Satu
lagi hayat seorang tirani asal Timur Tengah melayang terbang. Sebuah
jilid sejarah dunia telah ditamatkan, dan adalah satu teladan yang
patut diambil kira oleh
tirani asal negara Malaysia untuk benar-benar mengerti apa yang tidak
boleh diketepikan lagi di dalam dunia sekarang – perubahan, demokrasi
dan kuasa rakyat.
Muammar
Gaddafi, atas semua kata-kata semangat dan hasrat untuk ‘terus
melawan’ muncul merayu; jika laporan yang memetik beliau sebagai
berkata “jangan tembak!, jangan tembak!” lalu diheret keluar dari tempat
persembunyiannya di daerah Sirte, oleh pejuang-pejuang National
Transitional Council (NTC).
Gaddafi sebenarnya
mempunyai banyak peluang untuk mencari jalan penyelesaian, namun beliau
memilih untuk lari; dari asakan pejuang-pejuang pro-pembebasan dan
NATO. Apa yang terjadi di luar sana tidak mudah untuk difahami
lagi-lagi jika anda tinggal di dalam khemah untuk waktu yang agak lama.
Ramai yang ingin mengetahui latarbelakang psikologi tirani-tirani Arab
yang kelihatannya degil tidak mahu berundur. Saddam juga satu contoh
bercakap tanpa berdiri di atas bumi yang nyata. Ketika perang Teluk
yang pertama, dia menjanjikan ‘ibu segala peperangan’ kepada musuhnya,
yang pada akhirnya, terpaksa berundur ke kota Baghdad.
Gaddafi
yang dikelilingi oleh para penasihat yang menasihat apa yang mahu
didengarnya, akan mengubah nasihat itu sebagaimana reaksi raut wajahnya
terhadap sesuatu jawapan. Kita boleh membayangkan nasib seseorang
penasihat yang memberikan nasihat selain dari apa yang mahu
didengarnya. Inilah contoh kekuasaan sekiranya ia dipegang oleh
mana-mana seseorang, apatah lagi bila ianya menjadi satu ‘pemujaan’
terhadap Sang Penguasa itu. Gaddafi telah berkuasa selama 42 tahun.
Kehilangan kuasa mungkin sesuatu yang tidak pernah beliau dan
pengampunya pernah fikirkan.
Gaddafi
mungkin saja dikerumuni para penasihat yang memberi apa sahaja jawapan
yang mahu didengarnya. Di Syria, ketegangan berlaku dalam bentuk
penceritaan yang hampir sama di Libya. Rakyat turun protes secara aman,
pihak kerajaan menggunakan kekerasan, banyak kematian dilaporkan
akibat terkena tembakan peluru hidup. Kekerasan ini sepatutnya akan
menghentikan protes, tetapi ia telah menyemarakkan amarah rakyat di
seluruh Syria. Kerajaan kemudian menggunakan kereta kebal dan pelbagai
senjata berat terhadap rakyat yang menentang. Terkini, ada laporan yang
menyatakan rakyat Syria sudah mula mengangkat senjata menentang
kerajaan. Sepertinya kisah Libya yang diulang tayang. Namun kerajaan
Syria tetap berdegil tidak belajar dari kisah Gaddafi; sebaliknya tegas
mengulangi sejarah.
Membandingkan
Libya dengan Syria, pemimpin Tunisia dan Egypt tidak mahu mengambil
risiko memperalatkan tentera secara besar-besaran terhadap rakyat
sendiri walaupun kekerasan tetap ada.
PRU-13 menjadi titik permulaan
Negara
Malaysia yang jauh di Timur dunia walaupun mempunyai hubungan rapat
dengan negara-negara Arab melalui persamaan agama, budaya dan
pendidikan; memilih kotak undi sebagai cara membentuk kerajaan. Masalah
utama menggunakan cara ini ialah BN mengamalkan tipu muslihat untuk
memang, bukan kerana rakayt menyokong mereka. Cara inilah yang terus
menerus menjadikan kerajaan yang memerintah satu kediktatoran. Sekiranya
Malaysia pernah mempunyai seorang diktator, ia pastilah Mahathir
Mohammed yang berkuasa selama 22 tahun; mengekang pembangkangnya dan
menjatuhkan martabat institusi-institusi negara. Projek-projek mega
impiannya, termasuklah, menara tertinggi di dunia dan sebuah bandar
pentadbiran canggih Putrajaya, yang jauh disudut sana.
Sudah
menjadi semakin sukar buat BN untuk memanipulasi pilihanraya di
Semenanjung, walaupun pilihanraya di Sarawak boleh dipersoalkan.
Pemantau pilihanraya tidak dibenarkan masuk ke negeri itu, sesuatu yang
tidak perlu dilakukan sekiranya pilihanraya itu adil, seperti yang
dinyatakan oleh kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan turut menguasai media
cetak dan siar namun telah tidak dipedulikan lagi dengan adanya
Internet. Saluran-saluran media rasmi yang sering mengagong-agongkan BN,
terpaksa akur yang mereka tidak lagi dipercayai. Ini boleh dibuktikan
dengan jumlah pencetakkan akhbar mereka, NST dan Utusan Malaysia
terpaksa mengedar akhbar mereka secara percuma.
Pilihanraya
Umum di Malaysia yang dijangka berlangsung kelak diramalkan akan
mengakhiri hayat seorang lagi diktator; malah yang lebih lama dari
kerakusan kuasa Gaddafi – 50 tahun cengkaman Barisan Nasional sudah
cukup untuk negara ini.
- Malaysia Chronicle
1 comment:
Nik Akjis mcm pulak?
Hotak taik betul lah ngko nih!!!
Post a Comment