Monday, January 3, 2011

Tawaran RM500: Umno mengelabah...Kesatuan Guru Melayu Malaysia sokong janji PR..

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Mohammad Sabri Arshad menyambut baik tawaran RM500 sebagai imbuhan kepada guru-guru pada setiap bulan sekiranya PR menjadi kerajaan sebagai salah satu drp dasar 100 hari setelah memerintah.

KGMMB tidak mempunyai halangan untuk menerima tawaran sebaik itu daripada mana-mana kerajaan yang memerintah,asalkan kerajaan tersebut mengutama dan menjaga kebajikan para guru di negara ini.




"Oleh sebab itu KGMMB amat mengalu-alukan tawaran itu kerana sebagaimana kita sedia maklum guru-guru sudah lama tertekan dengan beban tugas dan mereka sering membuat rayuan kepada kerajaan tetapi malangnya sampai kini belum lagi berhasil,"katanya.

Sehubungan itu katanya,sekiranya ada tawaran daripada mana-mana perti yang memerintah samada PR atau BN yang mahu menjaga kebajikan guru-guru KGMMB menyokong dan mengalu-alukan. - Hrkh

Guru mana tak mahu RM500 sebulan

Tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menaikkan imbuhan sebanyak RM500 kepada warga pendidik merupakan sesuatu yang menarik. Hal ini kerana tawaran tersebut membabitkan kira-kira 400 ribu guru. Sudah pasti sebelum membuat tawaran ini pihak PR telah membuat kajian kerana wang yang diperlukan untuk tujuan tersebut mencecah RM3.2 bilion setahun.

Tawaran ini bolehlah disifatkan sebagai serampang dua mata – politik dan tanggungjawab. Dari sudut politik, seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo (klik di SINI..) tawaran kenaikan gaji guru sebanyak RM 500 ini boleh mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada PR.




(Ini adalah tawaran dan janji Pakatan Rakyat..terserah kepada rakyat samaada untuk menerimanya atau tidak...umpama janji kerajaan tidak menaikkan harga minyak sehingga akhir tahun lepas, namun janji itu dimungkiri...so, rakyat akan menilai, semuanya demi kebaikan rakyat..)
Menurut Dr Khir, tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Hal ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

Tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat yang diakibat oleh pemotongan subsidi oleh kerajaan. Isu boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun Dr Khir mendakwa PR mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. Pada masa yang sama alasan pemotongan subsidi pula sekadar melepas batuk di tangga.

Dari sudut tanggungjawab pula, Ahli Jawatankerja Kerja PAS Pusat, merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa imbuhan RM500 untuk guru adalah suatu penghargaan kepada warga pendidik dan bukanlah suatu tindakan politik murahan bagi meraih undi mereka pada PRU akan datang.

Pernyataan Dr Dzulkefly ini ada asasnya. Jika imbuhan ini bersandarkan semata-mata kepada politik, PR sepatutnya menawarkan imbuhan yang sama kepada kakitangan kerajaan yang lain. Namun, PR menyedari bahawa bidang perguruan bukanlah suatu kerjaya seperti kerjaya lain. Tugas mendidik adalah tugas membentuk generasi masa depan.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, membentuk modal insan tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Prosesnya memakan masa, wang ringgit dan pengorbanan dan tugas ini terpikul di atas bahu para guru. Hal ini kerana dari gurulah maka lahirnya ahli politik, ulama, jurutera, doktor, kerani, pegawai tentera dan sebagainya.

4 comments:

aku said...

salam,
kalau minta komen sorang guru (lepas tu penyokong PR pulak tu, tak malu makan duit gaji dari kerajaan), bagus la tu..

TQ

Anonymous said...

la, gaji yang semua pekerja kerajaan bukannya dibayar dari kantung poket orang UMNO sahaja, ianya adlaah dari cukai semua rakyat, PAS, BN, DAP dan Keadilan.

Fikir2 la sebelum nak kata orang kerja kerajaan tak tau malu sebab makan gaji kerajaan. Kerajaan dan politik dua bende yang jauh berbeza.

Anonymous said...

Alhamdulillah PR nak jugak mengingati jasa guru. Insyaallah kali ini PR akan mendapat kemenangan. Mengingati jasa guru akan diberi kemenangan oleh Allah S.W.T. Insyaallah dan diharap teruskan perjuangan!

Anonymous said...

Salahkah menerima gaji dari kerajaan atas usaha bakti kita kepada anak murid? Mereka bukan menerima gaji daripada parti tetapi daripada kerajaan Malaysia/ rakyat. Pekerja parti sebenarnya yang menjadi hamba kepada rakyat, tetapi bukan menjadi tuan kepada rakyat.

Mereka mesti patuh kepada kerajaan semasa. Menghormati kerajaan semasa. Tetapi tiada siapa pun yang boleh menghalang mereka untuk memilih mana2 orang sebagai wakil mereka untuk menguruskan kerajaan negara mereka, asalkan dengan cara yang betul dan tidak bertentang dengan undang2 dan perlembagaan negara.

Search This Blog