Friday, December 3, 2010

apa najib nak buat-RM 800 UNTUK KAKITANGAN AWAM P PINANG

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.
“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.
Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.

1 comment:

melor45 said...

Geng-geng Staff BN UMNOAPCO pasti berdemontrasi menolak dan membakar wang itu.Serik dah bagi kat Puak UMNO urus untuk direfund balik ke Kerajaan negeri.Depa gabuih habis masuk poket sendiri,lebih baik dibakar hati tak sakit mata boleh tengok cahaya.Hidup Ketuanan Melayu.Allahuakbar Salam Perkosa.

Search This Blog