Bermula Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kempen dan aktiviti pembangkang akan diberi liputan dan disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menyedari mengenai pemikiran baik daripada pembangkang, beliau berkata, pihaknya memutuskan memberi ruang tersebut tetapi berita yang dikeluarkan perlu berkaitan masyarakat majmuk dan isu-isu nasional yang mampu menjana kebaikan bersama.
"Bermula pilihan raya ini sehingga mana-mana pilihan raya selepas ini RTM akan teruskan format ini dengan memberi ruang dan jendela kepada pembangkang untuk mendapat liputan.
"Kita sudah sedar dan kita harus ambil berat. Masa sudah sampai kita ada lunas keberkesanan untuk kepentingan ramai. Sebelah sana pun pemikiran baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini, selepas penamaan calon hari ini.
Mengenai jangka masa berita itu, Rais berkata, ia bukan soal minit dan sekiranya berita itu penting dan memberi satu ledahan yang baik pada rakyat, ia harus diambil saja tanpa mengira jangka masa.
"Contohnya, kata la Datuk Seri Hadi Awang (Presiden Pas) bercakap pentingnya orang Islam bersatu, tak boleh kita kata berapa minit, kita ambil dan kita siarkan. Itulah maksud saya,"katanya.
Beliau berkata, kebenaran itu bagaimanapun tetap ada tertibnya seperti perlu mengelak dari memaki-hamun, membuat provokasi dan menyampaikan ideologi parti.
Rais turut menyatakan rasa bangga di atas kelancaran proses penamaan calon dan memuji para penyokong yang tidak melakukan sebarang provokasi malah pemimpin kedua-dua parti juga menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain apabila saling tegur-menegur dan kunjung mengunjungi ketika menunggu pengumuman akhir calon dibuat.
"Inilah yang bagus, jadi apabila keadaan ini dihasratkan oleh masing-masing...lama-lama esok kita akan ada satu masyarakat yang faham demokrasi dalam suasana pemahaman demokrasi yang sebenarnya.
"Kalau dulu ada yang bergaduh, maki sana, maki sini, baling sana sini...kini dah tak ada. Kita mesti matang dan akhirkan perkara ini," katanya.
1 comment:
Benarkah apa yang dikatakan oleh rais 2 atau sekadar kata-kata penyedap hati pada pembangkang saja teman rasa usah percaya sangat yang pasti rtm akan cerca pada pembangkang adala
Post a Comment