Monday, January 3, 2011

ROGOL BUKAN JENAYAH JIKA DILAKUKAN OLEH MENTERI?

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang jenayah rogol dipaparkan dalam media cetak dan elektronik. Mereka yang bersalah diheret ke muka pengadilan dan menerima pembalasan setimpal mengiku undang-undang negara.

Kebiasaannya pelaku jenayah ini akan cuba menyembunyikan wajah apabila di bawa ke muka pengadilan. Mereka yang terduduh tahu perbuatan jenayah itu adalah perbuatan hina dan tercela. Memalukan keluarga, masyarakat, negara dan agama. Kecualilah pelaku jenayah ini tidak mempunyai hati dan perasaan serta memliki naluri kebinatangan. Si penjenayah boleh tersenyum dan ketawa serta buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Inilah senario yang sedang berlaku dalam negara. Seorang menteri kabinet dikaitkan dengan jenayah rogol tetapi masih bebas ke sana sini. Berlagak muka selamba dan hadir ke majlis-majlis rasmi tanpa rasa bersalah.

Tuduhan ini adalah sangat berat, saya sendiri tidak tergamak menyiarkan nama menteri berkenaan. Walaupun dalam laporan Harakah Daily ada memberi bayangan jelas menteri terbabit dan laporan media baharu terutamanya blog seperti Tukar Tiub dan RockyBru menyiarkan menteri yang berkenaan secara terang-terangan beserta dokumen dan bukti nyata.

Saya yakin mana-mana individu yang dilibatkan dengan jenayah rogol akan malu besar selagi namanya tidak dibersihkan dengan dakwaan berat seperti ini. Cara terbaik tak perlu diajar. Boleh guna mahkamah atau saluran media. Saman pihak yang menuduh, jika tak bersalah duit menang saman itu cukup untuk tujuh keturunan.

Lainlah kalau rogol bukan satu kesalahan dalam kabinet 1Malaysia. Kalau bukan rogol dengan kejadian itu dilakukan secara suka sama suka ia tetap kesalahan iaitu berzina! Maka tidak ada ruang bagi seseorang lebih-lebih lagi berstatus menteri hanya mendiamkan diri dengan tuduhan yang sangat-sangat berat.

Saya rasa menteri berkenaan diarah menutup mulut kerana kes yang menggemparkan ini telah merencatkan cadangan untuk membuat pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Lainlah kalau Umno/BN bercadang untuk ambil pendekatan 'berani mati' dengan membuat pilihanraya mengejut ketika ada menteri didakwa merogol.

No comments:

Search This Blog