5 Azab Di Dunia:
1- Allah SWT tidak merahmati kehidupannya di dunia.2- Allah SWT menghilangkan Nur atau Cahaya atau Seri pada wajah mereka yang tidak solat.
3- Allah SWT tidak sesekali menerima segala amalan kebajikan yang cuba dilakukannya.
4- Allah SWT tidak akan menerima segala doa dan tangisan serta rintihannya semasa menghadapi ujian Allah SWT.
5- Allah SWT menolak doa orang-orang Soleh yang cuba membantunya.
3 Azab Disaat Sakaratul Maut :
1- Allah SWT akan mematikannya dalam keadaan yang mengaibkan.2- Allah SWT akan mematikannya dalam keadaan lapar.
3- Allah SWT akan mematikannya dalam keadaan yang amat dahaga sehingga semua air dilautan tidak dapat menghilangkan dahaganya.
3 Azab Di Dalam Kubur :
1- Dia akan dihimpit oleh kubur sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah.2- Dia akan digulingkan di atas bara api pada setiap masa siang dan malam.
3- Ular yang amat berbisa yang memiliki mata berapi dan berkuku besi yang panjang sejarak satu hari perjalanan akan dilepaskan di dalam kuburnya.
3 Azab semasa di Hari Kebangkitan :
1- Allah SWT akan menghisab amalannya dengan penuh kekerasan.2- Allah SWT amat memurkainya.
3- Allah SWT akan mencampaknya ke dalam Api Neraka.
5 Keistimewaan Allah SWT Anugerahkan kepada penjaga Solat
Allah SWT mempermudahkan 5 perkara untuk mereka yang menjaga solat:
1- Allah SWT mempermudahkan rezeki untuknya.
2- Allah SWT akan menyelamatkannya daripada azab kubur.
3- Allah SWT akan mengarahkan Malaikat agar memberi buku Catatan Amalan melalui tangan kanan pada Hari Hisab.
4- Allah SWT akan memberi keupayaan kepadanya melalui Titian Sirat sepantas kilat.
5- Allah SWT akan membenarkannya memasuki Syurga Allah SWT tanpa hisab.
5 Pertolongan Allah SWT melalui 5 Amalan
Syaqiq Balki seorang Ulamak terkenal pernah berkata :
5 Perkara diperolehi melalui 5 Saluran :
1- Berkat Rezeki diperolehi melalui Isyraq ( Solat Dhuha).
2- Cahaya di dalam kubur diperolehi melalui amalan Tahajjud.
3- Memudahkan jawapan semasa pertanyaan Munkar dan Nankir adalah melalui Tadarrus Al-Quran.
4- Memudahkan laluan semasa melintasi Titian Sirat adalah melalui Puasa dan Sedekah.
5- Menempah sebuah bilik dibawah Naungan Arasy Allah SWT adalah melalui Zikrullah.
No comments:
Post a Comment