bab 3 dalam buku ini juga menyentuh mengenai Dajjal yang telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

Dalam Bab 3 yang bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dengan al-Baqarah, yang bermaksud; bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah
Dajjal
dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat
yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad
Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar
jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya
telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip
kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah
keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas
pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam
kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam
Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan
peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya
manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali
suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh
manusia biasa.
Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
No comments:
Post a Comment