Jawatankuasa  Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak  membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran  berakhir hari ini,.
Harakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk  Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya  selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan  masalah berkenaan di mahkamah.
"Rakyat  tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan  Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar,  wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian  bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita  lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara  itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang  itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan  bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi,  tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut  keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan  Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.
Dalam kes itu hakim  memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen  17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13  Perlembagaan Persekutuan.
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.
"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.
2  Mac lalu kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50  peratus bagi pembayaran saman trafik bermula 1 Mac sehingga 10 Mac ini.
Menteri  Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa keputusan itu  dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin  menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan  masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat  pembayaran.
Namun mengikut perangkaan, hanya kira-kira empat peratus atau 700,000 daripada kira-kira 17.3 juta saman telah dibayar.
Kita perlu hentikan salahlaku pihak polis dan JPJ yang menyenaraihitam pemandu kerana mahkamah  telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn  Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6  CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ  menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen  17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan  alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan  dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.
2 comments:
SATU CARA PARTI SEKUTU APCO MEREMBAT DUIT RAKYAT MARHAEN ! DASAR GEROMBOLAN ARUS JAHILIAH !
salam perjuangan..mohon link blog ana http://addin77.blogspot.com.blog anta dh dilinkkan.t.kasih
Post a Comment