Oleh tokpepijat
Perhimpunan UMNO kali ini mencatatkan beberapa perkara menarik. Antaranya solat Jumaat di PWTC Begitu juga isi khutbah oleh mantan bos KAGAT Jamil Khir Baharom bertajuk Perjanjian Hudaibiyyah.Akhir sekali ucapan penggulungan oleh Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi tentang 6 golongan yang terdapat dalam UMNO. Antaranya Abu Bakar. Bagi Zahid, sifat Abu Bakar adalah yang didambakan oleh UMNO.
Sifat Abu Bakar antara yang terkenal adalah setia kepada perjuangan Rasulullah dan memerangi golongan Riddah selepas kewafatan Rasulullah. Mengapa Abu Bakar memeranginya dikala Saidina Umar berpendapat untuk bertindak secara diplomasi ? Abu Bakar memilih memerangi Golongan Riddah kerana golongan ini mengingkari Zakat yang difardukan.
Adakah UMNO mengingkari sekadar satu perkara sahaja dalam Islam? Puluhan kedai Toto dan deretan pusat hiburan bukti "puluhan" keingkaran UMNO terhadap perintah Rasulullah. Itu belum lagi ucapan yang membatalkan syahadah oleh pimpinan tertinggi UMNO.
Apakah sebenar yang dimaksudkan oleh Zahid? Adakah Zahid mahu puluhan Abu Bakar lahir dalam UMNO untuk memerangi golongan Riddah dalam UMNO? Eloklah jika itu yang dimaksudkan.
Kita melihat sifat Abu Jahal dan Abu Lahab tiada dalam UMNO. UMNO "bersih" dari sifat demikian. Kedua watak itu ada dalam kaum kerabat UMNO iaitu MCA, GERAKAN , MIC dan PPP. Mereka sehati sejiwa menentang hukum Allah.
Cumanya barangkali Zahid lupa tentang watak Abdullah bin Ubai. Watak inilah sekarang menjadi "anutan mazhab" dalam UMNO.
Sebagai Ketua UMNO Pulau Pinang, Zahid boleh melihat watak ini ramai di Pulau Pinang. Bagaimana mereka menghentam pembahagian "duit judi" kepada warga emas tetapi membisu seribu bahasa tentang judi Genting Higlands, Toto, Magnum dan Nombor Ekor.
Apakah mereka ini tidak tahu zaman Najib ini ada 3 kali cabutan nombor ekor seminggu?
Begitu juga watak Abdullah bin Ubai dalam UMNO Selangor. Mereka begitu "sensitif" tentang penjualan arak. Tetapi tutup mata tentang kuasa yang meluluskan lesen arak. Bahkan "buta sejarah" tentang siapa yang merasmikan kilang arak di Shah Alam.
Tugas Zahid sangat besar dalam UMNO. Memerangi golongan yang tangan kanannya menghitung biji tasbih dan tangan kirinya memegang gelas arak dan kertas nombor ekor. Golongan yang di majlis agama menyeru berpegang kepada Islam tetapi di majlis MCA bersetuju dengan MCA menentang hukum Allah Taala.
1 comment:
Puak-puak hipokrit telah selesai berbahas untuk menipu rakyat...ramainya abu lahab dengan abu jahal keluar dari bangunan itu.
Post a Comment