Jangan sesekali mudah percaya UMNO bila mereka mula bercakap soal institusi Raja di Malaysia. Begitu juga, jangan kita terpedaya dengan Mahathir Mohamad bila dia membuka mulut tentang isu Raja.
Mantan
Perdana Menteri itu menempelak Prof Aziz Bari sebagai ‘kurang ajar’
atau kasar bila pensyarah undang-undang itu menyatakan buah fikirannya
yang institusi Raja tidak boleh lari dari kritikan. Mahathir bercakap
seolah-olah terlupa akan sejarah diri sendiri yang pernah mengherdik,
menghina Institutsi Raja sewaktu memerintah.
Keputusan
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung Aziz Bari
kononnya sebagai tindakan wajar telah membuktikan bahawa kerajaan
Barisan Nasional mempunyai pandangan yang sangat rendah terhadap ahli
akademik Malaysia. Mereka fikir ahli akedemik ialah golongan yang boleh
mereka pergunakan untuk kepentingan dasar-dasar dan permainan politik
mereka sahaja. Menurut BN dan UMNO, seseorang ahli akademik itu hanya
pencari makan dan melakukan apa yang diperintahkan. BN dan UMNO tidak
rasa bersalah bila memaksa pengurusan universiti mengikut telunjuk
mereka.
Penghijrahan cerdik pandai ke luar negara bukan isu kesetiaan
Memaksa
bercakap mengikut telunjuk Sang Penguasa bukanlah tugas ahli akademik.
Ahli akdemik dilatih untuk merumus sesuatu perkara secara objektif dan
rasional. Seseorang itu boleh bersetuju atau tidak dengan pendapat
ahli akademik. Dan ini turut diperakukan di dalam konteks demokrasi
dimana ahli politik parti memerintah di Malaysia tidak mempraktikkan
langsung perihal demokrasi ini.
Tentu
sahaja UMNO tidak akan melanggan corak pemikiran seperti ini.
Sebaliknya, UMNO memilih untuk mencengkam erat kukunya terhadap apa
sahaja bentuk pemikiran bebas di negara ini. Bagaimana mungkin Malaysia
menjadi negara yang disegani jika kelompok seperti UMNO dan BN
menghalang para cerdik pandai dari hak untuk berfikir. Bukan satu
kemustahilan lagi yang ramai cerdik pandai Malaysia memilih untuk
berbakti di luar lebih dari di tanah air sendiri.
Ini
juga bukan persoalan kesetiaan seperti yang sering diwar-warkan oleh
UMNO kepada sesiapa sahaja yang memberikan pendapat berbeza dari parti
politik itu. Malah peluang bercakap secara bebas itu sering disekat –
justeru membantutkan perkembangan minda dan masa depan negara.
Meludah ke langit
Bila Mahathir bercakap yang kita perlu menghormati Raja-Raja, ia seperti meludah ke langit.
Tahun
1983 di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad, dia telah mempersoalkan
institusi Raja beberapa kali. Dia tampil mengemukakan pindaan
perlembagaan yang menghadkan kuasa Agong terhadap Dewan Parlimen.
Majlis Raja-Raja terpaksa menyatakan keputusannya dalam tempoh 15 hari
ianya digubal dan yang paling penting pindaan itu turut menyerahkan
kuasa untuk mengelar Darurat daripada Agong kepada Perdana Menteri.
Tetapi Mahathir mempunyai bala tenteranya terdiri dari pihak media yang
kemudiannya turun ke jalan-jalan melakukan rapat-himpun bagi
menunjukkan yang rakyat turut menyokong.Yang peliknya, rapat-himpun
jalanan ini tidak pula dianggap salah berbanding perhimpunan BERSIH pada
9 Julai yang menuntut agar pilihanraya seterusnya bersih dan adil.
Tidak juga himpun-rapat itu diisytihar ancaman kepada keselamatan negara
atau merugikan ekonomi negara.
Raja
enggan tunduk paksaan Mahathir dan Raja juga didukung kuat oleh para
Sultan, ahli politik UMNO konservatif, segelintir orang Malayu tetapi
ramai orang Cina. Tetapi Mahathir mempunyai bala tenteranya terdiri
dari pihak media yang kemudiannya turun ke jalan-jalan melakukan
rapat-himpun bagi menunjukkan yang rakyat turut menyokong.Yang
peliknya, rapat-himpun jalanan ini tidak pula dianggap salah berbanding
perhimpunan BERSIH pada 9 Julai yang menuntut agar pilihanraya
seterusnya bersih dan adil. Tidak juga himpun-rapat itu diisytihar
ancaman kepada keselamatan negara atau merugikan ekonomi negara.
Selepas
lima bulan lamanya, kedua-dua belah pihak berjaya mencapai kesepakatan
yang kuasa menggelar Darurat masih di bawah Raja namun sekiranya rang
undang-undang itu tidak dipersetujui oleh Raja, kuasa itu perlu
dikembalikan kepada Parlimen yang boleh menggelar Darurat tanpa
pengesahan Raja.
Mahathir raja tanpa mahkota
Di dalam dekad kedua memerintah, Mahathir sekali lagi mencari pasal dengan institusi Raja-Raja.
Tahun
1992 menyaksikan putera Sultan Iskandar, pemain hoki kebangsaan telah
digantung bermain selama lima tahun kerana mencederakan lawan. Sultan
Iskandar bertindak menarik balik semua pasukan hoki negeri Johor dari
pertandingan kebangsaan itu. Keputusannya itu mendapat kritikan dari
jurulatih tempatan dan kerana murka, Sultan iskandar memerintahkan
jurulatih itu untuk mengahdapnya di istana sebelum dia dibelasah teruk.
Secara
bersama, Parlimen menghukum Sultan Iskandar, dan Mahathir mengambil
kesempatan untuk mengubah hak perlindungan Perlembagaan kepada Sultan
dari tindakan saman sivil dan jenayah.
Pihak
media sekali lagi menyokong Mahathir dan mula menyiarkan dakwaan
salahlaku kerabat Raja di Malaysia. Dengan menyiarkan contoh-contoh
kehidupan mewah Raja, Mahathir bertekad untuk memotong habuan kewangan
kepada institutsi Raja-Raja. Dengan pihak media dan kerajaan terus
menyerang mereka, para Sultan akhirnya akur dengan cadangan kerajaan.
Kuasa untuk tidak mempersetujui rang undang-undang terus dibatasi
dengan peindaan Perlembagaan yang diluluskan pada tahun 1994. Secara
tidak langsung, Mahathir ditabalkan “raja tanpa mahkota” di negara
ini.
UIA, pusat pengajian yang tidak boleh berfikir?
UMNO
di bawah pemerintahan Mahathir secara berkesan membolot kuasa ke atas
institutsi Raja-Raja, semakin kuat cengkamannya terhadap kuasa Raja.
Inilah
cara UMNO menghormati Raja-Raja di Malaysia. Kita bukan bercakap pasal
seorang Sultan sahaja tetapi juga Raja dan institusi itu telah
diperkudakan oleh UMNO. Berbanding dengan komen Aziz Bari tentang
keputusan Sultan Selangor, kita boleh melihat secara jelas pilih kasih
yang digunakan di negara ini bila bercakap soal keadilan.
UIA
seharusnya malu kerana tunduk tekanan dan kuasa politik. Sekiranya
UMNO boleh menyatakan perbuatan ketua bahagian Bukit Gelugor, Dr.
Novandri Hasan Basri yang menyerang anak lelaki Lim Guan Eng di dalam
blognya sebagai ‘pendapat peribadi’, bagaimana UIA tidak boleh
menyatakan itu adalah pandangan peribadi Aziz Bari sebagai seorang ahli
akademik?
Bukankah
ini menunjukkan yang UIA, sebagai sebuah institusi ilmu, melanggan
tanggapan yang semua boleh belajar dan menyoal kerana jawapan persoalan
itu membolehkan ilmu itu terus berkembang?
No comments:
Post a Comment