saban hari kita mendengar dan melihat berita di media-media alternatif isu pendatang asing mendapat kerakyatan dan hak mengundi secara tiba-tiba dan meragukan. pertambahan jumlah pengundi berdaftar secara mendadak di negeri-negeri pakatan rakyat. pendedahan demi pendedahan yang dibuat ini memang baik dan kita mengucapkan syabas diatas usaha yang dibuat, tapi apakah tindakan susulan untuk menangani penipuan ini.
ada yang berhormat dari pakatan rakyat yang telah mengetuai delegasi untuk memohon perdana menteri mengadakan sidang tergempar untuk bersidang bagi membincangkan isu ini yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara, tapi apa hasilnya dan apa tindakan seterusnya.kita telah tahu bahawa pihak kerajaan bersama agensi-agensi talian hayatnya hanya akan berdiam diri dan mengeluarkan jawapan-jawapan tidak masuk akal apabila isu pendaftaran pendatang sebagai warganegara dan pengundi ini dibangkitkan, tapi kita sepatutnya telah menyediakan pelan untuk menyelesaikanya.
pakar strategi pilihanraya telah mengesan penipuan yang berlaku pada PRU yang lalu di Terengganu dimana jumlah dan peratusan jumlah pengundi meningkat dengan begitu mendadak sekali. tapi apa tindakan kita untuk mengatasinya.
kini dengan begitu banyak pendedahan yang dilakukan terhadap penyelewangan dalam pilihan raya terutama undi pos dan pendaftaran PATI sebagai pengundi, kita sepatutnya ada jalan untuk mengatasinya.bukan hanya berfikir untuk mendedahkannya, tapi kena ada cara untuk mengatasinya. perlu ada formula samada secara perundangan, jalanan atau mendapatkan bantuan pertubuhan sedunia berhubung isu ini.
kita perlu aggresif jika tidak mahu ditipu lagi. kena ada kumpulan yang mendedahkan dan satu lagi kumpulan untuk menyelesaikannya. tak kira apa jua isu yang melibatkan penyelewengan, kita tak boleh lagi seperti melepaskan batuk ditangga. kita kena pastikan setiap penyelewengan yang berlaku pasti dihentikan dan tidak membiarkan isu itu berlalu tanpa diselesaikan.kena ada kumpulan X- FILES.
No comments:
Post a Comment