Bukti yang paling jelas lagi tindakan dan undang-undang yang digunapakai oleh JPJ dan PDRM adalah tidak sah....ialah pindaan yang telah dilakukan kepada akta tersebut yang selama ini digunakan untuk memerangkap rakyat dan pengguna jalanraya.jikalah benar akta yang digunapakai sebelum ini adalah sah...kenapa apabila orang yang kena saman ekor tidak membayar saman mereka tidak pula dihadapkan ke mahkamah..seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini iaitu ops untuk mereka yang mempunyai saman(bukan saman ekor) dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah dan PDRM bertindak mengari pesalah-pesalah ini.
jika kita meneliti betul-betul isi kandungan saman ekor yang dihantar secara berdaftar kerumah kita itu.......tajuk utamanya adalah TAWARAN KOMPAUN OLEH PDRM......bukannya saman. dan didalam surat itu diminta kita untuk mengisi butir-butir dan maklumat kita untuk dikembalikan kepada PDRM dan seterusnya mengaku melakukan kesalahan yang dinyatakan didalam surat itu.
kenapa kita perlu beratur panjang hingga 2-3 pagi hanya untuk membayar saman yang kita belum dibuktikan kesalahannya. kenapa tidak saja kita berkumpul beramai-ramai menyatakan bantahan kita terhadap tindakan JPJ dan PDRM itu. ramai yang memberi alasan kalau tak dibayar saman ekor itu nanti tak dapat buat cukai jalan pulak.tapi kalau kita bersatu hati dan sama-sama sepakat untuk tidak bayar walaupun tak dapat buat cukai jalan apa yang JPJ atau PDRM boleh buat....macam apa yang berlaku di MESIR, LIBYA, TUNISIA, MAGRIBI dan beberapa negara arab lain. kita kena tanya diri kita.......siapa tuan. rakyat atau JPJ.....atau PDRM.....atau PM atau...TPM.sebenarnya kita lah tuan kepada mereka semua. kalau kita tidak berpuas hati dengan sistem yang ada.....kita boleh tukar kepada yang kita suka. caranya...........pilih PAKATAN RAKYAT dalam PRU13 nanti.
jangan bila harga minyak naik kita marah.....bila barang naik.....kita bengang.......bila kena saman....kena beratur panjang....tapi masih undi BN pada tiap kali PRU. cuba tukar sekali....tak akan musnah negara...tak akan bankrap negara.....tak akan ada kaum yang ditindas.....tak percaya....tengok KELANTAN, KEDAH, SELANGOR DAN PULAU PINANG.
Oleh itu....pada penyokong tegar BN dan penyokong atas pagar.....marilah berubah.....cuba sekali....kalau PR mungkir janji....tukar balik pada BN lepas itu.
Rakyat ada satu lagi pilihan. Tak perlu berebut dan tak perlu beratur untuk memberi duit yang bukan sedikit kepada pihak Kerajaan. Itupun kalau rakyat rasa berminat. Bagi ahli UMNO yang menangis-nangis nak bayar saman dan rasa bersyukur serta sujud syukur apabila dikenakan saman, penulis tak boleh buat apa-apa!!!
Hapus Saman Ekor Sekiranya PAKATAN RAKYAT ke Putrajaya
Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya. Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.
Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.
Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
No comments:
Post a Comment