Tuesday, November 30, 2010

Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam baca Al-Quran

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ kini telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.Menurut Khalid, perhimpunan pada Ahad ini akan diteruskan dengan rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di masjid negara.
“Jika perlu rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang Dipertuan Agong.
“Kami minta agar Yang Dipertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)  supaya pengswastaan air dihentikan. Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.
Kempen ini merupakan agenda kerajaan negeri yang mahu empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan d imana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal milik kerajaan negeri.
Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian air percuma sehingga 20 meter padu kepada isi rumah.
Ketika ditanya mengenai notis 14 hari yang dihantar kerajaan Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Khalid berkata pihaknya masih menunggu masa tamatnya notis tersebut.
Notis bertarikh 23 November 2010 ini dihantar supaya menghentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air.
Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi.
Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia.
Tak tahu yang mana salah tafsir
Sementara itu, Khalid turut memberi reaksi berhubung tindakan perwakilan PKR bukan beragama Islam yang menggunakan ayat Al-Quran dalam ucapannya semalam sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan negatif.
Khalid berkata jika perkara itu silap, PKR akan memohan maaf berhubung hal tersebut. Malah beliau turut mempertahankan tindakan perwakilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang S Kesavan.
"Perkara itu bagus kerana semua orang akan membuat Al-Quran sebagai rujukan.
“Jika silap bagi pihak PKR kita akan minta maaf, tapi dia ikhlas berbuat demikian.
“Saya bukan pakar tentang hal ini tetapi dia mencuba dan saya tidak halang.
"Jika silap kita betulkan," katanya selepas persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan tindakan Kesavan
."Saya tidak tahu ayat mana yang orang maksudkan salah tafsir…saya setuju benar dengan tindakan orang bukan Islam untuk mempelajari dan menggunakan ayat Al-Quran.
“Tujuan tindakan itu benda yang baik.
"Malah mana-mana program yang kami buat adalah untuk mengajak orang Islam untuk turut serta," katanya.

No comments:

Search This Blog

Loading...