Oleh Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Apa 
sahaja  perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di  dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS  telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya  akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak  yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk  kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan  kekecewaan itu akan bertahan?
sahaja  perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di  dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS  telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya  akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak  yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk  kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan  kekecewaan itu akan bertahan?Sesiapa sahaja akan gembira jika menang. Seorang  pelajar akan gembira jika mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga  seorang pencuri akan gembira jika berjaya melakukan jenayah mencuri  harta benda orang lain hatta jika dapat membunuh mangsanya, itu lebih  menggembirakan. Bahkan Allah SWT merakamkan bagaimana gembiranya  orang-orang musyrikin yang memusuhi agamaNya ketika berada di dunia.  Firman Allah SWT : 
وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ 
Yang  bermaksud : Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada  pengikutnya, mereka kembali dengan gembira. – Surah al-Muthaffifin, ayat  31. 
Demikianlah kegembiraan yang dinikmati oleh  orang-orang yang berdosa ketika berada di dunia. Dan dukacita  kegembiraan itu tidak sedikitpun menyelamatkan mereka apabila berada di  akhirat kelak. Bahkan kegembiraan itu akan ditukar menjadi kehinaan yang  amat dahsyat di hadapan Allah SWT. 
Salahkah  bergembira? Jawabnya tidak salah. Sesiapa yang diberikan nikmat oleh  Allah SWT berhak untuk bergembira dan begitu juga sebaliknya. Namun  kegembiraan dan kesedihan di dunia bukanlah suatu yang hakiki di sisi  Allah SWT. Bahkan beleklah sejarah perjuangan Rasulullah SAW, di Mekah  baginda ditolak selama 13 tahun sekalipun sebelum dilantik menjadi nabi,  baginda diiktiraf sebagai seorang yang jujur (al-Amin). Sedih pilu  perjuangan yang dilalui oleh baginda tercermin melalui doanya sewaktu  kembali dari Thaif : 
اللهم انى اشكو اليك ضعف قوتى و قلة حيلتى و هوانى على الناس انت رب المستضعفين 
Yang  bermaksud : Ya Allah, aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatan  aku, dan betapa kurangnya kepandaian aku berhujah, dan betapa hinanya  aku pada pandangan mata manusia, Engkaulah Tuhan golongan yang ditindas.  
Doa ini tidak akan diungkapkan oleh lidah suci  baginda kecuali dalam keadaan baginda dirundung kesedihan dan  kekecewaan. Jika sedih dan kecewa pun pernah melanda Rasulullah SAW,  apatah lagi pendokong Islam pada hari ini. Sesungguhnya pada kekalahan,  kesedihan dan kekecewaan inilah tersimpannya ganjaran yang besar yang  disediakan oleh Allah SWT. 
Apa yang penting, asas  hidup ialah Islam. Menang atau kalah tidak menjadi ukuran. Lihatlah  penulis buku The Satanic Verse, Salman Rushdie yang diberikan gelaran  terhormat oleh Barat sebagai Sir, sedangkan penghormatan itu diberikan  kerana tindakannya mengina Islam. Adakah bernilai gelaran itu di sisi  Allah? Jawabnya tidak. Demikian juga kemenangan, jika diperolehi dengan  cara khianat, langsung tidak bernilai di sisi Allah SWT. 
Di  Kerdau dan Merlimau, PAS telah kalah. Ia perlu diakui. Namun, penipuan  dan fitnah serta penggunaan jentera kerajaan secara besar-besaran juga  perlu diakui telah dilakukan oleh UMNO. Saya diserang bertubi-tubi tanpa  diberikan peluang yang sama untuk membela diri. Kalau di dalam akhbar,  serangan ke atas saya diletakkan di muka hadapan manakala jawapan saya  disudutkan di hujung muka surat dalam. Pengarah pilihanraya kami di  Kerdau, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dituduh membeli tanah dari peneroka  Felda sedangkan tuduhan itu merupakan satu fitnah, dan ia ternafi  sebelumpun tenggelamnya matahari pada hari yang sama. Adakah penafian  itu disiarkan sebagaimana fitnah itu disiarkan? Jawabnya tidak. Atas  nama kebebasan demokrasi pincang, itulah senjata yang ada pada UMNO pada  hari ini. 
Utusan Malaysia (8 Mac 2011) melalui  Senyum Kambingnya melabelkan saya tidak dapat menerima kekalahan.  Sebagaimana namanya, demikianlah tahap pemikirannya. Saya hanya mahu  menyatakan ayat yang telah diungkapkan oleh tukang-tukang sihir Firaun  yang beriman kepada Nabi Musa tatkala diancam bunuh oleh Firaun : 
فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا 
Yang  bermaksud : Maka buatlah keputusan apa yang hendak kamu putuskan.  Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia  ini saja. – Surah Thaha, 72. 
No comments:
Post a Comment