Tuesday, October 26, 2010

John Howard Pula Dibaling Dengan Kasut


Bekas Perdana Menteri Australia, John Howard telah menrima hadiah istimewa sewaktu ditemuramah di dalam sebuah program televisyen popular "ABC's Q and A".
Seorang lelaki tiba-tiba muncul dari celah penonton, kemudian melontarkan but yang dipakainya sambil berkata: "Ini untuk kematian rakyat di Iraq!"
Sejurus kemudian seorang penonton wanita pula berkata: "Tangan kamu penuh dengan darah mangsa pembunuhan!" sebelum wanita itu keluar dan meninggalkan majlis berkenaan.

Lelaki yang membaling kasut itu kemudiannya diheret keluar oleh kakitangan stesyen TV ABC.

Howard yang gamam kemudiannya memberitahu penonton yang hadir: "Semuanya okay.. Jangan bimbang .. lupakan ... lupakan.. Bertenang"

Seorang lelaki lain kemudian memberitahu "jika itu saja ang mereka ada untuk membaling ke arah kamu, kamu tidak ada apa yang perlu risaukan".

Insiden berkenaan mengingatkan mengenai kejadian yang sama menimpa bekas Presiden George Bush sewaktu lawatannya ke Iraq pada 2008.

Mr Howard adalah rakan sekutu pencerobohan yang diketuai oleh Amerika ke atas Iraq.

No comments:

Search This Blog

Loading...