Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11
November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13
(PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1
Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember
(Sabtu) sebagai hari mengundi.
Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Mengikut
maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri
beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan
pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.
Pemergian beliau ini
juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya
yang teruk tercalar dengan beberapa isu.
“Diyakini telah
disusun liputan media yang akan menyiarkan imej dan visual pasangan
suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi
baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang
Melayu.
“Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip video Najib dan Rosmah memasuki Kaabah akan dimainkan tiap malam.
“Najib
dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6
November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain
dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting 11
November”, katanya.
Nombor bertuah
CheguBard
yang juga Ketua PKR Cabang Rembau memberitahu bahawa beliau difahamkan
Najib memilih tarikh 11, 01 dan 10 kerana angka berkaitan 1 ini
sengaja dipilih kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik
yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor bertuah bagi Najib
dan Rosmah.
Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman
bahawa sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun ada pihak yang
menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.
“Pilihan
raya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang semakin
meruncing. Sudah ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno
sendiri. Najib tidak boleh membiarkan gejala ini merebak. Mereka yang
terlibat perlu disingkirkan.
Namun sebelum itu Najib perlu
mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai
calon PRU perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah
bagi”, ujar CheguBard.
Sementara itu, CheguBard turut menyatakan
kebimbangan beliau bahawa Najib akan adakan PRU tanpa menunggu
proses penambahbaikan pilihanraya.
Pada 9 Julai lalu, ribuan
rakyat turun ke jalan raya sekitar di ibu kota bagi menuntut pilihan
raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa membuat berbagai sekatan
dan halangan.
Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa
kepincangan wujud dan proses pilihan raya memerlukan reformasi.
Sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.
Malangnya
usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan
demokrasi dalam negara tetapi beliau sendiri terus melakukan banyak
kerja jahat dengan membunuh demokrasi ketika proses pilihan raya.
BN kurang ajar
“Isu
penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf warganegara secara
mudah dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dilihat antara
kemuncak kurang ajar BN ini.
“Justeru itu SAMM memberikan
peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim BN keseluruhannya, jangan ada
sebarang PRU sehingga selesai proses penambahbaikan PRU khususnya
melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0.
“Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi maka PRU tersebut bakal menjadi PRU terkotor dalam sejarah negara,” ujar beliau.
Tegas
CheguBard, “jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihan
raya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya
proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan BN.
“Najib
dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini
berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM
tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes
tetapi ia mobilisasi rakyat benar–benar untuk menumbangkan regim dan
mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya”, tegas CheguBard.
Chegu
Bard turut menegaskan mobilisasi rakyat kali ini akan benar–benar
berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman.
“Dari
pengamatan SAMM yang sama bergelumang di bawah, majoriti rakyat yang
sedang terhimpit dengan kehidupan mereka, tidak redha BN terus mendapat
mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara,” katanya.
3 comments:
bubarlah seberapa banyak najib nak bubar.
tapi kalau 8.0 perkara tidak ditunaikan lebih dulu,
pr (kelantan, kedah, pulau pinang dan selangor) jangan sertai pru13.
kerajaan negeri2 ada hak bila nak bubar dun, najib tak ada hak nak paksa2.
tunggu hingga tahun 2013, genapkan lima tahun.
najib jangan fikir sesedap rasa parti dia aje, sesedap rasa parti orang lain dia kena fikir juga.
Betul tu ckp anon...ambo sokong!
kalau kerajaan-kerajaan PR tak bubar pun tak ape, lg mudah keje dato najib.Dato najib nak mandat dari kerusi Parlimen bukan DUN,ada fahammm.kemudian teka-teki piliharaya pada tarikh 10.12 agak sukar dilakukan sebab peperiksaan SPM dan STPM masih berjalan.So tahun depan laa..
Post a Comment